Tuesday, May 31, 2011

M.I.L.O

Cepat2 telefon KPDN ada orang beli milo banyak2 dan sorokkan milo. Lepas ni sure milo naik harga ni...Milo la ni pun dah naik harga, kat Tesco sekilo RM15.89 kat MyMydin RM15.20/kg... sabar ye puan2 milo sebanyak 11kg ni bukan Mummy punye ye, Mummy tolong belikan je... nilah antara ole2 yang bibik bawak masa balik Indon nanti... milo2 untuk anak2 dan saudara serta orang2 kampong dan pak lurah...hehhe. Mummy dah tolong susunkan malam tadi... penuh dalam satu kotak....

Monday, May 30, 2011

11-06-11

11-06-11 (Sabtu) ... Tarikh istimewa apa tu? Anniv lagi ke? Bday anak2 Mummy? Bday Daddy?.... salah tu.. semua salah.... 11-06-11 tu tarikh maid Mummy nak balik Indon. Bukan balik bercuti tapi balik terus. Huhuhu.... sedih gak ni. Walaupun dia cuma sebagai maid tapi Mummy dah anggap dia macam saudara sendiri. Almost 7 tahun dia tinggal dengan Mummy. Dengan adik beradik dan saudara mara Mummy pun dia dah kenal baik.

Dia datang ke sini masa Mummy mengandungkan si Dania 6 bulan dan sekarang ni pun Dania dah 6 tahun lebih. Si Dania tu memang kesayangan dia la selain dari si kecik Dafiy yang dah 3 tahun dijaganya.


PD Tiara Beach Resort


3 tahun si Dafiy dalam jagaan bibik


Island hopping @ Langkawi


Wedding SIL


Cable car Langkawi, masa ni Danish baru 2 tahun++

Bibik & baby Dafiy

Genting Highland ... masa ni Dafiy baru 2 bulan



Mummy mengandungkan si Dania 6 bulan bibik start kerja dengan Mummy.

Harap2 bibik yang baru ni serasi kerja dengan Mummy & family.

Friday, May 27, 2011

Emmil Dafiy 3rd Birthday Celebration

Assalammualaikum... salam hari Jumaat untuk semua. Semalam Mummy balik kerja awal sikit. Kul 5.30pm dah sampai rumah. Masuk je rumah si Dafiy dah kejar2 Mummy. Sibuk tanya bila nak potong kek, bila daddy nak balik mana hadiah Dafiy. Tak terlayan betul.

So bukak tudung singsing lengan baju terus Mummy buat topping utk bday kek Dafiy.So inilah hasil yang tak seberapa. Tu la nak beli kek kat Resepi Rahsia cam dah was2 je, so buat je la..hehe

Birthday cake utk Dafiy, dia nak kek ultraman tapi kat bekery shop dah habislah pulak edible image ultramen so jadilah kek 'miki-mos'...


Dafiy yang tak sabar2 nak tiup lilin....


Ok Dafiy, make your wish and blow the candles....


Tak sabar2 nak potong kek pulak






Si Dania ni jeles sebab Mummy banyak ambik gambar si Dafiy...


Mummy potong kek ni baru Dafiy makan...ok

Anak Daddy

Rindu la dah lama tak suap anak Mummy ni makan...


My lil hero yang hensem...


Buah hati Mummy


Family photo... priceless moment

Lepas potong2 kek bawak anak2 makan kat luar. Jemulah pulak asyik gi ke Ice Room je, so kali ni gi makan kat Red Work je.... nanti Mummy buat n3 pasal jalan2 cari makan kat Red Wok pulak ye.

Thursday, May 26, 2011

Happy 3rd Birthday Emmil Dafiy

HAPPY 3RD BIRTHDAY
EMMIL DAFIY

Emmil Dafiy... fresh from oven... 26-05-2008 Hospital Putrajaya

Happy 3rd Birthday untuk anak bongsu kami, Emmil Dafiy. Semoga Dafiy dipanjangkan umur, sentiasa sihat, membesar menjadi anak yang soleh dan bijak. Mummy & Daddy sayangkan Dafiy. Malam ni kita celebrate birthday Dafiy ok.


Gambar pada 20hb Mei 2011.... Dah besarkan anak Mummy ni. Banyak cakap dan banyak tanya dan banyak auta gak.


Gambar terkini... ambik pagi tadi sebelum Mummy & Daddy pegi kerja....




Dafiy's 1st Birthday
Dafiy's 2nd Birthday







Wednesday, May 25, 2011

Tak de apa

Tak de cerita menarik.... hari ni balik nak buat birthday cake untuk Dafiy dan buat choc untuk teacher's day celebration kat SmartReader untuk Dania.

Kerja cam biasa tapi sibuk lagi dengan fail2 lama. Minggu depan nak menghadap pihak Kastam lagi.



Minggu depan cuti 3 hari nak balik kg PS. Tak sabar nak balik kampung.

Monday, May 23, 2011

Demam




Sekarang ni musim demam.... tapi demam peperiksaan. Anak2 Mummy si Daniel & Danish pun hari ni start exam untuk sekolah kebangsaan. Exam sekolah agama minggu hadapan. Si Dania pun ada exam gak kat Smart Reader minggu lepas. Bila anak2 exam emak bapak pun kena buat revision gak le... Semoga anak2 Mummy diterangkan hati dan dipermudahkan untuk menjawab soalan2 yang diberikan.

Sunday, May 22, 2011

Tuding sana tuding sini



Terlebih dahulu mari kita sedekahkan al-fatihah kepada 16 mangsa tanah runtuh dari Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat. Semoga roh mereka dimasukkan dikalangan orang2 yang beriman dan ahli keluarga mereka diberi kekuatan untuk menghadapi ujian besar ini.


Bila kejadian macam ni berlaku macam biasa masing2 nak tunjuk hero, buat kenyataan sana sini. Mak menteri tu kata rumah anak yatim tak berdaftar pak  menteri ni kata rumah tak selamat dan lain2.




Patutnya pihak yang berwajib fikir kenapa banyak rumah anak2 yatim yang disediakan oleh orang2 perseorangan atau kumpulan. Mummy rasa kalau kemudahan untuk menempatkan anak2 yatim dan miskin mencukupi tak adalah rumah2 anak2 yatim persendirian ditubuhkan dengan banyak oleh insan2 yang prihatin ni.




Elok sangat la peruntukan Permata Negara yang beratus juta tu disalurkan sikit untuk kemudahan anak2 yatim supaya mereka ada tempat yg lebih baik!




* gambar2 dari Berita Harian

Saturday, May 21, 2011

Coloring contest

Kul 8.30am dah keluar rumah gi bawak anak2 ke coloring contest anjuran Arked MARA Kajang. Si Dania yang bersungguh2 nak masuk pertandingan tu, cikgu Smart Reader bagi dia registration form . Mummy cam malas je nak pegi, ye la weekend ni bayak xtvt nak buat, nak gi pasar la nak kemas rumah... Daddy pulak tak boleh nak pegi lama sebab ada meeting alumni bekas pelajar2 Jepun kat Putrajaya. 

Dania & Daddy b4 pergi. Daddy pergi sekejap je lepas registration dia terus ke pUtrajaya,


Tak sabar2 nak mewarna


Seriusnya muka anak Mummy ni


Masing2 tekun mewarna


Daniel sampai meniarap lagi... dia kata lenguh duduh


Ok....start warnaaaaa smileeee




Dania...


Warna apa nak pilih yee!!!


Dania yang dah start bosan... baru tiga suku je yang dia warnakan...jenuh Mummy pucuk suruh habiskan mewarna


Daniel dengan hasil kerjanye.....


Dania's best friends ... Laiba & Fidzry


Kepenatan main


Jenuh le nak mengikat rambut si Dania, mengada2 suruh ikat cam si kemabr Sania & Sonia dalam cerita apa tu.. Afi & Abah kut...


Kumbang dikelilingi bunga


Pencil case & notepad untuk semua anak2

and .... the winner isssssss
?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?

?


Emmer Daniel untuk kategori 7-9 tahun... dapat hamper dan cash. Tahniah anak Mummy


Bangga sungguh di adengan hadiah yang dia dapat... duit tu dia kata nak belanja makan KFC....heheh. Simpan je la sayang....