Friday, April 29, 2011

My best friend's wedding




Selamat pengantin baru kepada kawan baik Mummy, Prince William yang akan melangsungkan perkahwinannya pada hari ini. Sorry lah ye, Mummy sangat2 busy tak dapat nak hadir ke majlis kahwin korang. Semoga jodoh korang berpanjangan la ye. Jangan lupa pulak bunga telor doorgift tu poskan kat Mummy ye.
Kalau nak tahu detail perkahwin kawan Mummy ni boleh tengok kat sini.
Menantu dan mak mentua sama2 cantik.... Tapi sayang Lady D dah 'pergi dulu' ...

Apam labu gebuzzzzzzzzzzzz

Angkara tak puas hati dengan apam labu bantat yang Mummy buat kelmarin, malam tadi lepas maghrib Mummy buat lagi apam labu ni. Kali ni guna resepi dari blog Sinar Kehidupanku. Alhamdulillah kali ni menjadi dengan gebuzzzzzzzzz nya. Cuma dia tak kembang merkah tu. Dia setakat senyum2 simpul ayu...
Tengoklah apam ni, Mummy suruh dia senyum lebar tapi dia senyum sikit je... Apa2 pun sungguh gebussssssssss kan. Ni versi makan masa supper... tak ada kelapa parut pun


Ini versi makan untuk sarapan ... Daddy belikan kelapa parut lepas hantar anak2 ke sekolah. Cicah ngan kelapa lagi la sedap..

Dah masuk bekas polisterin... bagi kat jiran kanan kiri sikit...dan Mummy bawak bekal gi opis

Behind de scene


Gunakan bekas lompang yang dialas ngan papercup
 
Mangkuk kuih lompang comel2 tu tak cukup la pulak so gunakan acuan tart pun boleh...

Kukus 15 minit je... dah masak pun...

Thursday, April 28, 2011

Apam Labu Bantat!

Petang semalam balik kerja hujan2 semangat nak buat apam labu tapi kan huhuhu... dukacita la apam labu tak mengembang dan dah bertukar jadi bingka labu pulak.. warrrrrrrrrrrrr tak puas hati ni , petang ni nak gak buat apam labu ni.... nak guna  resepi ni  pulak... harap2 apam tu jadi mekar cam kembang setaman la...

Gambar ambik dari sini ... pinjam gambar ye Pn Yatie


Ni pulak apam labu dari blog hana

Tuesday, April 26, 2011

Chest pain

Mummy tak berapa sihat, awal pagi semlam tengah tidur tiba2 terjaga sebab rasa dada sakit dan susah nak nafas. Tarik nafas pun terasa sakit. Daddy ingat Mummy selsema so hidung sumbat, tapi masa tu Mummy tak de selsema pun. Dah urut2 pun tak kurang gak sakit... rasaya hampir pukul 4 baru Mummy dapat tidur semula, tu pun tidur sama duduk.

Semalam masuk opis lewat sikit, kat opis pun rasa tak selesa dan rasa penat je. Lepas lunch Mummy gi ke An-Nur, orang ramai dan Dr ada dua orang je, dah tunggu setengah jam no cam tak berganjak je so Mummy balik dan pegi klinik yang selalu Mummy pegi dekat2 ngan rumah Mummy je.

Jumpa Dr Izma dia cuma boleh buat fizikal check up je la, check darah dan BP semua ok. Cholesterol level tak boleh nak tau lagi sebab yang tu kena buat full blood test. Dr kata kes Mummy ni lebih kepada muscle aches. Dr pagi pain killer dan ubat sebu perut je.

Pagi ni Mummy masih rasa mengah dan susah nak nafas gak, ditambah dengan sedawa tak henti2, cam angin penuh satu badan je... petang ni ada appointment nak berurut kul 3pm...
harap2 hilanglah sakit2 Mummy ni...

Monday, April 25, 2011

Uols dah lunch ke? Makan apa hari  ni? Pada suri rumah yang tak ada ide nak masak apa , try masak benda simple ni, tapi dijamin sodap...

Ikan bilis tamban goreng berlada... amaran oleh tuan punye blog... sila sediakan air minum secukupnye sebelum makan sebab sambal ni menggunakan cili padi ye...

Dah ada sambal yang pedas membunuh tambah je dengan sayur masak lemak putih ni dah cukup

Tapi kalau ada ikan kucing goreng ni pun bagus gak...

Selamat masak dan makan ya puan2...

Sunday, April 24, 2011

Fun under the sun ... PD Tiara Beach Resort

Short trip je PD hari ni. Bertolak dalam pukul 9.30am. Pemanduan berhemah kul 10.45 dah sampai ke PD, destinasi sebenar PD Tiara Apartment.

Tujuan utama datang sebab Mummy nak ambik kunci apartment. Mummy beli Opis Mummy beli apartment kat sini, urusan jual beli dan bayaran dah selesai so Mummy ambik kunci dari owner lama dan tengok sekali keadaan apartment tu.


Tengahari buta siapa nak berendam panas2..ye tak..heheh. Selain dari tu hari ni baru 24hb... ramai yang masih tunggu gaji sebab tu tak ramai orang kut















Putera lilin memantau anak2 tengah berendam


Dafiy in action










Danish dah sama tinggi dengan Daniel


Sementara tunggu anak2 berendam, Mummy pun berendam gak...tapi rendam kaki je la... hehhe... rendam kaki kat fish spa...




Dapat main pasir kat pantai tiruan pun ok gak...



Awwwwwwwwww... seksi you


 
Donal Duck & Little Mermaid


Buaian air dikuasai oleh 3 beradik ni...

 
Studio unit apartment... ada 2 katil bujang, 2 extra tilam, sofa, tv, kabinet. Boleh muat 10 orang dengan selesa... bentang je toto depan tv tu...heheh. Apartment ni untuk kemudahan staff kat opis bercuti dengan bayaran yang minimum. Gambar x clear sbb bateri camera habis, terpaksa guna camera hp je.


Ni je gambar tuan punye blog

Saturday, April 23, 2011

Makan2 hujung minggu

N3 ringkas sebelum Mummy nak lelapkan mata sekejap... mata cam kena gam je.... Baru je lepas makan... Kul 10.30am tadi Mummy berurut dan bertungku, ada makcik datang rumah. Ni lepas makan cam rasa lalok je... nak mandi solat dan zzzz. Uols layan la menu lunch Mummy hari ni...sempoi2 je

Acar darat... ni gara2 n3 mat gebu semalam

Asam pedas ikan tenggiri dan parang

Sotong goreng kunyit... recycle... dinner semalam tak habis

Ayam goreng rempah... makan panas2 sodap

Ikan masin talang dan gelama (ye ke tu ikan gelama hah???)

Friday, April 22, 2011

Sejukkkkkkkkkkkk.... mata memandang

Assalammualaikum, salam pagi Jumaat untuk semua. Semoga semua sihat2 ye. Seminggu dua ni asyik hujan je kan, kalau tak hujan awal pagi sure belah petang hujan. Hujan pun bukan setakat hujan renyai2 je tapi hujan dengan ribut tu.

Pagi ni nak gi kerja tengok pokok2 keliling rumah nampak hijau dan subur je... rasa tenang dan cool je...

Dah nak melebihi tinggi pagar ni... harus ditrim  

Dulu dah nak mati la ni subur semula

Pokok2 kat rumah ni semua jenis tak berbunga... klu tanam yang berbunga pun bunga ntah ke mana...hihih...

Angin kuat sangat so pokok2 yang tinggi memang banyak yang patah dan terpeleot...

Sangat2 hijau kan daun2 pokok ni.. 

Kalau abah ada mesti dia kata Mummy ni kurang kerja, rumput put ditanam...huhu

Pokok duit2...emmm kalau 'pokok duit' kan best... habis duit je petik habis je petik...

Bilalah pokok2 ni nak penuh menjalar kat pergola ni 

Mummy dengan si buchuk Dafiy yang tak mandi pagi lagi...