Thursday, January 27, 2011

Makan2 @ opis

Not in cooking & baking mood ... so Mummy tak de masak apa2 untuk jamu kawan2 kat opis hari ni.

So lunch tadi Mummy cuma beli nasi briyani, murtabak dan fruit juice untuk opismate. Cake lain kali la ye kawan2, tunggu mood membaking Mummy datang lagi.

Briyani gam malatops dari Anje Restaurant Seksyen 15 BBBangi.... yang ni lauk ayam kampung briyani.....

Meja siapalah yang bersepah sangat ni... segala macam mak nenek ada ...eh.. botol teh herbalife pun ada gak... tapi tak kurus pun.. hahaha

Masing2 pekena briyani kambing....

Makan... makan...

Me today....

Tengok je la yer... hehee... tak de nak cerita apa pun....

Muka di usia 41... tapi cam muka 20an je kan... hah kalau nak muntah pi muntah jauh2.... hahhaha... Ini gambar sok sendiri dan amik sendiri ... hehe

20 years from now... cam ni ke muka Mummy... terserlah kemancungan hidungku... masa ni dah naik pangkat rasanya Nanny Gee dah... Moga dipanjangkan umurku


 
Photo taken by Dafiy ... nasib baik tak hilang muka separuh

Sempat gak amik gambar yang lain2 sebelum pegi kerja. Tapi cam biasa la si Danish tu bab2 bergambar ni dia kureng, so gambar dia tak ada.


My soulmate.. hari ni outstation ke Penang esok ke Langkawi pulak....huhu


My 1st hero... nick name dia Danny Macho (ke hancur!!! hehehe)


Dania... the only princess in the house. Me? Queen la... apa lagi...
Dafiy, the youngest in the family (as of now la.... hahahahah)

Happy Birthday To Me!

Terima kasih Ya Allah untuk usia yang telah Engkau berikan. Terima kasih juga untuk setiap rezki yang Engkau kurniakan. Terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan.Terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan. Sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepadaku...dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMu.
 
Engkau tetap menerima walau terkadang aku alpa, aku lupa, aku tersilap dan khilaf menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. Namun begitu besar kasihMu...Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku kalut merungut ketika saat-saat lemahku datang.Aku tidak pernah menafikan hakMu sebagai Khaliq walaupun terkadang aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

Ampunkan aku Ya Allah pabila aku merintih nasibku di hadapanMu. Kalau bukan kepadaMu, kepada siapa lagi harus ku mengadu? Aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini Ya Allah...namun aku hanyalah hambaMu yg dhaif dan lemah. Adakalanya aku kurang kesabaran. Ada masanya aku goyah keimanan. Ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. Namun dengan limpahan kasih sayangMu, Engkau menarikku kembali jauh daripada kesesatan.

Dalam usia begini...aku ingin menjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. Dalam usia yang makin jauh ini...aku ingin lebih merinduiMu Ya Rahiim. Dalam usia meniti senja ini...aku ingin sekali menyambut panggilan KaabahMu Ya Al Malik.Dalam usia ubanan ini yang ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukan beribadah, segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih pada yang sudi.

Ya Muhaimin...pimpinlah tangan hambaMu ini...pimpinlah hati hambaMu ini...pimpinlah langkah hambaMu ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. Ya Al Quddus... sebagai hambaMu yang hina dina, aku takkan mungkin mencapai sempurna, tapi kasihanilah aku... bimbinglah aku sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustakimMu dengan tenang dan mudah tanpa cela.

Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar... peliharalah aku si yatim piatu ini agar terus berpegang teguh pada taliMu.

Terimalah permohonan hambaMu yang sedang bermusafir di bumiMu ini Ya Al Mudzill.

Amin Ya Rabbul Alamin.

Happy birthday to me ... today i'm turning 41.... kenapa? hairan ke sebab Mummy bagi tau umur Mummy, ala Mummy bukan nye cam sesetengah artis tu yg bila ditanya umur berapa, jawapan dia bagi mesti rahsia.... bosankan kita mendengarnye!!!

Bersyukurlah sebab Mummy masih diberi kesempatan bernafas di bumi yang fana ini.Semoga dikuatkan iman dan dapat menambah amal ibadah. Diharap Mummy dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik dan dapat melihat anak2 membesar dan menjadi anak2 berguna yang soleh dan solehah. Semoga jodoh Mummy dengan Daddy terus berpanjangan keakhir hayat dan keakhirat. Semoga  dimurahkan dan diberikan reseki yang halal.

Sebesar2 kurnian yang tidak terhingga dari Allah untuk Mummy... menjadi seorang isteri kepada suami yang penyayang dan ibu kepada anak2 yang comel. Semoga Mummy & Daddy dipanjangkan usia dan dapat melihat mereka terus membesar dihadapan mata kami. Amin.

Monday, January 24, 2011

Deroyan....

Dinner malam ni dengan durian... balik kerja tadai daddy beli durian... memang tak hingat donia makan...hehhe. Time tak musim durian ni memang sedap sangat bila dapat makan durian... dan durian ni pulak memang2 sedap2 sangat rasanya....

Nyum...nyum...sedapnye

Daniel gigih nak tunjuk skill bukak durian...

Si kecik Dafiy habis 2 ulas durian.... Danish ngan Daniel juara makan durian untuk malam ni

Anak dara ni je yang tak suka durian kali ni...makan seulas pun tak habis

Kau kunci cintaku....

n3 langsung tak ada kaitan ngan kunci2 cinta cintun...
Cam biasa datang awal ke opis, dan sampai b4 8am lagi... biasalah sampai awal surelah orang pertama kan... lepas swipe card tolak pintu kayu tapi tak terbukak ... confirm memang ada mamat yang dah tertekan tombol pintu ... pintu kayu tu tak pernah berkunci pun, selalu cuma kunci kan gril dan mangga je, lagi pun dah ada access card pun buat apa nak kunci banyak2.... Masalahnya Mummy tak pernah ada pun kunci pintu kayu tu... pas tu call le orang yang Mummy rasa ada kunci.... time ni la bateri hp dah nak kong.... heheh... so nak buat apa lagi.. gi lak breakfast dulu...

Dah lepas pekena meehoon goreng pun tak ada umat laian lagi yg dtg opis ni... tunggu je la apa nak buat...

Fadhil Gyver cuba nak tunjuk skill bukak pintu ni... tapi sayang tak berjaya pun... hehehe... tak pe la at least dia try gak kan...

Muka cam tak tension je pun!!! Biasalah Mummy ni kan orang yang tak berapa pandai nak marah... hahaha...boleh gitu?

Almost  tunggu 45 minit baru dapat masuk opis....huhuhu...

Nasib baik kegeraman dan kemarahan dilegakan dengan 2 bekas jelly kelapa yang sejuk niiiiiii

Sunday, January 23, 2011

Jawi Translator...

website untuk membantu ibu bapa dan anak2 dalam pelajaran jawi... kalau tak sure camana nak eja sesuatu perkataan dalam jawi boleh rujuk di sini

Friday, January 21, 2011

Red velvet cuppies & moist choc brownies

Lama Mummy tak buat n3 pasal masak2 dan baking2 kan. So hari ni nak tunjuk xtvt baking-membaking sempena cuti Thaipusam. Mummy buat red velvet cuppies dan choc brownies. Wah sampai dua jenis buat tu...Cadangnya nak buat fruitart tapi tak jadi.... Ini first time Mummy buat kedua2nya. Resepi dia sempoi je. Red velvet tu Mummy guna resepi Mat Gebu dan choc brownies tu ambik kat blog Sinar Kehidupanku

Red velvet cuppies.... walaupun tak gunakan telor tapi kek ni mengembang baik dan gebuzzzzzzzzzzz

Choc brownies yang sangat2 moist dan rich dgn choc... boleh pengsan ni kalau makan banyak2...


Behind d scene ...


Susu soya (susu cair, fresh milk or whipping cream pun boleh) + cuka epal ... kacau dan biarkan 10 minit sampai jadi cam yougut


Tepong gandum + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder ... disatukan dan diayak


Gula + minyak + choc emalco + pewarna merah ... dipukul dengan whick hinga sebati. Seram tengok pewarna merah tu... cam darah mengalir la pulak... emm teruk betul imagination Mummy ni...


Masukkan telor dan essense vanilla. Cam ngeri je tengok kemerahan adunan ni....


Masukkan tepong sedikit2


Masukkan adunan yang dah siap dalma piping beg. Tujuannya biar senang nak tuang dalam cup, dan cup tak comot...


Sedia untuk dibakar... tengok cup tu cantik je kan tak comot sikit pun.... hehhe...kes pui diri sendiri ni


Sedang kepanasan dibakar... wah nampak naik cantik jer...


Fresh from oven ni... nasib baik warna dia tak merah menyala....


Gebusssssssssss
Close-up sikit

Malas nak buat cream cheese topping so topping dengan choc ganache je...

Actually warna kek ni bukanlah merah menyala tapi ala2 merah baldu ke maroon le... hehhe. Kek ni betul2 moist, bibik bolehlah makan kek ni sebab tak gunakan telor pun.

Lepas buat red velvet Mummy terus buat choc brownies. Ni pun resepi mudah dan guna whisk je.

Susu + butter cair (Mummy guna minyak jagung) + air panas dan gula perang - campur dan pukul dengan whisk


Masukkan telor dan vanilla


Tepong + serbuk koko + baking powder diayak


Masukkan bahan2 yang diayak dan kacau rata dan jangan ada yang berketul2 yer...ok siap dah adunan... senang je kan


Sedia untuk dibakar


Aduhhhhhhhhhh panasnye aku dibakarrrrrrrrrrrrr

Choc brownies fresh form oven.. tunggu nak letak choc ganache topping  je

Chocolate ganache untuk topping brownies


Tuang dan ratakan jer...


Kalau rajin boleh di'mable'kan dengan white choc... buruk betul mable Mummy ni, sebabnya terpotong piping beg tu besar sangat...so laju jer choc tu keluar...emmm tak seni langsung kan...

Wednesday, January 19, 2011

Nasib golongan pertengahan!

n3 diambil dari ruangan surat pembaca Berita Hairan Harian . Setuju dengan penulis surat ni, setuju bukan sebab penulis tu abang Mummy tapi memang benar apa yang ditulis tu. Tak de siapa nak bela nasib golongan ni... huhuhu...sedih ni...

==================

SAMA ada sedar atau tidak golongan pertengahan adalah golongan teramai di Malaysia dengan mempunyai berpendapatan sederhana tinggi. Golongan ini kebanyakannya bekerja makan gaji sama ada sebagai penjawat awam atau pekerja swasta.

Golongan pertengahan ini juga adalah pembayar cukai terbanyak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) walaupun kadangkala lebihan pendapatan mereka setiap bulan tidak seberapa dengan pelbagai tanggungan wajib dan beban kenaikan harga barangan.

Bagi mereka berjawatan tinggi yang tentunya berpendapatan tinggi mungkin tidak merasakan masalah ini kerana pelbagai jenis elaun diterima. Mereka tidak memikirkan bagaimana untuk sampai ke sesuatu destinasi jika diarahkan bertugas di luar. Tiket penerbangan, tempat penginapan dan sebagainya sudah tersedia tapi bagaimana dengan golongan pertengahan?

LHDN sepatutnya turut memberi lebih fokus kepada peniaga nasi lemak, pisang goreng, tukang urut, peniaga pasar malam, pemilik restoran Thai yang ada di antara mereka yang berpendapatan melebihi RM500 sehari namun pendapatan tidak pernah diaudit dan mereka tidak dikenakan cukai.

Begitu juga peneroka FELDA yang memperoleh pendapatan lebih daripada RM5,000 sebulan, sepatutnya layak untuk dikenakan cukai.

Slip gaji juga adalah penghalang golongan pertengahan untuk mendapat kemudahan dan keistimewaan biarpun hakikat sebenar mereka juga layak. Contohnya pemilihan untuk anak ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) atau MRSM.

Pendapatan keluarga juga satu daripada syarat untuk melayakkan mereka diterima ke SBP selain keputusan 5A. Contohnya, seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan berpendapatan RM1,300 layak mendapat SBP daripada sebuah keluarga yang mempunyai enam anak dengan pendapatan RM4,000.

Begitu juga kelayakan membeli rumah PPRT, Biasiswa Kecil Persekutuan, subsidi membeli beras, bantuan pakaian seragam dan sebagainya.

Hanya mereka berpendapatan RM1,500 ke bawah saja layak sedangkan mereka yang berpendapatan lebih sedikit daripada itu dan mempunyai tanggungan yang ramai tidak layak.

Saya amat berharap pihak yang berkenaan lebih bersikap adil dan relevan dalam menentukan status kelayakan mendapatkan keistimewaan dengan mengambil kira jumlah tanggungan dan taraf sosioekonomi sesuatu tempat.

Begitu juga kelayakan pendapatan yang layak dikenakan cukai mungkin perlu dinaikkan dan pelbagai potongan lain sebagai rebat.

Saya bukan cemburu dengan mereka yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan namun berharap mendapat secebis keistimewaan kerana kami juga adalah rakyat Malaysia yang juga golongan pembayar cukai teramai.



WONG KHOO LAI,

Kulai, Johor.

Monday, January 17, 2011

Busy

Weekend dan monday morning yg busy, tak sempat nak post n3. Sebelum lupa baik tulis tajuk dulu;
- Kelas Choc 15/1
- Flea Market Again
- Urut2 badan
- IKEA DIY

Chow... nak p bank ni... pas tu nak gi SOCSO, EPF & LHDN

Thursday, January 13, 2011

Bosan

Bosan dengan :
  1. orang yang suka cakap besar dan berlagak - boleh dengar jer tapi janganlah percaya apa yang diperkatakan
  2. orang yang suka mengenakan orang lain tapi bila orang kenakan dia tau pulak marah - jangan lupa orang lain pun ada perasaan juga
  3. orang yang anggap dia ni bagus tapi tak bagus mana pun - orang cam ni campak je ke hutan biar hidup ngan rimau ngan gajah
  4. orang yang suka memalukan orang lain dikhalayak ramai - lain masa mungkin dia akan dimalukan oleh orang lain
  5. orang yang rasa dia je buat kerja dengan baik orang lain hampeh, kerja dia je susah kerja orang lain senang - kita hidup bermasyarakat so  masing2 ada peranan
  6. orang yang mengaku kenal 'semua orang2 besar' - memang la ngko kenal orang2 besar tu tapi jangan perasan la, orang2 besar tu tak kenal ngko pun

Tuesday, January 11, 2011

Mesyuarat Tingkap

N3 tertunggak lagi...

Last Saturday, lorong perumahan Mummy buat gotong royong tebang dan trim pokok2 depan rumah masing2, yang gotong royong tu kaum bapa la, untuk kaum ibu pulak, kita orang tukang bagi moral support je sambil buat mesyuarat tingkap... hehehe


Pokok2 yang dah sangat besar nak cecah bumbung tu...

Depan rumah orang lain ada satu jer pokok besar tapi depan rumah Mummy ni ada 2 pokok besar ni...

Daddy memulakan misi 

Baru sekerat jalan.... dah sakit pinggang... 

Almost done...

Finally... selesai satu pokok....

Dua pokok depan rumah Mummy yang dah togel...

Mak Datin kita tu sibuk dengan camera je... hehehe

Sebahagian dari ahli mesyuarat tingkap... Kak Pah, Kak Zai & Kak Zee...

4 bibik dengan anak jagaan masing2... lepas ni bibik2 tak bolehlah ambik peluang gebang lebih masa sapu daun2 pokok yang gugur.. hehhe

Jamuan ringan pot-luck ... kaum ibu yang lebih makan ni... hehhe