Thursday, December 30, 2010

Cuti yang tak cuti

Petang semalam Daddy cuti, so we all gi Alamanda nak cari baju sekolah anak2. Orang dah siap jahit lencana kat uniform sekolah Mummy baru terhegeh2 nak pi cari baju...hehehe.... so uols layanlah xtvt Mummy semalam...

Tengahari, balik dari opis (officially Mummy cuti tapi kena gak gi opis) Mummy singgah sekolah agama sebab nak daftar KAFA untuk Daniel dan Danish. Sorang almost RM400, termasuk buku dan kitab2. Itu tak masuk lagi bayaran bulan RM60 + RM20 untuk mengaji... sekarang ni memang zaman duit betul la. Dulu2 masa sekolah agama kat Johor rasanya bayar berapa ringgit je kan...

Lepas lunch Mummy ngan Daddy bawak anak2 pegi ke Alamanda pulak sebab nak beli uniform Daniel & Danish. Odw singgah dulu kat SmartReader untuk daftar Dania dan beli uniform. Cam biasalah bayaran nak masuk tadika ni ala2 nak masuk U je.... nasib baik la tak ada tadika Kemas dekat2 rumah Mummy ni, kalau ada mau Mummy hantar ke situ je. Lepas settled urusan Dania terus ke Alamanda.

Terus jer tuju ke kedai Professor Serba Tau, orang tak ramai so senang sikit.

Si Kurus dan Si Montel...

Settled bab uniform gi tambah pelaburan pulak kat K4.

Apa2 hal kasi settle dulu hal anak2. Beli kasut kat sini... banyak saiz yang dah habis

Ok settle!

Tengah pilih kasut, terjumpa dengan kawan @customer Mummy, Pza yang sekarang ni tengah further study... ada kut 2-3 tahun Mummy tak jumpa dia

Lepas beli kasut pegi ke ground floor cari groceries stock bulanan pulak. Perasan tak ada budak duduk kat escalator tu... bahaya betul...anak sapa la tu?

Dania jadi assistant Mummy, so Mummy tolak troly dan dia jadi tukang amik barang, Mummy tunjuk je. Boys semua dengan Daddy beli barang2 lain

Apasal Mummy sorang je kat lorong ni yer?

Anak2 layan aiskrim sementara nak tunggu bayar barang

Hasil pelaburan...

Stock bulanan barang2 kering...

Rakyat ramai beras pun sampai 20kg sebulan

Jangan ingat Mummy dah bukak nursery pulak yer... heheh. 6 pck susu utk Dania dan 6 pck utk Dafiy... ngam2 sebulan dan kekadang tu kena tambah gak 1 pack dihujung bulan....

50 pcs telor... sekolah dah nak start ni...biasalah bfast or bekal dia orang roti goreng telor or burger special (nak kena salut telor daging burger tu dulu...)... dulu atuk buatkan Mummy lempeng je tau... gemok gak sekarang ni... hehehe

Keperluan sekolah anak2 yang dah dibeli...

Tahun ni Daniel & Danish masing2 Mummy belikan dua pasang seluar dan kemeja untuk sekolah kebangsaan, dua pasang baju melayu untuk sekolah agama, samping sehelai dan kasut dua pasang. Seluar panjang Daniel sehelai pun dah almost RM60 (hampir sama ngan seluar Daddy je...)... nak buat camana tahun lepas beli saiz 26 , tahun ni kena beli saiz 30. Baju Daniel tahun lepas saiz 12 tahun ni saiz 13. Seluar Danny nak kena potong ni.... emmm bercinta gak nak potong dan jahit 4 helai seluar ni.... tu belum lagi nak jahit lencana!!!

Ni uniform SmartReader untuk Dania, Mummy ambik dua pasang. Tahun ni dia tak nak pakai skirt so Mummy belikan dua pasang t'shirt ngan seluar panjang.


Dania tak nak beg SmartReader punye, dia nak gak beg Princess pink, nak bagi sedondon ngan kasut dia! Mummy beli beg murah je untuk dia... janji beg princess...heheh.... Ala lagipun bukan dia nak bawak buku berat2 pun. Beg Daniel & Danish je yang Mummy tak beli lagi. Beg dia orang ni kena beli yang elok sikit la sebab buku nak dibawak banyak, tahun lepas belikan buku kat kedai Pakcik Mai**n... memang murahlah tapi baru masuk bulan march dah putus tali dan zip rosak...hehe

Xtvt membalut buku... sekejap jer dia orang tolong Mummy, in the end Mummy yang kena buat smeua.

Dania tolong Mummy gak balut buku abang2nye

Wednesday, December 29, 2010

Ombak Kasih

Last Friday sebelum balik ke kampung tu Mummy ada buat kek butter or nama glamour dia Kek Palangi Petang tapi kali ni Mummy ubah nama dia kepada Kek Ombak Kasih. Kenapa Ombak Kasih? Sebab corak kat ke tu yang berombak2 la... heheheh. So pada sesiapa yang teringin nak buat kek yang corak berombak2 bolehlah tengok kat bawah ni.... sharing is caring maaaaaaa... selamat mencuba.

Ambil beberapa senduk adunan warna hijau dan ratakan di dalam acuan yang dah dilancer

Taburkan serbuk koko di atas lapisan hijau hingga rata. Cara nak senang tuang serbuk koko dalam penapis kopi dan ayak kan rata2

Masukkan pulak adunan warna merah dan ratakan... masa nak ratakan tu jangan lah brutal sangat takut nanti terkaut sekali serbuk koko yang ditabur. Lapisan ni jangan terlalu nipis sebab susah nak ratakan tanpa terkaut serbuk koko

Kemudiah ayakkan serbuk koko diatas... ulang lagi hingga selesai dan bakar macam biasa...

Inilah hasilnya kek Ombak Kasih... kan nampak berombak2 kek ni... nampak tak border antara warna hijau dan merah tu? Itulah serbuk koko yang ditabur...

Close-up sikit... kenapa lapisan merah belah atas kek Mummy ni tebal sangat la pulak yer... emmm masa rasa masa ni omabk kuat kut masa tu laut bergelora.... hahah

Close-up lagi...

Cantikkan? Hehehe... sapa lagi nak puji kalau tak diri sendiri

Cuti @ Pondok Polis

Balik dari kampung tu Mummy tak terus balik ke Bangi. Mummy sambung cuti kat rumah Mama Jenat kat Pondok Polis Parit Bunga pulak. Macam sabut hanyut betulkan... heheh... alah bila lagi kan sementara ada peluang ni...

Sampai je rumah Mama Janet dia orang terus main badminton sampai la maghrib


Dafiy ni nak main ngan kucing tapi takut, so dia main kuit2 kucing tu dgn raket je

Lepas maghrib Mama Janet ajak gi makan kat Sabak Awor... alahi dekat je rupanya ngan rumah dia ni... tak sampai 15 minit pun... hehhe. Ingatkan jauh bebenor!


Masa sampai parking 'halal' dah penuh so 'terpaksa' parking haram.... hehehe


Mek ni cam tak pernah gi pasar jer...


Pilih jangan tak pilih...


Along tutup sikit keti-ak tu...


Mama Janet curi intai2 nak tumpang baca sms tu...


Dafiy & Danish


Epi besday Mama Janet (hari ni 29/12/2011 - bday dia)


Me & my little bodyguard


Mana ni makanan tak sampai2


Ikan bakar sambal... 


 
Udang & sotong goren tepong

Ketam black pepper & telor dadar

Masa untuk makannnnnnnnnnnn

Lepas dinner balik rumah dan layan bola, tapi Mummy ni cam biasa lah bila agak2 dah nak gol baru tengok... hehhe. Tahniahlah yer team Msia menang 3-0 , tak kisah lah green laser ke ke apa... heheh...

27/12/2010 (Isnin) - Pagi2 sebelum balik tu Mummy sempat la melawat ke farmville Mama Janet kat belakang rumah ni... macam2 ada...

Pokok limau ni cinonet jer tapi buah dia lebat ya amat... Ada satu plastik limau ni yang dah dipetik tapi Mummy lupa nak amik la pulak...

Cili yang dah masak2 pun tak sempat dipetik...

4-in-1 satu pokok dengan 4 jenis bunga berlainan warna.... hasil kerja hubby Mama Janet

Dania ni berlenggang jer, tak nak tolong Along pun... tengok tu banyak barang Along nak bawak

Masa untuk balik ke sarang sendiri...

Kul 10am bertolak dari rumah Mama Janet dan alhamdulillah 11.45am selamat sampai ke Bangi... habis dah percutian 4 hari Mummy... ni kira penutup percutian untuk tahun 2011 rasanya... tengok apa yang Mummy bawak dari kampung kali ni.

Macam2 kerepek ada.... kerepek pisang tanduk, pisang abu, kerepek ubi pedas, kerepek pisang sira manis, keropok baby dan lain2 la...

Jambu batu dan buah naga tu hasil dari farmville Mama Janet... buah kuinin tu dari pokok peninggalan Abah...