Monday, November 29, 2010

MAHA OR MAHAL?

Last Saturday lepas hantar Daniel & Danish camping kat IOI Palm Garden Resort, Mummy singgah ke pameran MAHA kat MAEPS MARDI. Masa tu dalam pukul 10.30am, jalan masuk ke MAHA dah jam gilos. Untuk jarak 500m nak masuk ke MAHA area ambik masa sejam. Memang jam panjang gilos kat Pjaya Hway. Dan yang tensionnye kita punyala sabar beratur dalam jam tapi ada mamat2 main potong Q je (Mummy rasa dia orang ni masa cikgu ajar subjek sivik kat sekolah dulu tertidur kut... tu yang buat perkara ikut suka je) 

Duta MAHA 2010


Daddy & Kids


Ini daun yer bukan bunga....


Cantik2 betul bunga2 orkid ni... secantik orang yang dalam gambar...


Bukan budak baju merah yang for 'SALE' yer....

Mummy suka tengok bunga orkid yang berbagai2 bentuk dan warna. Ada yang dah macam bunga plastik cantik berkilat dan besar. Harga pun ada berbagai2, dari RM2 ke ratus pun ada gak... bestnya kalau kat rumah dikelilingi pokok2 orkid ni... emmm tapi tu lah kalau kita tanam ntah berbunga ke tak...
 
 
 
 
 


Eh... Dafiy dan Dania tak takut langsung dengan lembu dan kambing ni.. boleh peluk2 lagi tu... caya lah...


Elok2 Dania, nanti kena kejar dengan lembu tu, lembu suka warna merah tau


Ok gak klu Mummy bela lembu ni kat belakang rumah yer... hee... lembu ni masuk pertandingan binatang cantik dan juga dibuka untuk lelongan. Harga asas RM4000....


Belon ni dijual RM6 satu... kalau kat pasar2 malam baru RM3-4 je... memang mencekik betul... mostly yang datang bawak anak so nak tak nak terpaksa lah beli, sanggup nak tengok anak2 merengek2 kat tengah orang ramai nak kan belon ni??? So jalan penyelesaian terpaksa beli gak...

Antara yang Mummy beli kat MAHA. Beli bukan sebab murah ye tapi stock buah2an kat rumah dah habis.

 
Jambu madu RM9/kg dan nangka RM4/kg

 
Mangga RM7/kg dan jambu batu cinonet RM5/kg

Mummy cuma pergi ke satu kawasan pameran je, sebab masa tu panas sangat. Kawasan pameran utama Mummy tak pergi lagi pun, kira baru pergi 20% dari kawasan pameran. Plan nak pegi lagi ni... tapi nak pegi weekdays lepas kerja. Kurang sikit orang. Oh ya ada orang bagi nasihat, kalau nak pergi ke MAHA ni pergi la dua hari terakhir sebab masa ni banyak barang yang dijual murah atau dilelong...terutamanya pokok2 bunga dan produk makanan....

Sunday, November 28, 2010

Jom camping!

Hari ni anak2 Mummy, Danny & Danish nak pergi camping. Mummy balik kerja petang Jumaat tu baru daddy bagitau dia dah buat pre-registration untuk anak2 pergi camping. Mummy dengar camping je dah cuak la... camping kat mana, berapa hari, kawasan bahaya tak dll... ya la anak2 Mummy tu baru 7 & 8 tahun kalau dah besar sikit  mungkin kurang sikit risau Mummy.

Walaupun camping cuma sehari tapi banyak gak barang nak kena bawak, jenuh la nak gi beli baju berenang Danny sebab yang ada dah sempit la pulak. Nak kena beli lampu suluh lam baju hujan lah... Malam2 sambil Mummy kemas baju2 dia orang mulut ni tak berhenti pesan itu ini...Daddy kata pesanan Mummy tu cama anak nak gi camping kat puncak Himalaya je... hehee

Layan je la ye gambar2 ni... dah ngantuk la nak bagi caption...

Daniel dan member kamcingnya Danisy.

Danish & member baiknya Aiman

Dia orang bukan camping kat hutan atau gunung mana2 pun, cuma camping kat IOI Palm Garden Resort... manalah berani Mummy nak lepaskan dia orang camping kat hutan...

Danish, Danisy & Daniel

Daddy tengah isi registration form

Gang bas sekolah dan gang satu taman... Danish, Aiman, Danisy & Daniel...

Peaceeeeee

Seronok lah  Dafiy dapat main kat playground sementara Daddy isi registration form 

Masing2 jeling2 kat air tu nak terjun la yer...

Layan chess la dulu sementar yang lain2 sampai

Angkat beg masing2 dan beratur dalam dua barisan yer....

Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Peserta kali ni ada 22 orang. Satu khemah 3-4 orang. 

Hahaha... kat 'hutan' ni la anak2 Mummy pergi camping...Ok la tu nak bagi pengalaman anak2 camping. Padang ni dekat je dengan area bilik2 hotel. Dia orang akan gunakan toilet dan bilik solat kat hotel juga. Kalua tak hujan dia orang buat campfire la.. selain tu ada xtvt air, tengok movie, motivasi talk dan few activities lain.

Basikal untuk disewa

Balik dari hantar anak2 gi camping we all gi ke expo MAHA kat MARDI la pulak... tunggu N3 seterusnya... 2 biji panadol activefast dah menunjukkan kesannya... bye2 good nite .... esok nak bangun awal gi Pasar Kajang....

Friday, November 26, 2010

Kenapa dia datang?

Bila virus 'M' datang bertandang semua benda tak menjadi. Virus 'M' menyebabkan Mummy malas nak buat segala benda... M nak update blog, M nak baking2, M nak masak2 dan dll la.... rasa cam nak lepak2 santai je... harap2 esok virus M akan hilang dengan sendirinya.... plan for tomorrow:
- early morning p pasar, ikan ayam semua dah habis tinggal ada daging korban orang bagi je, tapi jemu pulak nak makan daging (petang ni kena gi beli troli dulu la pulak, sebab troli yg berusia hampir 7 tahun dah tanggal rodanya...)
- lepas breakfast gi Tesco - stock barang2 kering dah tinggal saki baki
- gi MARDI tengok pameran MAHA (kalau tak hujan la...)
- nak buat kek la... kek apa ye nak buat?
- cam nak buat tepong pelita sekali lagi sebab hari tu buat cam tak puas hati je

Tuesday, November 23, 2010

Kek Pelangi Petang

Kek Pelangi Petang

Petang Jumaat lepas Mummy sempat buat kek pelangi petang atas permintaan kakak Mummy yang duduk nun kat JB tu. kebetulan petang tu Mummy nak ke JB so bersilat sekejap la kat dapor buat kek ini. Kali ni Mummy ambil resepi dari rumah Leen @ Home . Resepi asal Chef Noraini~ dari buku Kompilasi Hidangan Kek. Mummy dah buat banyak kali kek pelangi tapi resepi kek kali ini memang sangat sedap dan sangat moist. Mama Miraki kata memang kek ini rasa dia lain dari yang Mummy pernah buat sebelum2 ni, sempat mintak resepi lagi tu, ntah bilanye dia nak buat, kita tunggu je la... hehhe... Untuk Mama Miraki dan sesiapa yang nak try buat kek ni nah Mummy letak resepi kat sini. Izin utk cnp ye Leen & Chef Noraini.


Bahan:-
• 220g tpg kek *
• 250g mentega
• 1 s/k serbuk penaik * (bahan * diayak bersama) - Mummy lupa nak letak
• 200 gm gula kastor
• 4 biji telur gred A - Mummy guna telor gred B 5
• 5 s/b air susu (Mummy guna susu cair)
• 1 s/k esen vanila
• 1 sudu besar gliserin (ni kita tambah sdri)
• sedikit pewarna merah, hijau dan kuning (kita guna hijau,pink & kuning)

Cara-Caranya :-
1.Gris acuan bulat . panaskan ketuhar 180c. (Mummy guna acuan persegi 8")
2.Pukul mentega + gula dgn kelajuan sederhana hingga kembang dan putih.
3.Perlahankan kelajuan dan masukkan telur sebiji2 dan pukul sebati.
4.Masukkan tepung yang diayak sedikit2 sambil dikacau dan masukkan susu + esen vanila. Gaul rata.
5.Bahagikan adunan kpd 3 bahagian, Warnakan merah, hijau, kuning.
6.Ambil 1 senduk adunan kuning dan tompokkan di bhg tengah acuan. Kemudian ambik satu senduk adunan merah dan tompokan di atasnya. Akhir sekali warna hijau ditompokkan di atas warna merah. Ulangi proses ini hingga habis.
7.Goyangkan adunan supaya rata. Bakar 180c selama 1 jam (*Mummy bakar pd suhu 175C selama 45 minit jek)
Sedia untuk dibakar...

Cantik je naik kek ni...

Dah dikeluarkan dari loyang dan sedia untuk dipotong...

Cantikan lapisan2 pelangi ni...


Petang2 cam ni makan kek pelangi petang sepotong dua ngan teh-o sedap gak kan...

Monday, November 22, 2010

Dari 43650 => 81100 (Part III)

Ahad - 21/11/2010

Lepas breakfast Mummy pergi ke rumah Mak Su kat Taman Desa Cemerlang. Singgah sekejap kat Tesco Tebrau. Ternampak JJ sebelah Tesco tu teringat pulak kat duta JJ si MMirror yang la ni tengah  main kejar2 ngan kangaroo agaknye.

Balik dari rumah Mak Su, kemas2kan barang la pulak. Anak2 dah bising tanya dah nak balik ke, tak boleh extend lagi ke... Tiap kali dah berkumpul ramai2 cam ni memang anak2 yang paling liat bila nak diajak balik.... sibuk nak main je dengan sepupu sepapat

Lepas lunch lepak2 kejap dan layan  mata sekejap. Pas tu siap2 nak balik dan nak singgah ke rumah Wong Khoo Lai pulak. Kita orang berjaya menggoda Som, so dia ikut sekali ke rumah Yin. Alah dekat je dari rumah Somke rumah Yin tu, tak sampai pun 30 minit...

Dafiy maian ba ba chak ngan sapa tu?

Tengok kain baju Mummy ... tu baru perjalanan 3H2M tu... orang ramai anak cam ni la...

Turn anak2 posing2 pulak...

Posing lagi...

Soalan cepumas ... kenapa MMiraki main ba ba chak kat belakang Mummy? Kalau betul ada hadiah misteri yang menanti anda...

Soala cepumas kedua... Apa ang nak dijolok oleh hubby MMiraki ni? Buah mangga? Silap...cuba lagi...

Posing lagi b4 gi rumah Yin

Hway yang lengang menuju ke Kulaijaya

Di depan rumah Yin Wong Khoo Lai

Cikgu 'Beso' menunggu ketibaan adik2...

Posing2 lagi... apalah nak jadi ngan kita orang ni...

4 out of 9

Dari datang sampai kita orang nak balik Dafiy dan Amir tidor je... 

Mummy & Daddy kat reception area b4 check-in kat Puteri Resort

Bilik penginapan Mummy kat Puteri Resort 

 
 
Persekitaran dan deko kat resort...

Sibuk je la makcik kat belakang Mummy tu, pantang jer orang nak bergambar mesti dia nak selitkan muka dia tu

Isteri2 sibuk posing2...para suami layan beraneka hidangan atas meja tu...

Walaupun Yin & Kak Tanty baru sampai dari kampung tapi sempat masak itu ini untuk kami semua. TQ la ye. Jom layan apa yang kami makan lagi...

Ubi samin yang mables... bersih dan licin pinggan, tak perlu basuh dah.

 
Mee goreng yang banyak 'binatang' dan popia otak2.. Ada jemput2 sayu, ada apam balik, ada drummet...semua tak dan nak amik gambar

Ke mana saja pergi, sudut kanak2 memang menjadi tumpuan la...

Ok time untuk alik ke sarang masing2...

Muka bangun tidor Dafiy...

Terma kasih ya tuan tanah rumah, Yin & Kak Tanty

Sedih je budak dua orang ni... Ika tak berjaya mengajak Lisa ke KL...

Bye semua... lain kali kita jumpa ye...

Pukul 6.00 pm bertolak balik ke rumah masing2. Masuk ke hway je masing2 zzzzzzzzzz termasuklah Mummy. Bila sedar dah kat R&R Pagoh berhenti untuk maghrib. Mummy sampai rumah pukul 9 malam. Habis dah percutian tak terancang ke JB.

 
Donut dan telor pindang dari Pasar Larkin. Selain tu Mummy beli gak ubi kayu.... hehehhe

Oleh2 dari Yin 7 Kak Tanty.. ada kuih goyang, kerepek pisang dan kerepek keladi. TQ ye..