Friday, October 29, 2010

Bagaimana menghilangkan marah?


Semua orang pernah marah... betul tak? Siapa yang tak pernah marah? Sedangkan baby yang baru lahir pun akan marah kalau lambat diberikan susu. Mummy rasa marah tu memang sifat semula jadi  manusia cuma kita mestilah tahu bagaimana nak mengawal sifat marah kita dan jangan marah tak tentu sebab dan masa. Dan janganlah pulak marah sepanjang masa je. Dan marah pun ada etikanya juga.

Mengikut seorang psychologist yang study tentang 'marah', Charles Spielberger (bukan Steven Spielberg ye...heheh)....

Anger is “an emotional state that varies in intensity from mild irritation to intense fury and rage,” . Like other emotions, it is accompanied by physiological and biological changes; when you get angry, your heart rate and blood pressure go up, as do the levels of your energy hormones, adrenaline, and noradrenaline. Anger can be caused by both external and internal events. You could be angry at a specific person (Such as a coworker or supervisor) or event (a traffic jam, a canceled flight), or your anger could be caused by worrying or brooding about your personal problems. Memories of traumatic or enraging events can also trigger angry feelings.


N3 yang Mummy ambil dari beberapa sumber ni untuk peringatan dan panduan diri sendiri & keluarga dan juga pengikut blog ini. Sharing is caring kan.... luv u all.

---------------------
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego). Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya. Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang. Kalau tinggi kedudukan seseorang, besar pangkatnya, banyak hartanya, ramai pengikutnya, maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya. Sebaliknya jikalau kurang segalanya, maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya.

Sifat pemarah ini ada pada hampir semua orang seperti juga hasad dengki. Kenapa kita mesti marah ? Kita mesti ubati hati kita. Kita mesti membuangkan rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita menjadi pemarah dengan melakukan mujahadatun nafsi. Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :

1. Mengubah Posisi. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)



2. Berwuduk. Rasulullah SAW bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .

3. Minum air.

4. Mendiamkan diri ketika marah.

5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.


6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai. Jangan menyampaikan kemarahan dihadapan orang ramai kerana bukan sahaja orang yang anda marah akan malu tapi anda sendiri patut rasa malu. Ini boleh  menyebabkan orang yang anda marah menyimpan dendam terhadap anda kerana merasa telah memalukannya dikhalayak ramai.



7. Berfikiran positif.


8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; mengelakkan daripada memekik atau bertindak garang. Kenapa kita perlu marah. Kalau kita bersalah, kita tidak suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan, juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.

9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.


10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

Dari segi kesihatan, seorang yang selalu marah atau sering marah, terbukti memiliki tekanan darah dan kolesterol yang tinggi. Begitu juga dengan pengeluaran asam amino, sebagai penyebab terjadinya penyakit jantung.



Di saat kita marah, jantung akan bekerja lebih kuat dan bernafas lebih cepat. Tidak hairanlah pada saat marah, kekuatan kita menjadi luar biasa. Buktinya? Suara makin menggelegar, isinya berubah menjadi bentuk makian, teriakan dan gerakan tubuh yang kuat. Belum lagi ekspresi wajah yang menyeramkan, mata merenung tajam, wajah merah padam atau berubah pucat lesi.

Oleh itu, marah harus dapat dikendalikan agar kesihatan tubuh dapat tetap terjaga. Justeru itu, jangan marah.
 
sumber : berita harian dan lain2

Rezeki hari jumaat...


EPSI BOTTLING COMPANY
#14 Cruze Row London,
DX LDE 17 WC1R 4BU
United Kingdom.
Ref: XYL /26510460037/05
Batch: 24/00319/IZP


Congratulations winner,

The Board of Directors and the International Promotion Department of Pepsi
Bottling Company in conjunction with the Euromilliones Intl wishes to
congratulate you on your success for being one of our lucky prize
winner of One
Million Great Britain Pound Sterlings(£1,000,000.00) in our
NCSP(NEWYEAR CRISIS
SOLUTION PROMO) program. This notice will come to you as a surprise,
The results
of the 2010 electronic online email sweepstakes is out, and your email ID won
£1,000,000.00 pounds in category 2a, attached to Qualification Number
CE46901JES
and lucky winning Number PL/09788/60

This is a program aimed to help families with the current Global crisis and
aimed also at encouraging Internet users, hence no ticket sold. We request you
pay attention to this notice and follow, the procedures to claim your
prize. To
file for your claim contact the appointed paying finance agent on the email
given below.
******************************************************************************
Name:Mr. Peter Schlaak
E-mail: pepsiprocenter@qatar.io
Claims Processing Manager, Payment and Release order Department,
*******************************************************************************

Quote your Qualification Number, winning number, your full name, Address,
Country, Telephone, Mobile, Fax number and occupation via email to enable the
process of your winning.

Congratulations in Advance!! We wish you the best of luck as you spend
your good
fortune.

Sincerely,

Mrs. Susan Wilson.
Pepsi Online Co-ordinator.
...............................


Mummy tengah pening ni memikirkan apa Mummy nak buat dengan 1 Juta Pound Sterlings (lebih kurang RM 5M...) ... klu ada sesiapa nak bagi la no acc ye....  Hairan bin ajaib siapalah yang baik hati nak bagi Mummy 1M Pound Sterlings ... macam2 la taktik nak menipu di zaman sekang ni.

Mondom

Minggu yang mondom dan busy, tak sempat nak buat apa2 n3. Anak2 sibuk ngan final exam so emak bapak pun kena buat revision sama.

Monday, October 25, 2010

Resepi daging salai pak pandir

Sabtu lepas Mummy masak lagi daging salai pak pandir. Mummy masak dalam 2kg sebab nak bawak ke kenduri rumah Datin S. Pada yang tak tau apa sedapnye daging pak pandir ni boleh la cuba. Dah cuba sekali mesti nak lagi, cuma mungkin susah sikit nak cari kat mana ada jual daging salai ni. Pada yang nak cuba ni Mummy tunjuk cara masak ikut versi Mummy la, orang lain Mummy tak tau la pulak. Resepi ni pun main anggaran dan campak2 jer, tak de nak sukat2.

Cili padi (nak pedas letaklah banyak2), bawang merah, bawang putih, halia & kunyit semua blend. Serai tu ketuk2 je la ye..

Daging salai tu potong nipis2... kira bercinta gak nak potong daging ni. Yang pasti pisau kena sah dulu bagi tajamm Kira jari jemari Mummy sampai melepoh gak le potong 2kg daging salai ni. Lepas tu rendam dan basuh berkali2. Mummy basuh dengan tepong gandum dan asam jawa. Selain nak hilangkan kesan2 hitam arang boleh hilangkan bau daging gak. 

Pucuk ubi kena ada... kalau tak ada pucuk ubi letak kentang je pun ok gak. Kalau ada belimbing buluh lagi sedap. Pucuk ubi ni nak rebus dulu pun boleh tak nak rebus dulu pun ok gak. Tapi nasihat Mummy kalau pucuk ubi tu banyak better direbus dulu, takut pahit la pulak. Tapi kalau pucuk ubi tu sikit jer, campak je terus tak payah rebus2.

Ini bukan daun limau tapi daun pelembut daging, letak daun ni insyallah dalam masa 30-45 minit daging salai ni dah lembut. Tak perlu gune pressure cooker pun.

Pati santan jangan lupa... daging salai ni kuah dia kena pekat2 baru sedap... klu cair jer macam masak bening je la pulak.

Rebus daging dulu dan masukkan segala bahan2 yang dah diblend.

Biarkan sampai daging empok.

Masukkan santan dan pucuk ubi...

Campak segala garam dan serbuk perasa dan biarkan hingga mendidih.... siap dah... Petua nak menikmati kelazatan masak lemak daging pak pandir ni, makan dengan nasi panas dan ikan masin jer, jangan ada lauk pauk yang lain... selamat mencuba

Yang pasti masa kenduri rumah Datin S ni, daging salai pak pandir mendapat permintaan yang tinggi, makan masa lunch dengan ada sambal belacan dan ikan masin pulak, so memang mantap la.

Saturday, October 23, 2010

Kenduri doa selamat!

Sabtu 23/10/2010 - Walau hari minggu tapi kul 6am dah terjaga sebab Daddy nak gi surau. Ingatkan Mummy nak golek2 dulu kat katil tapi mata dah tak mengantuklah pulak. Hari ni kakak Mummy Datin S nak buat kenduri doa selamat sebab dia suami isteri nak pergi haji. Mummy bersilat gak sekejap awal pagi tu kat dapor sebab nak masak lemak cili api daging salai pak pandir, nak bawak ke rumah Datin S.

Pukul 11.30am baru bertolak ke rumah Datin S. Nasib baik jalan tak sesak sangat hari ni.

Mummy sampai kul 12:30pm...khemah dah siap tapi kerusi tak habis susun lagi. Yang dah ada MMiraki dan KMah dan anak menantu Datin S je...

Kita layan menu dulu ek sebelum tengok gambar2 Mummy and the gang lentok2 bergambar...


 
Ulam2 dan sambal belacan, ikan masin, telor masin, ayam goreng rempah, ikan goreng dan sambal udang... eh ada serunding kelapa gak la...


 
Sayur campur, sambal goreng tempe dan daging kurma... eh mana pulak daging pak pandir masak lemak cili api ni hah? Alamak lupa la nak amik gambar...


 
Kambing masak briani... kambing ni aqiqah cucu saudara Mummy @ cucu Datin S


Kuih dangai @ rangin all the way from Muo...dan muffin2 tu dari Bangi je...


 
Lepat labu dari YB Klang, koci labu dari YB Sg Mati, karipap pulut hitam dan karipap dari YB Ampang


 
Kuih lapis, kuih deram @ teling kel**g dari Kota Tinggi, bahulu kemboja dan kek oren


 
Tembikai dan jelly kelapa... jelly kelapa ni tersangatlah sedapnye...


 
Kiri - Cik Bedah Lova tengah rewang potong kuih
Kanan - Tiap kali jamuan si Eira mesti amik tender siat ayam untuk soto...

Maa orang baca doa selamat segan lak nak snap2 amik gambar, time dia orang dah selesai dan nak gi makan baru snap. Alhamdulillah ramai gak orang dari surau yang datang...

Bukan MRR2 jer yang jam... kat buffet line pun jam gak!


Sebahagian dari tetamu

Datuk T dan Datin S ... semoga keduanya mendapat haji yang mabrur...

Close-up Datin S @ Kak Noor... kakak Mummy yang no 2...

Untuk gambar2 seterusnya korang layan jer gambar yer malas nak buat ulasan la... heheh

Me & partner...



Siapalah yg enterframe kat belakang tu???


Kak Long fenin sekejap tengok2 adik2nye yang asyik mengedik dan snap2...


Sebab tak larat tengok org yang gila bergambar, Kak Long pun chow turunke bawah....hahahah


Tolong cover baik punyeeeeeeeeeeee


Siapa antara korang berdua yang dipanggil biji getah yer?


Pemenang untuk anugerah 'Muka Paling Bersepah' dalam n3 Mummy kali ni.... hadiahnya berubi sebiji nangka gurun yang tunggu nak masak kat kampung... pi la amik sendiri.... hehehe


Ambik berkat orang pregnant.... hahaha


Makcik2 dan anak2 saudara yang sama2 gila posing...


Dania jauh sikit dari bunga2 kristal dan almari kaca mahal ni... kalau pecah Mummy tak larat nak ganti!!!


Mama Janet dan 3 orang anak


Dafiy nak adik yer? Emmmm nanti Mummy fikirkan yer....hehehhe

Satu2nye adik beradik emak Mummy yang masih ada. Mak We @ Siwo.


Mak We kata umur dia almost 90++ tahun. Masa perang Jepun umur dia dah 17 tahun. Jenuhlah tadi kita orang ken lecture ngan Along (anak Mak We @ cousin Mummy)... kebetulan raya tahun ni tak seorang pun yang datang ziarah Mak We. Along kata Mak We asyik tanyakan kita orang jer... maaf ye Mak We... Walaupun dah tua Mak We tak ada apa2 penyakit... cuma pandangan matanya dah kabur dan tak jelas dan kekadang memang tak nampak langsung.


Sedondon je Iwan & Ayu..

YB Cheras sampai lambat, masa tu camera pun bateri dah weak so tak banyaklah gambar2 dia... jangan marah ye YB...


Hafeez & Kak Long




Kak Long & Kak Mah


Ngantuk la MMiraki... jom kita balik!


Jauhnye duduk, cam boleh letak anak2 gajah kat tengah tu... hehhe...
Miss : Yang tengah gossip2 kat dalam tu semua makcik2 I tau... u kenalah terima hakikat i ni ada ramai makcik2 yang vogue dan laser
Mr : Tak pe tak per... i tak kisah pun ... u punye pasal i sanggup pekakkan telinga je


Ketibaan YB Kulai Jaya dan pasangan agak lewat sebab dia orang pegi perhimpunan kat PWTC dulu... heheh...


Kak ipar nan satu....


Mummy dan cucu sulong, Airil Peterpan


Tuan rumah pun dah zzzzzzzzzzzzzz.... apalagi jomlah kita balik...

Ooooooooooooo patutlah tuan rumah menguap2 dan ada yang dah terlelap rupanya dah gelap ye... eh kan baru sekejap je Mummy sampai camana nak gelap ek? Oklah nak balik....

Kehadiran untuk majlis hari ni 8/9 atau 88%. Memang cukup korum la kalau nak buat mesyuarat dan apa2 keputusan... heheh.... . YB Bukit Mutiara dah datang masa jamun raya so kali ni dia tak datang.  Eh.. lupalah mana gambar 'big bro' Mummy yer... banyak2 gambar tak ada terselit pun gambar dia, kesian dia datang dari jauh2... penat drive tu sebab hari ni sekolah ganti...sat yer... manalah gambar dia yang Mummy amik tadi ye...

searching....


searching....


searching....


searching....


searching....


searching.... ah finally jumpa gak gambar abang ku yang sorang ni Yin Wong Kulai... memang macho betullah gambar dia ni!


Sorry bro... camera tak muat  lah nak amik gambar penuh ...hehehhe