Wednesday, June 30, 2010

Psssttttt soksek-soksek...


Ni bukan gossip soksek-soksek tanba dosa kering yer (dosa pun ada kering ada basah ke..pandai jer orang2 ni).... tapi hidung Mummy  ni soksek-soksek kena selsema. Rasanya berjangkit dari Dafiy. Dafiy dari petang semalam meleleh je hingus dia, so malam tadi tidur  melekap je kat Mummy memang direct la virus selsema tu kat Mummy. Kepala jadi senoneng bile selsema ni. Kalau tunduk solat rasa cam nak jatuh... petang ni ada tender briefing kat CIDB la pulak, klu tak Mummy dah MC je...

Tuesday, June 29, 2010

Kenduri Arwah MIL 40 Hari


Bukan siaran bola jer ada tertunggak ye, tapi blog n3 ni pun tertunggak gak... plan nak buat unch hour semalam tapi mr kodak tertinggal kat rumah .. terbantut la xtvt. Tapi tak pe la lewat2 pun lewat la cam orang kg mummy cakap 'better late than never....' kan cik bedah kan...

Last saturday Mummy balik kampung Daddy sebab nak buat kenduri arwah MIL yang ke 40 hari (hari ke 44 actually) Ahad tu. Awal pagi dah berkemas, kawan sekolah Daddy dari Lumut singgah rumah sekejap. Malam tadi dia orang buat gathering sambil engok bola kat Monrods. Sebelum bertolak balik singgah rumah jiran Mummy sekejap, dia jemput house warming dan akikah anak kembar lelaki dia.

Hampir 1.45pm baru kami sampai rumah. Mostly semua dah ada kat kampung. Jomlah layan gambar2 masa balik kg kali ni.

 
Erti cuti dan balik kampung bagi anak2... boleh jadi kampung boys & girl dengan sepuasnya...tu tak masuk xtvt mandi sungai cetek tengahari2 buta...

Pose dulu sebelum buat kerja...

 
Daddy AJK masak nasi... guna dapor gas sure tak hangit punye...heheh

 
Mummy & anak2

Ayam goreng tepong special ... cepat2 siapa nak panas2 ni... seketul RM2 je..

 
Gulai 'kawah' kari ikan bawal... emmm yang ni bagi veteran masak baru kick... resepi tradisi dari zaman berzaman...hahah

 
Dah siap masak semua tukar la 'uniform' bagi cun sikit...heheh

Alhamdulillah ramai orang yang datang... lelaki dalam 60 orang perempuan dalam 20 orang

 
Posing2 sebelum balik ke KL

Semua dah bersiap2 nak balik... tinggal ayah dan kak nah kat kampung... sedih gak masa ni, dah la lepas hujan dan balik dari letak batu nisan kat kubur MIL

Pokok rambutan yang lebat berbuah... rasanya bulan puasa masak ni...

Arwah MIL dengan bibik & Dafiy masa raya 2009. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. AMIN.

p/s Sorry la ye pada ipar2 dan biras2 sebab Mummy dah jadi cam 'kakak @ biras tiri' pot-pet-pot pet dan kerah uols semua buat kerja...heheheh... kesian kat ngkorang tak boleh nak layan mata lebih2... heheheh

Emak 5th Anniversary




Rindunya kat emak dan abah!

29/06/2010 (Selasa) - Hari ni genap 5 tahun emak meninggalkan kami anak-anak, cucu-cucu dan cicit-cicit serta saudara mara yang lain.


Dalam tak sedar dah 5 tahun rupanya. Masih segar dalam ingatan hari terakhir emak, masa Mummy, Kak Noor, Kak Mah, Kak Lah, Iwan, Yin dan Nana (maid MMiraki) hantar emak berubat ke Melaka. Emak yang masa tu dah tak sedarkan diri (koma?) duduk kat seat depan kereta Mummy. Masa tu Daddy tak boleh nak cuti so Mummy yang drive, Nana (maid MMiriki yang lama) dan Kak Lah duduk kat belakang.

Lepas berubat kami balik kampung, angkat emak letak kat katil dia kat dapor. Jiran2 datang tengok emak. Kami petik rambutan. Petang kami balik ke KL semula, singgah R&R Pagoh beli durian. Sampai rumah Kak Mah waktu Maghrib. Lepas Isya Mummy balik Nilai...mandi dan makan. Tengah makan dapat called dari Kak Mah kata emak dah tak ada...Al-Fatehah untuk emak dan abah. Semoga emak dan abah tenang di sana. Kami di sini pasti menyusul emak suatu hari nanti...



- Emak Dalam Kenangan
- Sayang Tak Terucap
- Diari Terakhir Emak


'Rumah' Emak & Abah yang dah lama Mummy tak jenguk

Monday, June 28, 2010

Kalau umur panjang ...

Dolu2 tak faham pun camana function glass sand timer ni berfungsi...hehehe


Mummy in next 20 years kalau panjang umur... masa ni dah jadi Nanny Gee kut.... mintak2 dipanjangkan umur lagi.

Saturday, June 26, 2010

Transformer


Uols suka tak tengok cartoon transformer masa kecik2 dulu...
Kalau tanam labu dapat hasil cam ni ok tak???

Petang semalam Mummy sempat 'mentransformkan' Mr Pumpkin menjadi cake labu... layan je la gambar2 yer...tak sempat nak cerita detail... semua dah ready nak balik kg FIL ni... bye2... kalau ngences buat la sendiri ye...

 
Mr Labu sedang dihukum bakar

 
Tengok tu naik gebussss je cam org yang buat...heheh

Selepas 45 minit dalam oven ....siap pun...

Nyum...nyum...

Friday, June 25, 2010

Dafiy nak Mummy.....

Balik kerja tadi jalan jem. Selalu balik tak ada jam pun. Tapi kat KL friday memang jalan terlebih sesak dari biasa tambahan kalau hujan cam ni. Sampai sekolah Dannied 7 Danish pun dah ngam2 dia orang keluar sekolah. Sampai rumah jer si Dafiy terus tangkap kaki Mummy...Alahai dengan bawak beg notebook dan handbag dia peluk kaki pulak, hampir nak terjatuh Mummy. Cam nak marah kat dia pun ada tapi kesian la pulak.

Mummy : Dafiy nak apa? Nak tengok "mos" (Ultraman Cosmos)?
Dafiy : Anak (Tak nak!) ... Dafiy nak Mummy.....


Mummy tak jadi nak letak beg notebook kat tempat biasa. Letak je depan pintu dulu. Terus dokong dan main2 dengan Dafiy sampai nak maghrib.... Ni la salah satu dilema ibu2 yang bekerja....

Si Dafiy ni pandai mengoda dan merayu buatkan kita tak sampai hati... cara dia cakap memang so sweetttttt... Kalau dia nak menyusu dia datang dengan muka sengih2..."Mummyyyyy.... nak tek oleh?" ...

Bola bola bola ....



OreoChco pun theme bola gak...

Demam bola dah separuh jalan, lagi seminggu dua masuk ke kemuncaknya. Kat opis sibuk orang cerita bola kat rumah pun cerita pasal bola. Mummy ni tak de la minat pun kat bolasepak ni, tumpang2 tengok dan teman daddy tengok tv je. Selain tu jadi tukang matikan tv sebab tv tengok daddy pulak.

Bosan gak tengok tv berejam baru habis so daddy tengok tv Mummy pun siapkan choc box yang orang order ni. Mummy suka sangat buat choc yang ini, cam best main2 ngan warna... dan hasilnye memang cantikkkkkkkkkkkkkk ma....(Mummy tau korang nak puji choc ni cantik kan...malu2 pulak...hahaha.... tak apa Mummy rela dipuji....). Orang yang order choc box ni nak bagi kat adik dia yang nak bertunang.

Kotak2 sekali boleh makan...nak tambah wording pun boleh ma....

Choc with strawberry filling

Hah korang kalau nak buat jamuan dan kenduri kendara dan pening kepala fikir doorgift apa nak bagi kat customer, jangan susah hati pi visit Mummy Gee's Choc ... macam2 ada...

Thursday, June 24, 2010

Kalau BinAtang ber FB


Aircond sejuk ya amat ni kat opis dan mata pun dah mengecil cam jer... Lagi sejam nak balik ni... jom la baca n3 merapu Mummy ni. Ada orang hantar email ni kat Mummy...

Kalau binatang ada fb, agak-agak begini lah ya komen-komen binatang tersebut kat STATUS yg mcm uols selalu post tu…….


Cicak : Tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih…

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi… kenyang burp, Alhamdulillah...

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”

Ayam : Kawan2…kalu esok guwe tak update…bererti guwe udah di goreng….I luv u all… jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

katak : malam ni nk wat konsert la..da lama x ujan ni..hangat oii..

ular : rasa mcm nk makan lauk telo la malam ni..mana nk cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun x senang hanjeng punya org.

Kuda: Patah kaki; Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kaklelamajnun...

lipas : merasmikan pengunaan kepak baru sekali bila dikembangkn...gerun tengok mmber aku kene tarik dgn jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

itik serati : hahahhaa lawak2 ayam serama tu ade hati jalan tersengguk2....nk tiru aku le tu.. lol....


Ikan laga: Boring sey, duduk sorang2 dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa x de sorang pun nak add/approve aku. :-(


Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah


Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.


Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?


Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?

Wednesday, June 23, 2010

Bawal ke ikan kuching?

Ini ikan bawal hitam yang masih mentah..

Ini ikan bawal hitam yang sedia untuk dingap

  
Ini pulak tudung2 bawal...

Ini pulak cara  nak pakai tudung bawal...

Dulu2 tudung bawal no fofular kan, ada bawal no1, 2 dll. Time tu banyak lah pulak model2 tunjuk cara nak pakai tudung bawal ni. Pernah dengar pasal 'tudung Astro' tak? Hehehhe... Mummy pun banyak gak tudung2 bawal ni dulu. Cuma lecehnye nak pakai tudung bawal ni kena pin sana pin sini. Minimum 1 pin je tapi tu jadi style makcik2 nak pi pasar, kalu 2 pin ok gak lah tapi nak kemas dan elok kena guna 3 pin la. Kat bawah dahu, kat bahu dan kat kepala...kalau ada 3 pin baru jadi 'tudung Astro' ni...heheh

Sekarang ni zaman serba nak cepat so cara nak pakai tudung pun nak cepat jer, tu yang banyak tudung2 ala 'tudung indon'... Sekarang ni dah melambak2 jenama 'tudung Indon' ni... Yang fofular sekarang ni Ariani, Hajaba, Butik Mama, Pearl Maya dan banyak lagi lah. Mummy rasa Hajaba start dulu tudung2 jenis ni kat Malaysia. Ada gak lah Mummy beli tudung kat Hajaba tu beberpa helai... tapi lepas tu stop sebab rasa 'awning' dia cam kureng sikit la... 'fragile' sungguh... yang bestnye sebab dia dah siap2 letak butang so tak gaduh nak cari pin.

Lepas tu timbul jenama2 lain. Tengok tak sinetron Indon? Cerita belah petang tak ingat sapa nama pelakon tapi dalam cerita tu this beutiful lady bawak watak nama "Arini' so Mummy rasa tudung Ariani tu dia ambik sempena cerita tu kut.... hehehe.

Ntah apa2 la n3 Mummy ni ek... sebenarnya kaki ni gatal jer nak pi kedai Ariani.... emm tapi kan baru 23 hb...rimau belum mengaum ma... so duduk diam2 la Mummy... eh tah nak lah beli tudung ni lagi, nak ajak MMiraki beli tudung yang murah tapi cantik dekat2 opis dia je la....Nab Jumaat depan jom kita gi cari tudung raya!!! Baju raya dah ada sepasang...