Thursday, April 29, 2010

Dan lain-lain

Baking .... cooking ....moulding... demoulding... packing .... working ... meeting ... sleeping ... all  the 'ing'2 things....

Kick-off meeting kul 9am... ada masa sejam lalgi ni, lagi pun nak gi tempat customer dari rumah Mummy ni dalam 15minit jer...so sempat la blog walking dan buat n3 merapu sat...

Malam tadi kul 9.30 am Mummy dah zzzzzzzzzzzzzzzzz..... rasa mengantuk sesangat... ntah kul brapa tersedar Daddy kejut utk naik atas lepas tu Mummy zzz semula... lastnya sdar semula dah pukul 4.30 am. Tengok si Danny dan Danish pun ikut sama tidor kat sofa ngan Mummy.... so plan nak update blog malam nak pack goodies pun tak sempat....


Wednesday, April 28, 2010

Double Celebrations

Mummy busy sikit la ni tak sempat nak  update blog dan blog walking. Ada project baru start, baru nak kick-off meeting next Thursday. So banyak benda Mummy nak kena buat. Untuk project ni Mummy buat PM je. Prime Minister???? No no no...Project Management.

Itu project kat opis kat rumah Mummy sibuk sikit buat persiapan untuk kenduri kesyukuran yang Mummy akan buat hari Sabtu ni. So kepada saudara maraku kakak2, abang2 & adik2 jemputlah datang ke rumah Mummy hari Sabtu ni 1 May 2010. Kak Long, Yin & Som mailah turun KL weekend ni.

Pukul 1.00 PM tu Daddy panggil orang surau dan jiran2 lelaki untuk baja Yassin dan doa selamat. Tamu lain Mummy jemput pukul 2.30pm ke atas. Datanglah awal sikit boleh joint baca Yassin sekali.

Untuk kawan2 lain yang Mummy lupa nak SMS or e-mail kalau terbaca n3 ni jemputlah sekali ye. Teman2 blogger Mummy pun kalau sudi jemputlah sama.

Location rumah refer map kat bawah ni. Klu tak jumpa pi cari kat google map. Atau pasang GPS jer la. Tapi kalau tersesat gak, calling2 kami lah ye...



Monday, April 26, 2010

Renovation lagi ...




Hey banyak betullah RM Mummy Gee ni asyik buat renovation jer kan... manalah dia korek duit tu? Ke choc dia dah dieksport ke luar negara sekarang ni? kali ni apa pulak yang direnovate yer... jom kita intai2... tak pe la kita semua kan ahli mesyuarat gang tingkap... 

 
Pantry & training room area

 
Opis cam tongkang karam

Meja Mummy yang kemas diawal pagi Isnin... hari Jumaat dah penuh meja tu... hehheh

Collection doorgift yang Mummy dapat dari officemate dan kawan2 yang kahwin

Berbaloi-baloi



Cerita untuk dikongsi sama.... yang baik jadikan tauladan yang buruk jadikan sempadan...

seminggu dua ni Mummy banyak terima email sedih2 jer .... kenapa ye... minggu sedih sedunia ke hah...

Antaranya cerita yang membuatkan hati sebak... sepasang suami isteri dah beberapa tahun kahwin tapi belum dikurniakan zuriat. Mungkin Tuhan belum nak bagi rezeki. Tapi selain dari itu si isteri ni sakit, dr kata ada ketumbuhan dalam rahim so amat merbahaya kalau dia mengandung. Tapi sebab sayangkan suami (atau mungkin takut kena tinggal tebab isteri ni anak yatim piatu), si isteri ni sanggup mengambil risiko. Semasa kandungan berusia 7 bulan si isteri dah kena tahan di hospital. Masuk 8 bulan keadaan isteri semakin tenat ketumbuhan hampir pecah. Terpaksa bersalin awal secara operation. Selepas operation koma dan seminggu selepas tu meninggal dunia.

Baby perempuan yang comel tak sempat menatap wajah ibu tercinta. Beberapa bulan selepas isterinya meninggal si bapa kahwin lain dan pindah duduk di kota. Baby ni dijaga oleh atuk dan nenek dengan penuh kasih sayang. Si bapa balik pun jarang2 sekali menjenguk si baby. So bila dah jarang balik anak sendiri pun tak mesralah. Membesarlah baby perempuan menjadi anak dara sunti sekarang. Dianggapnya atuk dan nenek itulah ibubapanya.

Esok2 kalau si anak ni tak dapat menerima kahadiran bapanya janganlah si bapa ni nak komplen2 kat paper ke kat tv, mengadu anak tak nak jenguk dan anak tak nak jaga. Mungkin itu balasan juga sebab masa anak kecik dia tinggalkan anak cam tu jer. Tak terfikir ke sibapa betapa anak itulah yang ditunggunya selama ini dan bagaimana si isteri sanggup mengambil risiko dengan mengandungkan anak tersebut....yang akhirnya membawa kepada kematiannya (memanglah sudah takdir dan ajalnya tapi semuanya bersebab)... berbaloikah pengorbanan si isteri ini? Al-fatihah untuk beliau dan semoga anak ini menjadi insan yang berguna.

Saturday, April 24, 2010

Oh! Itu anak saudara sepupu sebelah atuk aku...

Korang ada tak kawan, saudara mara, jiran sekampung, jiran setaman, gang gossip, ahli mesyuarat tingkap dan sebagainya yang suka cakap besar dan berlagak dia kenal semua orang yang hebat2 belaka. Kalau kita tengah bercerita selalu dia akan menyampuk dengan bersemangat dibantu dengan memek muka yang bersungguh cakap... "oh dia tu aku kenal, alah adik dia sama belajar ngan aku dulu, pakcik aku pernah kerja dengan dia, kakak dia sepupu sepapat aku tu".... kekadang rasa cam nak termuntah la pulak .... apa kita nak buat dengan orang cam tu ya. Kekadang tu sebelum dia menyampuk Mummy dah potong cakap dia ... "knapa ngko kenal orang tu gak ke" ... perangai kawan Mummy yang sorang ni dari zaman belajar kat U sampai sekarang tak berubah2...

Friday, April 23, 2010

Indahnya kenangan itu ...

Kring...kring...  (bunyi telefon zaman dolu kala la... sekarang ni bunyi dah macam2 sampai tak terfikri dek akal fikiran....)...

Emak - Hello... ngko kat mana?
Mummy - Kat rumah mak baru nak masak.... bla..bla...bla...
Emak - 'Sekian' hari bulan ni kan ada cuti umum, balik kampung ke tidak? Kan dah lama tak balik kampung (walau 3-4 minggu sebelum tu dah balik kg...) .... bla...bla...ayam kampung ... kopi... bla... biji ranti ...bla ... surau baru .... bla... abah ... motor ... bla...bla...
Mummy - ok mak Assalammualikum....

Itulah emak Mummy (atuk), masa emak abah ada lagi dan duduk kat kampung emak memang rajin telefon anak2. Setiap hari mesti dia akan telefon anak2. Anak ada sembilan so dia akan buat rotation... yang kita orang ni kekadang belum sempat nak telefon, dia dah telefon... dan abah selalu bising kat emak sebab bil telefon kat kampung tu tinggi.... rasanya boleh kira kut berapa kali abah yang telefon kita orang. Kalau kita orang telefon pun abah cakap sekejap dan cepat2 jer.. kalau emak memang lama la.... dan panggilan telefon emak semakin kerap bila ada public holiday.. walau pun emak tak sekolah tinggi tapi emak tau bila cuti itu bila cuti ini.... emak akan telefon tanya balik kampung ke tidak, balik kg berapa hari, sampai kg pukul brapa... dll... sekarang ni no telefon kat kampung dah dipotong pun 07-421 2741 tinggal kenangan la nombor tu sama seperti emak dan abah yang tinggal kenangan je dalam hati kami semua.

29/6/2010 Emak 5th Anniversary & 2/8/2010 Abah 7th Annivrsary


Kenangan emak & abah kat Pulau Labuan

Emak dan abah di kaki Gunung Kinabalu. Masa ni Mummy temankan emak dan abah visit Yin yang masa tu mengajar kat Lawas Sarawak
Gambar ni diambil tahun 1987. Emak duduk bawah pokok rambutan depan rumah. Nostalgia betul kerusi batu tu... kalau petang2 kat sinilah kami lepak2 selain dari duduk2 kat pondok tepi jalan sementara mnunggu waktu maghrib. Sekarang tembok dan pokok rambutan tu dah tak ada. Pokok rambutan tu dah ganti dengan pokok kuini.

Gambar tahun 1987 juga. Abah 'bergaya' atas motor. Tu baru balik dari kedai atau PS la. Tengok tu setandan pisang tanduk dibelinya untuk anak2....


Pejamkan mata, kosongkan fikiran dan dengarkan lagu Ayah & Ibu (Sudirman) dan Kasihnya Ayah &Ibu (Sharifah Aini) .......pasti akan mengalir titisan air mata mengenang jasa dan pengorbanan ayah dan ibu yang tersayang.

Selalu layan lagu2 cintan kali ni jom layan lagu2 ni...
Kasihnya Ibu Versi Sharifah Aini
Mawar Putih Buat Mama Versi Sharifah Aini
Ummi - By Datuk Shake
Oh Ibu by EXIST
Ummi By Ahmad Wabour (lagu arab tapi ada english translation dalam video clip ni)
Buatmu Ibu - Aeman
Ayah - Aeman
Ayah Ibu - Album Anak2 Jalanan
Ayah Bunda - lagu Qasidah & Gambus
Ayah Ibu Nasyid By As-Saufee
Ayah - lagu Nasyid
Ummi - Hadad Alwi

Dah dengar lagu jangan pulak lupa 'hadiahkan sesuatu' untuk emak dan abah yang telah pergi lebih dahulu dari kita. Untuk teman2 blogger yang melawat blog mummy ni (ada ke???...hehh) yang masih ada emak dan abah lagi hargailah mereka ... ketiadaan mereka nanti memang akan dirasai sangat!



Wednesday, April 21, 2010

Kerja Dengan Ikhlas...

N3 kali ni Mummy extract dari nota kawan Mummy dalam FB dia yang diextract pulak dari email yang diterimanya dari BIL dia... sama-sama kita ambik pengajaran

-------------------------------------------------------------------------

Extract dari email from brother in law: Zainal Osman

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?.. .....

Dengan jari pun boleh ....

Nak tanya  ni rambut uols jenis yang macamana asal usulnya? Kalau dulu kerinting tapi sekarang dah lurus sebab rebonding itu tak aci ye. Sekarang ni kan banyak betul le orang yang buat kajian (pemerhatian) cara-cara mengenali keperibadian seseorang melalui tarikh lahir, bulan lahir, hari lahir, bentuk rupa dan banyak lagi.Tak taulah betul ke idaknya dah namapun kajian jer...pada Mummy sekadar suka2 tu boleh la.. untuk percaya 100% memang tak boleh pakai... jom kali  ni kita kenali peribadi seseorang melalui rambut pulak... apa kata mula2 perati diri sendiri dulu sebelum perati orang lain.. lepas tu jangan lupa bagilah tau Mummy uols masuk dalam group yang mana?

  1. RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan (**)
  2. RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah di ri , tidak suka termenung
  3. RAMBUT KERENTING NEGRO - bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah
  4. RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu,berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kanseseorang dengan kesilapan lalu.
  5. RAMBUT HALUS/LEMBUT- bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.(**)
  6. RAMBUT SIKIT - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang, ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.
  7. RAMBUT PERANG - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf,sosial dan bijak la ri da ri pada masalah.
  8. RAMBUT TEBAL - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan, dan pandai mengambil hati seseorang.
  9. RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan. (kalu nak nmpk bijak mcm empunya pesen rambut gini…. usahakasik kusut rambut korang….)
  10. RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri
  11. TIADA RAMBUT - (Botak) ..kesian
  12. RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAU KEHIJAU-HIJAUAN -itu rambutaaannnnnnnnnnnnnnnnnn….. HEHEHEHE
Tapikan kalau orang tu asal-usul kejadian rambut dia kerinting gilos tapi sebab dah rebonding sekarang ni jadi lurus dan ikal mayang tu nak kira camana yer? hhheee... Mummy tergolong dalam kumpulan 1 dan 5... dan masuk sikit2 dalam kumpulan 10 (hihihi...)

Apasal Mummy buat n3 pasal rambut pulak kali ni ye? Mummy dah tukar profesion jadi hair stylist pulak ke...hehhe...alkisahnya malam tadi sementara tunggu Danny & Danish habis tution Mummy sudah pegi cuci dan potong rambut Mummy yang lurus panjang tu ... Rambut Mummy sebelum ni panjang dia boleh tahan lah... melepasi paras bahu tapi tak la sampai ke pinggang. Sekarang ni sudah pendek atas bahu... (tapi tak de la pendek ala2 tomboy style cam zaman2 muda remaja dulu...hihih...).  Lepas potong tu rasa cam comel dan cute la pulak dan yang pasti nampak lagi muda ... tu bukan Mummy cakap tau tapi comment ikhlas (macamlah Mummy boleh menelek orang ikhlas atau tak....????) dari danny dan daddy.... si Dania kata Mummy tak cantik macam budak2 sebab rambut pendek... Danish pulak 'tak ada perasaan' ... dia kata biasa je...sabar jer la ....

Antara fesyen rambut Lady-D yang menjadi ikutan dulu2 zaman dulu2...

Malang ada bau ke tak?

Orang kata 'malang tak berbau' betul ke malang tak berbau ya. Ntahlah... pagi2 ni on d way gi opis Mummy terjumpa satu kemalangan. Lori besar bawak kontena dah terbalik. Berlaku kat selekoh (selekoh yang dah macam  round about) dari Kajang nak ke Serdang. Masa Mummy lalu kun2 amaran baru jer dipasang. Rasanya lori ni tak berlanggar dengan sesiapa tapi tergolek sendiri kut sebab tak ada kereta lain pun. Cuma mungkin tank lori tu bocor kut sebab kat jalan memang ada kesan tumpahan minyak...dan memang berbau minyak masa lalu situ.

Mummy rasa sure jalan ni akan ditutup bila crane nak tarik lori ni nanti sebab jalan tu cuma dua lorong je...


Keadaan lori yang terbalik

Tuesday, April 20, 2010

Akukah yang bersalah?

N3 terbaru Mama Miraki cerita pasal Mesyuarat Agong PBB, so Mummy pun ada n3 yang berkaitan dengan ahli2 PBB ni. Bukan tentang bibik Mummy tapi bibik kawan Mummy. Semalam dia datang opis Mummy so terceritalah pasal maid ni, la ni dia tengah iklankan untuk cari pembantu rumah dia nak cari Malaysian gaji RM700. Alkisahnya maid dia yang dah kerja nak masuk dua tahun sudah lari dua minggu lepas. Lari setakat bawak beg kecik jer, gaji maid ni ada lagi dalam RM3K kat dia sebab dua bulan lepas baru hantar ke Indon. Passport pun ada kat kawan Mummy ni, kawan Mummy ni pun setahu Mummy jenis orang yang tak strict sangan dengan maid. Anak pun 3 orang dan dua orang kat asrama. Yang ada kat rumah pun dah darjah 5. Kalau kata banyak kerja tak kut.

Rasanya maid ni memang dah plan nak lari dari rumah. Maid ni lari masa kawan Mummy ni balik rumah in laws. Asalnya kawan Mummy tak nak bawak maid tapi last minute decide bawak. Sampai rumah inlaw kul 8mlm. Pagi2 tengok maid dah tak ada dan pintu rumah terbuka. Jiran inlaw bagi tahu dalam kul 1am memang ada kereta berlegar2 depan rumah. Yg kawan Mummy perasan masa berhenti kat R&R maid ni keep asking apa nama taman perumahan dan jalan rumah inlaw selain dari gi toilet lama sangat tapi dia tak syak la apa2. Mungkin masa kat toilet dia sms kawan dia atau cowok dia kut... Kesian je kalau maid ni terpedaya ngan janji2 lelaki.

So kawan Mummy terpaksa buat polis report dan matikan working permit kat Imigresen dan cam biasalah bila maid lari majikan pun kena denda... dia kena RM250.

Harap2 tak jadilah perkara ni kat Mummy.


Bibik Mummy ngan Dafiy (masa ni duduk kat Nilai lagi, Dafiy pun baru 3-4 bulan umur dia)

House Renovation

Hah ada orang renovate rumah ke? Sapakah orang itu? Sure baru dapat bonus berbulan2 atau commission ke apa kan... ataupun dapat duit dari Nuffnang....

Dah tengah malam eh dah dini hari sebenarnya ni tapi tuan rumah tak boleh nak tido, ni gara2 pekena vietnam weasel black coffee ice... daddy pun tengok bola lagi kat tv..oklah ada teman berjaga. Sementara nak tunggu mata ngantuk Mummy 'renovate rumahlah'... bagi pasang wallpaper baru...pink ngan purple lagi... 

Gambar yang tiada kaitan langsung dengan n3 kali ni...tapi kan klu dapat rumah cam ni best gak kan...heheh...apa lah Mummy ni...berangan betul... tapi Mummy ikut falsampah Yin Wong Kulai , dia kata berangan2 tu bagus... syukurlah dengan rumah yang ada, tu pun bertahun2 lagi nak habis hutang... hahahaha

Inilah wallpaper baru rumah Mummy.... cantik tak??? hihihi... tak siap lagi ni... esok la sambung lagi...

Monday, April 19, 2010

Pondok buruk ...

Wahai saudara-maraku bila kita nak balik kampung lagi. Last balik masa Maulidul Rasul lepas, dah dua bulan berlalu. Jom kita pakat balik ramai2... kesian lantai rumah tu lama dah tak ada orang pijak dia. Pondok comel depan tu pun dah rindu ngan suara budak2 main kat situ. Dan brother jual kopi pun mungkin tertunggu2 manalah pompuan yang beli kopi berkilo2 ni lama tak datang...

29 June nanti cukup 5 tahun emak pegi dan 2 Ogos genap 7 tahun abah pegi. Rasa macam baru je emak abah sakit rupanya dah lama mereka tinggalkan kita. Orang kata semakin jauh dah jarak mereka dari kita. Semoga semua tidak melupakan mereka berdua dan sedekahkan sesuatu untuk mereka. Al-fatehah.

 
Sign board yang semakin berkarat...

Gambar ni masa raya tahun lepas... petang2 macam ni mesti sunyi kat kampung kan... mungkin ayam atau si Fasha Sendat yang baring2 kat pondok ni...

Ni pondok jiran Mummy... Kak Ros .... mungkin petang2 cam ni Kak Ros lepak2 dan sembang2 ngan anak2nya kat sini... dua pondok dengan dua suasana...

Sunday, April 18, 2010

Pakej

N3 ni tak ada kaitan langsung dengan pakej percutian 3H2M atau 5H4M tapi Mummy dapat pakej sakit gigi (gusi bengkak) + sakit urat leher + sakit tekak (telan air liur pun sakit + ulser mulut (berlaga dengan si Dafiy dan combination semua sakit2 Mummy pun demam... tapi demam2 pun pagi2 tadi sebelum pukul 7 6.45 dah pegi pasar dan pukul 8.15am dah balik dari pasar. Lepas tu makan ubat dan zzzzzzzzzzzz


Danish...body guard Mummy masa gi pasar..

Makan bubur nasi jer....


Monday, April 12, 2010

Ho Chi Minh : Part IV

bersambung dari Ho Chi Minh : Part III

5/4/2010 (Isnin)

Hari ni aktiviti free and easy so travel agent bagi kami decide mana nak pegi. So sebelum gi mana2 makan la dulu kan. Hari ni breakfast kat hotel lagi cuma pagi ni kat Roof Garden Cafe... makan cam biasa la, walau segala macam ada kami makan benda yang sama je. Nampak nasi goreng + daging b**i dia memang menarik...hehhh...

 
Naik muak dah makan telor mata ni...

 
Santai2 waktu breakfast...

HCM Dari bumbung hotel....

Aktiviti pagi ni nak ke Chinatown, Wholesales Center.

Posing sat sebelum semua ready nak pegi....


Entrance Ke China Town

 
Memang tumpuan untuk orang yang nak berniaga... harga memang confirm murah....

 
Daddy melepak kat taman semntara Mummy pi beli kacang2...

 
 
Pening dan malas nak pilih, so Mummy lepak satu kedai kain dan beli je 2-3 helai dari kedai ni.

Kami sekejap je di China Town  sebab ramai yang request untuk ke Ben Thanh Market lagi. So dari China Town bali ke hotel untuk check-out dulu. Lepas tu ke Ben Thanh Market pulak.

Shopping jangan tak shopping...

Mummy masuk sekejap je kat pasar tu lepas tu Mummy ngan Daddy pi melepak kat cafe depan pasar. Penat dan panas la, so sementara tunggu dia orang minum2 je dulu.

 
Vietanm Coffee... daddy ni bukan pengemas kopi tapi 4 hari kat sini tiap2 hari dia minum kopi. Tapi kan kopi ni memang sedap bau dia...tengoklah bekas penapis kopit u...kopi dimasukkan kat bekas steel berjaring ... kopi dia tak halus cam kat tempat kita...agak kasar berpasir so kalua nak buat kopi memang kena lepat 2 sudu besar baru pekat kopi tu...

 
Mummy minum air kelapa je... yang sayur2 ni memang tiap table dia bagi....

Dah penat shopping pi makan dan solat la dulu sebelum terus ke airport. Lunch hari ni tak masuk dalam pakej oleh agent.So utk semua company bagi 800K VDG (RM160) untuk lunch. Lebih dari cukup tu...boleh makan sampai termuntah2...hehehe... terserah nak makan kat mana sebab dekat dengan masjid ni ada 4-5 restoran halal. Pilih je mana nak. Mummy gi makan kat Saigon Halal Restaurant.

 
Air kelapa untuk Mummy dan untuk Daddy ntah air apa ntha lupa la.. mungkin laychee kut...

 
Sour soup (cam tomyang tak menjadi je rasa dia...hheh) dan telor dadar.

 
Kangkong goreng belacan dan untuk Daddy set nasi apa ye nama dia ... lupa lagi... tapi nasi tu kita orang tapau sebab Daddy dah kenyang makan menu lain yang Mummy order.

Habis dah percutian 4H 3M kami ...
  
 
Rasanya masa datang dulu Mummy bawak satu beg jer... mana datang beg2 yang lain tu yer???

 
 
Layan mata dan snap2 dulu seblum check in


Hensem tak Dafiy? Manalah awek2 tak ada kat sini... bosan betul la...

Waaaa Dafiy menangis kena marah Daddy sebab panjat2.... hahha...kesian dia..

 
Kejap je si Dafiy ni menanggis dan merajuk.. lepas tu dia buat la aksi ultramen dia pulak...

 
Model of the year...

Bye2... panjang umur datang lagi...

Flight delay dan perut kebulur tapi dlm flight dapan ambik bau jer.. nasi brini, nasi goreng, spagethi semua nye habis... yang tinggal mee segera jer... geram dancam nak marah gak le... dah tau tak boleh bawak makanan luar ngkorang jual la makanan banyak sikit dalam flight tu... btul2 ambik bau makanan orang lain la malam tu.....

Alhamdulillah selamat sampai ke rumah pukul 12.30am. Kepada semua staff habis dah holiday kita, sekarang time untuk kerja semula. Ada rezeki nanti kita pi jalan2 lagi...insyallah...

Sekian untuk kali ni... Saya Mummy Gee melaporakan untuk Travel Journal. Jumpa lagi pada hari dan waktu yang sama... tapi tarikh tak tau bila ... hahahha