Tuesday, March 30, 2010

Separuh jiwaku pergi

Mummy dapat satu e-mail dari seseorang.. kandungan e-mail dia tentang operasi merobohkan penempatan setinggan. Operasi merobohkan penempatan setinggan ni bukan sekali dua tapi dah banyak kali Mummy baca tapi entah kenapa melihat foto2 operasi kali ni Mummy rasa lain macam je, rasa sedih yang amat sangat dan hilang mood nak buat kerja. Tengok gambar2 semasa operasi berkenaan lagilah merentap2 jantung hati...rasa macam kesian sangat kat semua yang terlibat. Mungkin sebab perkara tersebut berlaku di negeri kelahiran Mummy tu yang terasa emosional sikit.


Mummy rasa sebahagian besar penduduk yang terlibat golongan berpendapatan rendah (walaupun mungkin ada 2-3 orang berada yang sanggup duduk kat kawasan setinggan dan sewakan rumah lain yang mereka miliki... wallahhualam)... operasi dijalankan waktu petang dan hari hujan pulak .. bayangkan ibu bapa yang ada anak kecil mesti fikiran mereka serabut mana nak tidur malam ni, dan malam2 seterusnya...belum lagi barang2 dalm rumah yang tak dapat diselamatkan....

  
Suasana sebelum operasi...

Mummy percaya penduduk2 kampung ni dah dapat notis berkenaan operasi ini tapi pihak2 yang terlibat sepatutnya memikirkan kebajikan penduduk2 yang terlibat ni, mungkin disediakan penempatan sementara, diberikan sedikit pampasan dll...


 
 
Semasa operasi...

Mummy bercakap dari suduk perikemanusiaan, I'm not belong to any political party... bayangkan kalau yang terlibat itu mereka yang ada perhubungan keluarga dengan kita...

 
Bekalan air dan elektrik dipotong ... mereka ini sekadar menjalankan tugas....

 
Selepas operasi...

Kepada penduduk setinggan Kg Denai Pinggiran, Kempas JB yang menjadi mangsa ni, Mummy doakan semoga mereka tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga mereka mendapat pembelaan yang sewajarnya daripada pihak2 yang berkenaan.

Sedih sangat tengok gambar ni... wajah2 sedih dan terkejut...

Note : Gambar-gambar diambil dari http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Saturday, March 27, 2010

Talam Labu

Pagi tadi masa gi pasar Mummy beli labu sebiji. Cadangnya nak  buat bingka, lepat or kek labu. Tapi bila dah petang decide nak buat kuih talam dua muka talam labu. Mummy guna resepi dari Mat Gebu... Terima kasih ya Mat Gebu bagi resepi yang sedap ni. Kalau ada sesiapa nak cuba buat sendiri nak tengok resepi kat blog Mat Gebu

Kuih talam ni memang sedap sesangat (hihi.. puji le sendiri dulu sebelum orang lain puji...). Manis dia secukup rasa jer tak terlalu manis. Lemak berkrim la...

Talam labu yang dah siap. Perasan tak ada tompok kbuning kat elah atas tu...Tak sabar punya pasal lapisan belum keras sangat Mummy dah tertuang untuk lapiasan yang atas.

Jomlah minum petang ... teh-o kurang manis dan talam labu yang rasa lemak2 manis memang ngam la...

Close-up sikit....

Friday, March 26, 2010

Dania's 5th Birthday Celebration

sambungan dari n3 sebelum ni

Balik kerja bukak tudung, singsing lengan terus bersilat kat dapor bermain2 dengan butter dan icing sugar untuk buat buttercream. Lepas buttercream siap stop kejap, gi ambik Danny dan Danish kat sekolah. Balik dari ambik anak2 sambung mendeco cake Dania tu. Dah nak senja so masa kerja2 mendeco tak sempat nak snap2 pun... ni lah hasilnya.

Princess cake for Princess Dania... rasa ovr pinky kan...hihih... dah request dari bday girl nak pinky cake ngan edible princess photo..ikut je la...

Si Danny dan Danish kata, 'cantiknya cake Dania, Mummy tak aci masa harijadi along Mummy tak hias pun cake cantik macam ni'... aikkk pandai komplen la pulak anak2 Mummy ni ya... tak kancake alongMummy nak letak bunga2 ...hehhe

 
 
Happy face...

 
 
You’re my honey bunch, sugar plump, pumpy yumpy pumpkin...
You are my sweetie pie! You’re my cuppy cake...you're my bittersweet choc... and sooooooo on


 
 
Danih ngan abang2nye...


 
 
Family photo... jenuh ajar bibik ambik gambar ... rasanya dekat 10 x dia ambik untuk ambik gambar kami sekeluarga. Ada yang nampak kepala separuh ada yang bergoyang ... hihi...

Bibik yang jaga Dania sejak usia Dania 5 bulan dalam perut Mummy sampai umur Dania dah 5 tahun sekarang ni...

 
 
Lepas potong cake kami bawak anak2 ke McD... saja bagi dia orang happy2. Mummy rasa anak-anak bukan nak makan sangat pun tapi nak main2 dan spend time with the parents.

Apa la yang Daddy fikirkan tu? Sampai berkerut2 dahi ...heheh

 
Jemputlah rasa sorang sikit kek ni ye... kali ni buat kek kukus choc lagi, sebab hari tu ngences tengok kek kukus yang Mama Shasha buat...

Thursday, March 25, 2010

Happy 5th Birthday My Little Princess

HaPpY 5th BiRtHdAy
D.A.N.I.A  B.A.T.R.I.S.Y.A
25-03-2010 (Khamis)

 
Dania 6th month

Selamat Ulang Tahun Ke-5 buah hati pengarang jantung Mummy & Daddy. The only princess in the family (as of now la...sapa tahu kut Tuhan nak bagi lagi...heheheh). Semoga Dania dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang solehah, berjaya dalam hidup dan mendapat keberkatan di dunia dan akhirat.

Dah besar dah anak Mummy ni ya... tak sempat lagi pun nak celebrate birthday Dania. Plan malam ni bawak anak2 makan kat luar je la. Kek malam tadi Mummy dah buat tapi togel lagi la belum deco lagi. Dania nak cake ada gambar princess.

 
Dania's 1st & 2nd birthday...

 
Dania's 3rd & 4th birthday..

Sebelum Dania gi sekolah dan Mummy Daddy gi office pagi tadi sempat la snap2 gambar birthday girl. Jom layanzzzzzzzz

 
Anak dara Mummy ni jeling kat siapa tu...

 
Peace....

 
"Bestnya nanti dapat hadiah. Apa Mummy ngan Daddy nak bagi kat Dania ye"

 
Sayang Dania.... 

  
Yessssssss....

  
Kalau tengok saiz dan ketinggian badan orang selalu ingat si Dania ni dah umur 7-8 tahun. Kalau beli baju memang selalu Mummy ambik saiz 7-8 tahun pun... sekarang dalam kelas dia yang paling tinggi.

Pesanan khas untuk Dania dari Mummy... "Dania dah besar dah tak mau la minum susu dalam botol lagi. Pas tu jangan la minum susu banyak sangat... 6 pkt = 6kg susu sebulan tu dah kira melampau tu. Kalau Dania kurang minum susu tak payah la malam-malam tidur kena pakai diapers lagi... malu la dengan kawan-kawan".

- update menyusul malam nanti -