Sunday, February 28, 2010

Pakej Percutian 3D2N - Day 2

27/02/2010 (Sabtu) - Bagi2 bangun wish Happy Birthday to Danish walaupun masa tu dia tido lagi...hihi... Lepas solat 'subuh gajah' kul 6.45 dah memulakan misi...Mummy dan Mama Miraki nak p cari breakfast. Dan ada 2-3 orang askar pengiring yang tak basuh muka sibuk nak ikut sam...Cam biasa, dari dulu, kini dan selamanye...dari singgle minggle, dah kahwin dan dah beranak pinak Mummy kena jadi pilot...memang tak berpeluang nak tarik selimut sambung tido lagi la Mummy...heheh

 
Kiri - Punya awal kami pegi beli kuih kat Simpang Tiga, lampu pun masih terpasang lagi. Masa ni belum pukul 7 pun...takut beb nanti kempunan nak makan kuih kasui dia yang sedap
Kanan - Dari gerai kat Simpang Tiga tu, singgah kedai Abas, apasal sekarang ni tak banyak kuih kat kedai Abas yer, cuma ada karipap ngan kuih getas2. Nak gi beli tauhu goreng kicap tak siap lagi. Actually bukan tak siap lagi tapi orang yang pegi pasar belum sampai lagi pun... imagine lah bertapa awalnya misi kami bermula.

Kalau korang nak tau, selalu kan Mummy ngan Mama Miraki cerita pasal kedai Abas tapi realitinya kami berdua ni tak kenal pun si Abas tu yang mana satu. Mummy kata kat Mama Miraki si Abas tu yang badan gempal dan besar2 sikit tapi Mama Miraki kata si Abas tu yang kurus2. So sebenarnya si Abas tu yang mana satu hah...Manalah kita orang nak kenal kan si Abas bukak kedai kat situ masa kita orang dah tak duduk kampung pun dan Abas pun asalnya bukan penduduk Batu 21....Abas o Abas...tersedap2 si Abas setiap kali lepas kami balik kampung sebab mesti terselit nama dia dalam n3 yang kami buat...(jangan Abas mintak royalti sudah la...hahaha)

Ok, jom tengok apa kami ada untuk breakfast hari ni, ya lah pakej percutian 3D2N kami ni termasuk sarapan, lunch, tea, dinner dan supper.

 
Menu breafast ala kadar...semua beli kecuali air ler... 20 bungkus nasi lemak (sebungkus 50 sen jer...)

 
RM2 Getuk ubi goreng, RM1 pau kelapa goreng dan RM 1 keria.

 
RM 2 karipap dan RM 2.80 kuih getas2
 
Pau dan kasui yang tersangatttttttttttttlah sedapnye...pau tu inti kelapa dia tu guna kelapa yang masih muda. Walaupun pau dia nipis je (kalay Yin yang makan sekali ngap jer...) tapi memang sedap la. Ni semua beli kat Simpang Tiga.

 
Nasi lemak 50 sen, anak2 komplen sebab tak ada telor. Aduhai anak2ku janganlah nak lebih2 manalah nak dapat nasi lemak 50 siap ngan telor semua...

 
Pau yang tersangat gebusssssss dan sedap...

Lepas breakfast ada lain misi lagi....kali ni misi nak meronda2 sambil cuci mata (hahaha) kat PS. Tengahari ni xtvt memasak ditahap paling minimum, sebelum masing2 peg ke PS dan pesan kat2 bibik untuk masak nasi dan masak lemak pucuk ubi jer. Hari ni nak beli beriani gam Mat Shah dan beli lauk asam pedas siap jer. Nanti kalau nak masak banyak2 untuk lunch tak boleh nak ronda pasar PS lama2. Hampir pukul 9am baru kami pegi ke pasar PS.

 
Ok, r u ready???

 
Masing2 nak mengikut, so bawak jer la... Mummy pegi dengan Som dan anak2 dia. Mama Miraki g ngan hubby di kemudian.

Hah padan muka kan kena jalan jauh. Orang dah kata kalau nak g pasar PS gi awal2 dapat lah parking dekat. Parking favourite Mummy kat depan masjid PS tu. Dekat dengan pasar kalau nak beli barang2... kali ni parking dekat2 dengan rumah tokey Azam Foto tu...

 
Kiri - Macam2 ada jual kat pasar PS ni.
Kanan - Untuk peminat Vantage, kalau nak tambah koleksi boleh lah beli... ni bukan vantage tapi ala2 ... kira ok tu, dah bubuh dalam almari dari jauh orang ingat vantage...ahahha... buat masa ni tak boleh lagi beli hiasan yang ala2 Inggeris ni sebab daddy kureng berkenan dengan konsep bunga2an....

  
Hah tengok ni apa dia... eh! eh! ada cendawan, tu yang dalam piring tu ... satu piring tu RM 2. So kalau nak masak untuk kami semua mau kena borong semua cendawan tu...ya la benda limited dan demand tinggi memanglah orang akan jual mahal...pucuk paku yang nampak teramatlah freshnye. 

 
Wow kuchai dan sulur keladi pun ada...kena beli ni...

 
Kiri - Makcik yang sangat sporting. Mummy tengah snap2 gambar kuchai dia kata ambilah gambar makcik, so Mummy apa lagi snap2 la... Tapak makcik ni berniaga betul2 depan pintu pasar. Kat sini Mummy beli keladi sarawak dan keladi cina.
Kanan - Banyaknye sukun....

 
Ais krim sebesar ni cuma RM1 jer. Sampai 5 scope aiskrim pakcik n i letak kat tiap kun. Memang kenyang anak2 makan aiskrim ni... teringat lah masa kat zoo neara satu scope aiskirm dah RM5.90... kalau 5 scope besar cam ni mau dijual sampai RM30...

 
Bang bagi kopi 2 kilo. Bungkus setengah2 kilo ye bang... Terserempak ngan Mama Miraki kat tempat brother jual kopi fresh... brother ni pun dah tau kalau kita orang beli mesti dia akan lapik dua plastik tu, sebab dia tau nak bawak balik jauh...

 
Kiri - Roti Islam...
Kanan - Emping belinjau yang besar2 dan cantik bersih. Mummy beli gak 1/2 kilo...pahit2 sedap ni...

Mummy drum kan untuk orang ketuk2 main muzik kenapa dia panggil kuit tu kuih deram? Speachless...tak tau nak jawab apa.

 
Baru je makan ais krim king size, bila nampak air warna warni nak air la pulak...

Penatlah jalan, kenapa Mummy parking jauh sangat!

Mummy tak ronda habis keliling pasar pun. Cuma sampai kedai2 tepi parit kat main entrance ke pasar, lagipun cuaca memang tersangatlah panasnye...peluh menjejeh2... tapi kalau anak2 tak ikut memang Mummy ronda sampai habis dan nak g makan rojak sedap kat restoran tepi sungai tu.

 
Dari pasar PS singah dulu gi beli air RO dekat2 Balai Polis.

 
Dah alang2 kat sampai balai polis kan, so Mummy lajak la terus sampai Parit Lapis Laman gi beli kerepek2.

 
Pilih2 Dania jangan tak pilih. Berat sangat ke Danish? Cam tak larat jer nak bawak. Apa yang Mummy beli tu.

Pukul 11.30 baru sampai rumah. Tak lama lepas tu Kak Long & family sampai.

Antara barang2 yang dibeli kat pasar PS, selain daripada membeli seluar tido yang tersangatlah murahnye...

 
Kiri - Beli kuchai kena beli sekali tempe. Baru combination yang betul. Petan lupa pulak nak snap.
Kanan - Tak tau la berapa kilo Kak Mah beli biji ranti ni, masing2 kirim sekilo2. Yang tak balik pun bolih kirim 'makanan burung' ni. Tak tau la bila Mummy boleh  makan bendalah ni...tak suka la...tapi kalau kuchai tu memang Mummy suka, masak lemak pedas bubuk tempe, petai ngan udang. Pas tu goren ikan masin...perghhhhhhhh....

 
Sukun dan pisang untuk minum petang.

Ni menu makan untuk tengahari. Pilih lah nak makan nasi briani or nasi putih. Mama Miraki ditugaskan untuk beli nasi ni.

  
Nasi dan ayam briani ...

 
Kambing briani dan tauhu bakar

 
Asam pedas ikan pari dan pecal

Masak lemak kuning pucuk ubi..

Jemputlah semua makan apa yang ada yer. Ni je yang dapat disediakan. Lepas makan lepak2 kejap kat dapor. Nak tido tak boleh sebab terlalulah pananya walu kipas dah tahap maksima berpusing. So sambil sembang2 dan baring2, kul 3pm tu Mummy dah start goreng ayam dan ikan untuk makan malam...hihihi...terukkan kita orang ni , makan jer,  nasi belum turun lagi dah start masak ....patutlah badan slim2 belaka....

Sementara tu anak2 biasala ngan xtvt dia orang kat pondok. Dah cam dijadikan markas lah pulak. Kak Mah yang plan nak balik ke Klang hari ni pun tak jadi balik. Rugi beb balik awal..heheh

 
Panas2 pun anak2 sanggup berkumpul kat pondok comel ni..Kali ni dia orang sibuk main tiup belon. Belon ni dari zaman Mummy kecik2 lagi, cuma dulu kharga 10sen jer dan dapat belon getah lagi. La ni satu tiub RM1.

 
Tiup Along jangan tak tiup...

Kul 5pm Abang Enal hubby Som sampai dengan Ijat. Masa tu kita orang tengah minum petang. Menu minum petang lupa nak snap. Pisang goreng, keladi dan sukon. Makanan berminyak lagi...hehehe... Lepas tu Yin & family pulak sampai.

 
'Unsangkarable' hubby si Mama Miraki boleh belah kelapa muda ni... hihi...sorry la Don ter'underestimate'...heheh....tapi memang diluar jangakaan dan diluar tabiee la....hahah

Menu dinner pun lupa nak snap2. Antara menu tumis biji ranti, masak lemak kuning cendawan, tempe goreng, sambal petai, ayam dan ikan goreng.

Lepas makan malam Perkhidmatan Spa dimulakan. Boleh ambik pakej kaki atau kaki dan bahu...hihi...Apa2 Lan urut memang best. Lain kali jangan tunjuk skill Lan, teruk nanti dikerjakan makcik2 vogue ni...hahah.