Thursday, January 28, 2010

Rainbow Cake @ Kek Pelangi Petang

Demi kakak dan adik yang kucintai (baca sebagai 'kucingtaik') ... abang pun termasuk gak le...(nanti Yin merajuk pulak ....heheh) balik dari kerja dan ambik anak2 dari sekolah tadi Mummy terus bersilat kat dapor. Projek buat 'rainbow cake' @ Kek Pelangi Petang .... malas dan penat nak cerita , layan je la gambar2 ni yer...

 
Kiri - Proses pembakaran kek...tengok tu naik gebu kan... kali ni saja Mummy guna acuan yang berlobang tu sebab nak bagi kek tu naik tinggi. Kalau guna acuan biasa Mummy kek rendah sikit sebab loyang tu besar sikit.
Kanan - Masak dah kek Mummy...comel kan....warna warni cam panca sitara

 
Kiri - Kek yang dah dikeluarkan dari acuan tapi .... wow cam ter'kagum' dengan diri sendiri ni...hahahah..... ni tak pegi formal class buat cake ni, klu dah pegi nanti mau ada Gee Bakery ni dan ada harapan tutup kedai kek 'Resepi Rahsia' tu...
Kanan - Ni kan cam kek tradisional so undang2 dia jangan guna kertas minyak yang moden2 tu tapi guna kertas dari buku sekolah yang tak guna (lebih afdal yang penuh dengan tulisan dan contengan hahahah). Yang ni Mummy guna used envelope... malas nak cari A4 paper or kertas minyak.

 
Siap dah dua buku kek ... eh ngkorang tak makan sangat kan kek ni, so dua buku ni cukup kan. Alah potong nipis2 (senipis kulit bawal)...nanti dapat la banyak...tak gitu Cik Bedah?

 
Lepas bakar kek lapar la pulak...so dinner Mummy malam ni combination yang amat mantap lagi kaw2 ... tempe goreng + tauhu goreng + sambal kicap ... tempe tu yang jiran Mummy kat Nilai, si Shikin tu bagi...sedap betulllll....si Daniel makan tempe cicah sambal kicap ni sampai 5 potong... Camna nak kira yer ... kata diet tapi makan tempe ngan tauhu ni cam tak ingat dunia la pulak. Rasanya tempe ngan sambal kicap ni lagi sedap dari spaghetti olia ke bolognese kan....kan...kan...

Esok cam malas nak gi kerja jer... tengok lah  , klu x cuti pun may be Mummy ambik half day petang.

Mari Belajar Jawi (bukan masuk jawi.....)

Ada orang hantar email ni kat Mummy. Dia bagi resepi kek ni untuk Mummy try. Eleh sebenarnya dia nak test la tu Mummy ni pandai baca Jawi ke tidak...kepada pengirim emel ni kan, bukan nak sombong la tapi kan malulah Mummy nak mengaku true blue Johorean klu tak pandai baca Jawi. Betul tak orang2 kampungku???? Kawan2 mari kita belajar Jawi (bukan masuk jawi yer!!!).








Kek Rainbow

Perkakasnya:
  1. Acuan kek
  2. Kertas minyak
  3. Pemukul telor
  4. Besen kering
  5. Senduk kayu
Benda2 Campurannya:
  1. 12 oz (4 cawan tepong kembang)
  2. 10 butir telor ayam
  3. 12 oz atau setengah cawan mentega
  4. secukup garam
  5. 1 camt essen ros
  6. 1 camt essen vanilla
  7. Air pencelup jenis merah dan hijau
  8. 3 cawan gula tumbuk (12 oz)
Cara Membuatnya:
  1. Pukul gula dengan mentega hingga naik
  2. Pecahkan telor asingkan merah dari putihnya
  3. Masukkan kuning telor sebiji2 kedalam adunan, terus dipukul
  4. Pukul putih telur dilain tempat hingga naik
  5. Masukkan garam ke dalam tepong masukkan ke dalam adunan berganti2 dengan putih telor
  6. Bahagikan adunan itu kepada 3 bahagian lebihkan sedikit yang berwarna putih dan warnakan yang lagi dua itu satu dengan warna merah dan satu dengan warna hijau
  7. Kepada adunan yang putih masukkan essence ros dan kepada adunan yang merah dan hijau masukkan essence vanilla
  8. Alas acuan dengan kertas minyak dan sapu dengan mentega
Cara Mengatur Coraknya:
  1. Tuang ke dalam acuan itu adunan yang putih biar rata dan setebal 2 inci. Inilah lapisan yang pertama.
  2. Tuang pula adunan yang merah di tengah, jangan sampai ke tepi acuan. Tinggalkan anggaran satu inci dari tepi. Ini lapisan yang kedua.
  3. Tuang pula adunan yang hijau dan jangan sampai ke tepi yang merah, tinggalkan juga satu inci dari tepi yang merah. Ini lapisan ketida.
  4. Bahagian lapisan yang keempat tuang adunan yang putih biar rata2 dari tepi hingga ke tengah mengisi yang kosong di tepi tadi.
  5. Bakar diapi yang sederhana selama 30 hingga 40 minit.
Ada masa nanti Mummy akan try resepi ni.



Mungkin ini hasilnye???

Wednesday, January 27, 2010

Birthday... best day ....

27/01/2010 (Rabu) - Hari ni Mummy ambik cuti, saja je nak lepak santai sempena harijadi ni...hehehhe.....Yeyeyye....hari ni Mummy cuti..... suka betul dia orang bila tau Mummy cuti hari ni. Masing2 tak nak naik van dan bas gi ke sekolah. Nak Mummy hantar dan jemput. Ok lah demi untuk anak2 hari ni Mummy layan je la kehendak dia orang.

Apa nak buat pagi2 ni ek??? Upload gambar xtvt malam tadi dulu lah. Malam tadi Mummy visit jiran Mummy yang sakit kat HUKM, so on d way balik daddy ajak makan kat luar. Anak2 Mummy bawak except Dafiy sebab dia dah tidur. Mummy nak makan apa? Baru belum sempat nak jawab anak2 dah sibuk nak makan pizza la, spaghetti la itu ini lah, so layan je la selera anak2. Kira celebrate birthday Mummy la ni.

So sebelum makanan sampai snap2 dulu la...

 
Akhirnya dapat gak gambar berdua, klu tak ada je yang menyelit...

 
Dalam kereta semua dah tido tapi bila sampai tempat makan terus hilang ngantuk...

Ni lah apa kami makan malam tadi...

  
Pizza for all (except Mummy la....). Tembikai, ais lemon tea, limau ais & hot choc.

 
Spaghetti olio for Daddy dan bolognese utk Daniel & Danish

 
Mushroom soup for all (again except Mummy) & garlic bread.

 
Fish & chip & chicken fingers untuk Mummy

Itu xtvt malam tadi, so apa Mummy buat hari ni???? Tak kan membuta je kan... so buat kek la... buat birthday cake untuk diri sendiri dan cubaan nak buat 'kek pelangi petang' (klu menjadi ada le harapan ngko Som....hehehhe0

Daddy balik awal hari ni. Petang, jiran Mummy dari Nilai, si Sue datang rumah dengan kawan dia. All the way from Nilai dia datang bawak cake dan present untuk birthday Mummy. Dan ada lagi yang lebih special kiriman dari jiran depan rumah Mummy , si Shikin bagi Mummy nasi ambeng ngan tempe... rezeki betul la hari ni. Cadangnya malam ni nak g makan kat Wong Solo, dah ada nasi ambeng ni cancel la Wongo Solo...lain kali le... dah terliur tengok nasi ambeng ni....

 
Tempe dan nasi ambeng dari Shikin & Opah (emak Shikin). Tima kasih banyak2 Shikin. Esok boleh lah bibik goreng tempe tu makan cicah sambal kicap!!!

 
Jangan la ada yang terliur tengok nasi ambeng ni ye...hehhe... tengok anak2 Mummy tengah makan nasi ambeng. Si Daniel lepas mandi tak menyempat pakai baju pun terus makan...

 
Cake & present from Sue, tima kasih banyak Sue. Jangan lupa anak balak yer 4-5 pokok ye, nak tanam belakang rumah!!!

Dah lepas makan nasi ambeng baru la potong2 kek sikit, tak de pun tiup2 lilin dah tua2 ni, potong2 kek pun saja nak bagi anak2 happy cam birthday dia orang la pulak...

 
Birthday cake sempoi yang Mummy buat, tak deco apa sangat pun...choc & choc...heheh. Heart yang besar tu umpama Mummy la yang hidup dikelilingi insan2 tersayang dan 5 heart kat luar tu represent Daddy dan 4 orang anak2 Mummy dan taburan choc rice tu orang2 di sekeliling Mummy la.


 
Cepatlah Mummy potong kek tu, org dah tak sabar nak makan ni...

 
Sweet moment....

 
Sabar yer tak lama lagi birthday anak2 Mummy semua...


Strawberry tak de buat la grapes choc....sedap gak...


Lastly hadiah dari Daddy...chocs & chocs dan dlm kotak tu apa ye???....hehehe. TQ Daddy....luv u soooooo muchhhhhhhhhhh....muah...muah...muah...

Kek Pelangi Petang

Terlanjur dah cuti ni selain dari buat kek favourite Mummy (choc cake kukus), Mummy try buat kek minyak @ kek marble yang Som ngidam nak makan tu. Tapi Mummy nak bagi nama glamour sikit kat kek ni, 'Kek Pelangi Petang'.... Resepi yang Mama Shasha bagi tertinggal kat opis la pulak so Mummy guna resepi dari blog Mat Gebu (Mummy pernah cuba resepi kek labu dia ...mmg sedap). Tapi Mummy ubah sikit resepi dia, just guna vanilla flavour jer takde campur2, yang lain tu coloring je.

 
Kiri - Adunan yang dah siap
Kanan - Adunan yang dah siap tu bagi 3 bahagian (nak lagi colourfull bagilah banyak2 warna)

 
Mummy guna warna merah (pink???), kuning dan hijau.

 
Pas tu tuang selapis-selapis berselang seli sampai semua bahagian habis. Mummy bagi tak sama rata, terlebih yang warna hijau la pulak (...tiada kaitan dengan sebaran parti polotik yer!!!)

 
Masuk le ke dlm oven. Ha tegok tu dia dah naik dah....cam nak menjadi jer tu...heee...

 
Taraaaaaaaaaaaaaa..... siap dah...ni la rupa bentuk 'Kek Pelangi Petang' Mummy ni... cun tak??? ada rekah sikit kat belah atas tu...alah kira oklah first timer ni...heheh (cari alasan lagi tu....)

 
Kiri - Kek yang dah dipotong dan dah di'ngap'....
Kanan - Close-up nikhas utk kakak Mummy si Som yang tengah mengidam tu...amacam Som??? Air liur ngko dah meleleh ke belum??? Sedap wa cakap lu....lembut dan gebussss cam orang yang buat...wakakakak....