Thursday, December 31, 2009

Selamat Tinggal....

31/12/2009 11.51 pm (Khamis) - ini n3 terakhir Mummy di tahun 2009. Lagi beberapa minit kita akan tinggalkan tahun 2009 yang penuh dengan peristiwa suka duka. Dan munculnya 2010 diharap membawa sinar baru dalam kehidupan Mummy dan keluarga. Yang pasti datang tahun baru bermakna usia kita kurang lagi satu tahun...untuk kawan2 blogger dan pembaca blog ni, Mummy ucapkan selamat menyambut tahun 2010.





Perlu ke ada bunga api utk sambut tahun baru? Lu fikrilah sendiri (sorry Nabil pinjam trademark u...)


Untuk Kak Noor, Happy Birthday. Tiap tahun orang akan ingat birthday dia. Dan utk hubby Mama Miraki juga... so esok masing2 jangan lupa bawak cake yang sedap2 untuk kita orang tau...

Last day 2009

31/12/2009 (Khamis) - Hari ni Mummy cuti urusan sekolah anak2. Danish daftar masuk darjah 1. Awal lagi dia dah bersiap. Pukul 7.30am dah ajak Mummy dan Daddy pegi sekolah. Mak aii sekolah tu 2 minit jer dari rumah buat apa ler nak g awal2 Danish oooii. Registration start 8.30 am.

 
Ready nak gi sekolah ... dah pakai tie nampak handsomlah pulak anak Mummy ni yer...hihihi

 
Posing2 dulu ngan Mummy & Daddy sebelum g sekolah

 
Semua nak ikut hantar Danish gi sekolah...

 
Kiri - Sampai sekolah check dulu dia masuk kelas mana. Ha nampak tu nama dia...ADAM DANISH...dalam kelas 1 IKHLAS. Kedudukan darjah satu ni bercampur-aduk tak ikut ranking lagi. Dalam masa dua minggu cikgu akan buat accessment baru la cikgu akan rearrange class. Add 11 kelas utk darjah 1. Dan ada 48 student dalam waiting list. Sekolah tunggu kebenaran utk tambah another class. Average satu class ada 40 org. So ada hampir 450 student darjah 1.
Kanan - Parents hantar card kesihatan, gambar , bayran utk name tag dll. Yuran belum boleh bayar sebab belum dapat kelulusan Jabatan Pendidikan Negeri.

 
Danish dalam kelas...

Lepas register, Mummy dan Daddy balik dulu dan tinggalkan Danish kat sekolah. Taklimat pukul 11am. So Mummy pergi sekolah agama bayar yuran. Dari sekolah agama pegi lak bayar yuran dan beli uniform utk Dania kat SmartReader. Dah last minute baru g beli saiz baju pun almost habis. Dari SmartReader balik rumah dulu kejap hantar Daddy sebab Daddy ada meeting kul 11. Nasib baik uniform Dania tu muat cuma besar sikit jer. Tapi kasut dia tak muatlah pulak, aduhhhh satu kerja nak tukar lagi. Kul 11am pegi semula sekolah utk dengar taklimat. Masa tu tak start lagi pun.

 
Kiri - Keadaan dalam kelas
Kanan - Taklimat. Masa ni pukul 11.15am tapi tersangatlah panasnya, ruangan foyer pun tak muat nak menampung jumlah ibubapa. Mummy duduk kat anak tangga jer dengar taklimat ni.

Habis taklimat, Mummy gi SmartReader semuala utk tukar kasiu Dania...aduh penat betul...urusan selesai dan samai rumah smula kul 2.15... lepas makan dan solat...zzzzzzzzzzzz kejap

Wednesday, December 30, 2009

break down

On d way gi meeting kat Jalan Duta tetiba kereta rasa bahang jer, sircond terpasang tapi cam tak function. Langsung gak sejuk cuma dengar cam kipas berpusing jer. Pas tu tengok light hot temparature dah terpasang, panic Mummy kejap. Nasib baik kereta tak berasap. Masa tu Mahameru Hway jam lah pulak dan Mummy kat lane paling kanan....Mummy g meeting ngan kawn Mummy.



Masa ni dah tak menyala2 lagi sign hot temperature tu...

Last berjaya menyusur ke tepi dan berhenti betul2 sebelum Istana Negara. Dah berpeluh2 badan ni... call daddy... daddy kata air kering kut suruh letak air.. mak aiii mana nak cari air dalam kereta ada air teh herbalife jer, boleh ke tuang... nanti kereta Mummy semakain mengecik la pulak , memang pun hari ni bawak keta kecik...Agak2 kalu masuk istana mintak air sikit boleh tak??? Nak bukak cover enjin tu pun menjajau cari mana satu button nak tekan (cari button kat keyboard lagi senang...).


Terkial2 cari button nak bukak cover dopan tu...nasib baik jumpa...

Call Daddy lagi, daddy kat tunggu kejap biar kete tu sejuk dan pas tu bwk slow2 cari nearest petrol station. Daddy suruh masuk ke Jln Brickfield. Masa tu adalah mamat berhenti tanya nak mekanik ke tak. Kawan Mummy cepat2 kata dah panggil dah..heheh. So bila keta dah agak2 sejuk sikit dan masa Mummy pasang enjin tu sign hot temperature tak menyala lagi Mummy pun drive ler slow2 masuk Jlan Brickfield. Nasib baik petrol station betul2 jer kat simpang masuk dia.

Call daddy lagi, nak letak air biasa ke nak letak coolent. Daddy kata letak jer air dulu lain kali dia bawak kete gi workshop utk service.


Mamat bangla ni tolong Mummy tuang air. Masa bukak penutup ni berasap wap panas keluar...
Tima kasih ya 'baya' ...

Moral of the story jangan pandai drive kereta je, satu benda pasal kereta pun tak tau....at least kena tau function button2 yang ada dalam kereta tu...

Tuesday, December 29, 2009

P.O.T.O.N.G

Apasal lah internet line ni slow sangat, nak harvest pun terhegeh2 gerak dari satu plot ke satu plot. Kat rumah nak access pun slow kat opis pun slow gak...memang nak suruh potong agaknye....kata bagus sangat...pot pet...no 1 .. pot pet.. bla...blal... pot pet ... terlaju ... pot pet ... b**** .... kalau tanaman Mummy mati tak sempat tuai camana sapa yang susah??? akak jugak!!!

Tapi kenapa guna notebook anak2 dan notebook daddy ok jer access ek? Musykil gak ni...ke notebook Mummy ni yang nak kena campak ke laut jadi tukun tiruan... tapi dah scan utk virus ngan spyware tak de apa2 pun (underware jer tak sempat nak scan..hiiii)...waaaaaa tension betul ... nak buat apa semua tak boleh, nak access email dan system kat office pun slow. Nasib baik ler dah lepas gaji klu tak ada harapan tak bergaji le ngkorang sbb Mummy susah nak access system....

Godek punye godek perghhhhhhhhhhhhhh akhirnya ditemui punca kelembapan, ke'slow'an dan yg sewaktu denganyalah...low disk space....tinggal 58MB je... mak ai... ni semua angkara snap2 gambar tak ingat dunia dan semua dump dlam hardisk notebook ni le, pas tu tak reti2 nak transfer gambar2 ke CD...folder gambar jer hampir 9GB ... malas le pulak nak transfer ke CD so sebagai alternative Mummy belilah external hard disk kat MINES IT. 320GB you... punye besar saiz dia ... cam boleh jadi storage utk server kan ... lepas ni tak ada masalah Mummy nak snap2 gambar banyak2 ler... dgn saiz yg ada tu Mummy boleh simpan upto 64,000 gambar (.jpg), 80,000 MP3 files atau 38 jam HD video...


Ni la external hardisk baru Mummy...saiz besar sikit dari handphone jer... dan yang penting ringan

Monday, December 28, 2009

Penang Trip - Part VI (Balik dah...)

Lepas majlis sanding Ariff, kami semua bergerak ikut haluan masing2. Kak Lah dan Mama Miraki nak gi Cameron Highland, Kak Noor & family terus balik ke Gombak, Kak Long & Yin terus balik ke JB dan Mummy terus balik ke Bangi. Som & fmaily akan sainggah kat rumah Mummy. Si Daniel & Danish sibuk nak naik kereta Som. Dah kereta Mummy kosong, Mummy tumpangkan anak saudara Mummy si Arul balik ke Ipoh (dulu dia belajar medic kat Padang Indon, la ni MARA dah pindahkan ke Royal Medical Collegue Ipoh).

Masa datang hari tu Mummy ikut Penang bridge so balik kali ni nak naik feri la pulak. Mesti anak2 suka punye.

 
Beratur tunggu giliran nak naik feri

 
Besar gak feri yang kita orang naik ni ye

 
Anak2 paling suka dapat tengok laut yang luas

 
Kiri - Semua orang keluar kereta tapi Som duduk jer kat dalam. Dia fobia takut feri karam. Kalau boleh dia nak request life jacket bukan untuk dia jer tapi utk kereta baru dia gak...
Kanan - Puas Mummyu provoke akhirnya keluar gak dia dari kereta...

 
Kiri - Ketakutan bila tengok ombak dan air laut. Tutup  mat alagi tu...
Kanan - Dengan bantuan Danish akhirnya Som berjaya ke tepi feri...kelakar la ngko Som, melampau2 sangat fobia dan imaginasi kau tu

Janji dengan Som kat R&R Tapah. Sebelum tu dah 2-3 hentian gak Mummy berhenti sebab Daddy mengantuk. Selalu kalau Daddy mengantuk Mummy take over jadi driver pulak, tapi kali ni Mummy mengantuk sepanjang perjalanan...so terpaksa la Daddy berhenti2 basuh muka ke hisap rokok..hahaha...soryy ya Daddy...Mummy tak cukup tidorlah bergossip sampai pukul 2-3am...

Kalau kat hentian Tapah sure nak beli jambu batu or jambu air kan. Atau kuah rojak Mak Beeeeeee.

 
Jambu2 yang dah siap dipacked...actually Mummy rasa jamu kat sini lagi mahal. Jambu batu tak ada biji pun RM6 sekilo kat KL baru RM5 jer. Dan jamu madu air kat sini RM 12, kat pasar tempat Mummy baru RM 8 or paling mahal pun RM12. Dah tau mahal tapi beli gak....hahah...apalah Mummy ni...

 
Dik jambu batu bagi 5kg yer... boleh kurang tak?
Boleh kak nanti saya kurangkan 200gm...hahah

Mummy sampai kat rumah dalam pukul 10am. Anak2 yang tadinya zzzzzzzz dalam kereta terus terjaga dan main games dan layan fbook. Hilang dah ngantuk masing2 kut. Mummy pun sambung sembang2 ngan Som. Banyak benda nak sembang tapi mata cam tak boleh bukak lah pulak...sampai terlelap2 masa sembang, terkeluar topik pun ada, tanya lain jawap lain pun ada... bila dah ngantuk sangat....zzzzzzzz la semua...Mummy tak tau budak2 tidur pukul berapa ntah.

Pagi minggu anak2 bangun lewat. Mummy bibik masak nasi lemak utk breakfast. Som & family balik ke JB lepas Zohor. Senyap dah rumah Mummy, anak2 pun boring jer.

 
Tak habis lagi gossip topik 'Jijie & Bung' dah nak balik lah pulak... tak pe la kita sambung gossip lagi, 5 minggu dari sekarang....hihih

 
Kiri - Bye Aliya...
Kanan - Nanti datang lagi rumah Danish yer...bye...masa kita orang kat luar ni di Daniel duduk dalam rumah sambil menanggis. Dia kan klu ada org datang rumah dan nak balik mesti punye menanggis. Sedih kut atau tak puas lagi main....

Penang Trip - Part V (Bersanding)

Lepas majlis akad nikah dan jamuan ringan tu kita orang balik ke hotel semula. Nanti 12.30pm kita org gi utk majlis bersanding pulak.

 
Masa kami sampai hotel semula anak2 masih lagi berendam kat swimming pool. Semua pakat tak nak ikut masa nikah sebab nak berendam. Nasib baik ada 2 bibik utk jaga dia orang.

 
Daddy & Dafiy sempat golek2 atas katil lagi...

 
So cuteeeeeeeeeeeeeeeeee

 
Dah siap2 dah tunggu nak g bersanding...

 
Kat entrance hotel masa nak check out

 
Dania & Aunty

 
Kiri - Dania & Mak Long
Kanan - Dania & Cik Som

 
Agak2 ni gambar adik kakak ke emak anak? Hheheh..jgn mare

 
Aksi ala2 gedik Echah & Amir....

 
Kiri - Pengapit cam malu2 kuching jer, ke dah siap tukar email dan facebook id...bukan boleh percaya si Emi tu...
Kanan - Melangkah ke dewan

 
Kiri - Pintu masuk ke dewan
Kanan - Pelamin theme hijau putih

 
Kiri - Meja makan utk pengantin, juga hijau putih...(Mummy pun tumpang makan kat meja tu...)
Kanan - Cam biasa pengantin belum bergambar Mummy dah rasmi dulu..hihih..jgn marah yer pengantin

 
Sama cantik sama kacak, macam pinang dilangar truck....hahah...jangan mare yer..nanti kena jual

 
Sukanya dieeeeeeee

 
Merasalah si Emi tu lapkan peluh si Arip....

 
Menu pengantin. Cam biasa lah udang panjat nenas mesti ada. Pengantin tak makan pun, kita orang jer yang ngap...

 
Hati goreng dan ikan bawal sweet sour. Another menu wajib pengantin.

 
Air siren & jambangan buah

 
Kiri - Pengantin tak yah makan pun dah kenyang...biar jer pengapit yg makan
Kanan - Mie ngko jgan ngap sendiri ikan tu, aku nak gak. Cubitkan kat aku sikit

 
Kiri - Nah Rip aku bagi ngko ikan sikit, yg lain biar kau dan yang lain2 ngap
Kanan - Aksi wajib mana2 pengantin waktu makan beradab

 
Makanlah jangan malu2....

 
Acara renjis2....

  
Renjis lagi

 
Kiri - Mana kau nak g tu, nak ter***** ke?
Kanan - Senyum semua...

 
Dafiy & Dania

 
Kiri - Mummy Daddy & Pengantin
Kanan - Untuk album kenangan

 
Dania & Kak Myza

 
Dah emak balik dulu, jaga anak emak baik2...itu kut pesan Kak Long pada menantu baru dia...

Kepada Ariff & Myza, Selamat Pengantin Baru dan semoga kekal ke akhir hayat. Bermulalah satu kehidupan baru. Okeylah, majlis pun dah selesai, jom balik ke rumah masing2. Tapi ada orang tu yang menyambung cuti2 Malaysia lagi, nak ke Cameron Highland lah nak gi Lost World of Tambun la...Mummy terus balik ke Nilai Bangi. Kak Noor & family pun terus balik ke Gombak. Yin & Kak Long terus balik ke JB. Som & family transit satu malam kat rumah Mummy. Insyallah kita kumpul lagi 31/01/2010 kat rumah Kak Long untuk kenduri kahwin belah lelaki pulak.