Wednesday, September 30, 2009

'Princess' Dania Batrisya



Tengok lah aksi2 Dania Batrisya depan camera ni. Ini lah satu2nya puteri kesayangan Mummy & Daddy (as of today ler heheh... klu tuhan nak bagi sorang lagi pun Alhamdulillah). Walaupun sorang jer perempuan dalam family tapi tetap kena marah, cubit, pukul dan yang sewaktu dengannya sama jer cam abang2nya, dalam kes ni tak de pengecualian pun. Dia ni suka tengok cartoon disney, suka sangat dengan watak2 Princess Disney, Snow White, Cinderella, Barbie...so kalau panggil dia nak cepat dapat respond, panggil le 'Princess' cepat jer dia menyahut, kalau panggil nama mau 2-3 kali baru dengar jawapan!

Ada ala2 model tak? Em jangan nak berangan Dania, belajar jer pandai2.
Orang bangun tido pun nak amik gambar ke?
Amboi gedik jer anak Mummy ni...
So sweettttttttt...
Mana lagi sayang, Mummy ke Daddy?
Close-up...emmm nasib baik tak de jerawat lagi...
Mana lah kawan2 ni tak datang. Penat dah orang tunggu.
Emm dah lepas makan ketupat Dania nak gi beraya la. Ada sesiapa nak ikut?
Janganlah amik gambar, malulah....
Leka main belon buih...

Open House @ Rumah Mama Miraki

27/09/09 = 8 Syawal (Ahad) - Yes...yes.. hari ni ada openhouse lagi, so Mummy tak payah masak...jimat lah..hihihi...Open house hari ni kat rumah Mama Miraki. Dia buat makan2 untuk saudara mara belah Mummy jer. Belah inlaws akan dibuat lain kali. Bagus gak idea ni, buat dua open house yang berbeza orang tak ramai sangat senang ler nak melayan dan masak pun tak penat. Tapi tu ler dua kali kerja pulak...so kesimpullanya open house Mummy nanti buat serentak ler untuk kawan2 Mummy, kawan2 Daddy, sedara Mummy dan sedara mara Daddy.

'Host' open house...

Cam biasa ler Mummy dan anak2 saudara dan Kak Lah posing maut...

Sanggup berhimpit2 nak posing punye pasal

Ini lah cucu Mummy, Eisya Maisara, nama punye glamour tapi panggil Echah jer...hihih

Sayanggggggggg Amirrr...

Anak2 dara dan teruna kak noor, tak lama lagi rasanya makan ler nasi minyak kut...hehehh
Cam biasa gak menu yang pelbagai. Ada ketupat palas, ketupat nasi, rendang daging, rendang ayam, lodeh, ayam goreng, sambal kacang dan lain2 lagi ler...siap bawak balik 'berkat' lagi...

Long Bani & Long Semah dan anak dara dia Natrah @ Wawa pun datang. Cun tak anak saudara Mummy ni. Tengah study kat nursing college. Kalau nurse cun cam ni patient dah sembuh pun sanggup duduk hospital...heheh


Jom Amir kita gi jalan2

Tengoklah anak2 sekarng baru jalan jatuh pun dah reti main komputer. Nakal jadi pakai IT nampaknye dia orang ni...jangan jadi pakar main games jer sudah ler...


Banyak2 shopping mall kat KL ni, boleh 'tersama' pulak baju si Dafiy dan Amir. Hey x exclusive langsung... lain kali nak shopping kat Harrods ler...

Kembar siam Dafir & Amir
Bulatnye mate anak mummy...
Kak Lah ngan Mama Miraki masa dah nak balik

Terima kasih ler pada tuan rumah yang jamu kami yer. Tunggu ler open house rumah Mummy nanti, Kalau tak ada halangan Insyallah pada 17 Oktober (28 Syawal). Boleh sambut Deepavali sekali ni....

Beraya Ke rumah Mak We

26/09/09 = 7 Syawal (Sabtu) - Seperti yang telah dijanjikan semalam masa kat rumah Kak Noor, hari ni kami akan beraya ke rumah Mak We (makcik Mummy) petang ni. So yang akan turut serta keluarga Mummy, Mama Miraki, Kak Noor dan Kak Lah. Mummy keluar rumah pukul 2.30pm sebab janji dengan dia orang nak sampai dalam pukul 3pm. Masa keluar rumah hujan ler pulak. So masa Mummy sampai family Kak Noor dah sampai.

Inilah Mak We @ Awe. Dia ni kakak kepada emak Mummy. Dialah satu2nya adik beradik emak yang masih hidup.Umur Mak We dah 80++. Badan masih sihat cuma penglihatan semakin kabur. Badan dia tinggal tulang yang dibalut kulit jer, kurus betul dia (masa muda pun memang dia kurus). Percakaan masih jelas lagi. Walaupun duduk dekat tapi kami jarang berjumpa. Rasanya tiap kali raya jumpa. Teruk betul ler kita orang ni.
Sesekali bila bercerita pasal Arwah emak, Mak We menangis. Dia kata dia teringin balik ke kampung Mummy. Dia nak tengok kat dapor tempat emak selalu tido. Dia cam tak percaya lagiyang emak satu2 adik perempuannya dah tak ada lagi.

Ini Long Bani, satu2nya anak Makwe. Dia bawak Makwe duduk KL sejak 20-25 tahun yang lalu. Walaupun dia ni lazer sikit tapi dia baik hati dan ambik berat pasal keluarga.

Ini Long Semah wife Long Bani dengan Mama Miraki.
Kak Lah dan Ika
Masa ambik gambar ni Mak We kata, ambik gambar ni nanti kalau Mak We dah tak ada boleh buat kenangan.
Mama Miraki, Makwe dan Kak Lah. Ada orang cam nak tunjuk gelang besar jer...
Amboi sakan nampak korang makan! Mula2 hidang nasi pas tu mee goreng basah pulak. Makanan panas2 masing2 laju ler...
Cukup2 lah tu nab...esok masih ada!

Nab, kecik sikit mulut tu...nanti lalat ikut masuk sama. Datang rumah Mak We ni kan, walau kita tak bagi notis langsung kita tetap akan dibagi makan, tak kisah apa lauk yang ada dia tetap akan jamu kita. Itulah kelebihan saudara2 Mummy dalam bab makan2.
Anak2 pun keluar masuk rumah ambik kuih dan air...

Dafiy pun ikut sama makan. Lapar ker?

Raya - Kak Noor Pre-Open House

25/09/09=6 Syawal (Jumaat) - Pagi2 Mama Miraki dah called Mummy ajak g rumah Kak Noor. Dia kata Kak Noor open house utk kawan2 Amy (kira pre-open house ler sebab open house sebenar 3 okt 09).

So kul 12 Mummy gi rumah Kak Noor ngan anak2 dan Bibik. Daddy belum balik dari outstation Penang. Mummy ingat Mummy dah lamabt, rupanya Mummy orang pertama sampai. Lepas tu baru Mama Miraki. Lepas solat Jumaat baru kawan2 Amy datang.

Menu open house nasi carrot, ayam masak merah, dalca, ayam goreng, soto, nasi himpit, kuah kacang, lodeh.


Amir & Mama Miraki
Takut le nak duduk kat kerusi PGA ni, nanti takut bercalar ler pulak..hihihi

Jenuh nak halang si Dafiy dpd buka tutup pintu almari tv ni. Ntah apa yang nak diambiknye.
Antara kawan2 Amy yang datang. Dia bagitau Kak Noor kawang dalam 20 org jer nak datang tapi yang datang lebih dari 50. Nasib baik stock makanan Kak Noor banyak, klu ta jamu makan kuih jer ler..hihih