Wednesday, July 29, 2009

Daddy's Birthday

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...
Happy Birthday To
* DADDY *
Happy Birthday To You


26/7/2009 (Ahad) - Hari ni bday Dafiy yang ke 40. Happy Birthday Daddy, semoga Daddy dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, mendapat keberkatan di dunia dan akhirat dan dipanjangkan jodoh kita hingga ke akhir hayat. We luv u Daddy!!!

Tahun ni mummy tak beli pun kek untuk Daddy, mummy buat jer kek choc dan bagi simple deco jer. Tahun ni lambat sikit Daddy potong kek sebab Daddy outstation ke Karambunai, Daddy balik dah malam dan anak2 pun dah tidur, so next morning baru Daddy potong kek.

Look what we've for Daddy, homemade choc cake, card from mummy, card from the kids and small gift for Daddy.

Card from Mummy


Card from Kids... daddy become "Didi" and "Dedi" ...hiihihi...whatever janji ada bunyi


Danny tu perasan le itu kek dia...


Dania not in picture sebab dia dah pegi sekolah....


Photo taken by Danny...bolehlah

The kids keep asking Mummy, apa mummy beli untuk Daddy...emmm...ni yg mummy beli untuk Daddy, kemeja dan seluar untuk Daddy pergi kerja...tak tau lah nak bagi Daddy hadiah apa, nak bagi perfume, mummy tengok banyak lagi perfumed Daddy... Mummy plan dulu cam nak gi holiday ngan Daddy masa bday dia, tapi tak jadi lah pulak

Sunday, July 26, 2009

An Evening in Taman Tsik Cempaka

25/07/2009 (Saturday) - Hari ni mummy tak pegi pasar sebab stok lauk pauk banyak lagi. Hari ni mummy masak awal. Pas tu mummy gi spa buat facial. Dah dekat sebulan mummy tak g buat facial, terlanjur tak der apa2 program hari ni baik mummy pegi. Biasa ler facial kul 12 dekat pukul 2.15 baru siap. Lepas tu mummy pegi ke Giant cari barang2 dapor sikit. Balik rumah zzzzzzz....

Bangun tidur boring lah pulak duduk kat rumah jer, nak gi meronda2 pun daddy tak der malas ler pulak. Lastnye mummy bawak anak2 gi Taman Tasik Cempaka jer. Pegi pun dah lewat petang, so tak dapat ler anak2 main2 sangat. Walau dah dua bulan lebih pindah ke Bangi inikali pertama mummy bawak anak2 ke taman ni. Dia orang excited ler sebab ada tasik, ada taman permainan yg besar dan ada org jual2 layang... merenggek dia oragn nak layang2 tapi mummy tak belikan sebab dah lewat petang. Lain kali datang awal sikit baru puas dia orang main.


Tengok lah aksi dia orang , selepas cubaan beberapa kali baru berjaya sampai pegang giant clock tu.
Dafiy hauslah... kenapa ketat sangat ni,


Ini bukan gelongsor la Dania...

Penat lah, nak rehat lah kejap...

Apa tunjuk perut gendut tu Danny?

Cam orang dating jer Danny dan Dania ni...hehehhe

Dafiy senyum, mummy nak ambik gambar kita tu...

Friday, July 24, 2009

Wong Solo Restoran

24/07/2009 - Hari ni Mummy gi lunch kat "Restoran Wong Solo" di Sek 9 BBBangi dengan officemate mummy. Indonesian rstoran. Not bad . Mummy boleh bagi 4* untuk makanan dia. Cuma kena order air lebih skit la sebab sambal2 dia pedas boleh tahan.
Kita boleh order ala-carte atau set. Dan dia ada set untuk bungkus punye, packaging dia pun cantik je. Kalau di abuat delivery sure ramai org suka.
Menu dia memang belbagai, tadi kami order Ayam Kampung Goreng, Balado Cumi, Sambal Teri Cabe Ijo ngan Tahu/Tempe Penyet. Patut mummy ambik gambar sebelum makan tapi hp prob le bulak ... dah makan separuh jalan baru ambik gambar..hiihih

Tak pandang kiri kanan, salwa makan
Ayam kampung goreng

Tahu dan Tempe Penyet

Sambal Teri Cabe Ijo

Cumi Balado


Thursday, July 23, 2009

Puding Jagung

Petang semalam jiran Mummy masa di Nilai telefon. Dia nak buat kenduri doa selamat Khamis malam Jumaat. Sebab jiran dekat dan masa mummy buat house warming pun dia datang rumah satu keluarga, mummy decide nak pegilah kenduri dia. So bila nak pegi terfikirlah apa buah tangan nak bawak. Nak buat cupcakes rasa macam tak sempat. So bila balik rumah mummy tengok ada tepung custard dalam simpanan, so mummy decide buat puding jagung jer.

Buat puding jagung ni senang dan cepat, tak remeh. Bahan2nya pun simple jer... tepung custard, santan kelapa atau susu cair, gula dan jagung tin in cream style.

Santan dengan gula didihkan jer dalam periuk
Bancuhkan tepung jagung dengan air.


Tuangkan bancuhan tepung jagung ke dalam periuk. Kacau sentiasa untuk elakkan berketul.

Masukkan jagung tin, nak sedap letak ler lebih. Kacau sampai pekat dan angkat.


Angkat dan masukkan ke dalam loyang atau masuk dalam paper cup cam mummy buat ni ok gak. Dah siap, tak sampaipun satu jam. Masukkan dalam peti sejuk dan makan sejuk2...sedap....

Wednesday, July 22, 2009

Kenangan Di Sekolah Part II


Dari Tingkatan 1 ke Tingkatan 3 mummy (1983-1985) sekolah di SMRPS tapi nama SMRPS dah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Penghulu Saad tahun 1995. Nama Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke IV Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAT BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932.

Mummy belajar dalam aliran Sains Rumah Tangga. Dalam peperiksaan SRP mummy dapat aggreget 9 (untuk lima subjek). Member baik masa kat sekolah di Siti Norahmah, Latifah dan Oh Kwang Hwee.

Kenangan paling tak boleh lupa semasa tingkatan 1, Cikgu "J" suka mengamuk. Mummy rasa dia ni ada masalah tekanan perasaan ke apa lah. Dia tak boleh tengok ada cikgu atau student yang cantik. Dan ada perkara2 yang menyebabkan dia akan hilang pertimbangan diri. Masa tu memang dia akan bercakap tak berhenti, kejap cam membebel, kejap cam marah2 dan keluar juga perkataan yang x sepatutnya, klu dia dlm keaddan ni mummy mmg takut tapi budak2 lelaki suka kalau dia mengamuk sebab tak belajar dan kekadang dia orang lagi provoke cikgu "J". Selalunya kalau nak bagi dia stop mengamuk ketua kelas akan panggil guru penolong kanan (masa tu Cikgu Mat Noor). So bila Cikgu "J" nampak Cikgu Mat Noor mundar-mandir kat luarkelas dia berhenti lah mengamuk. Bila2 Cikgu Mat Noor dah pergi kita orang pulak kena marah dengan Cikgu "J"...mesti dia cakap "sikit2 panggil Mat Noor...sikit2 panggil Mat Noor... Apa khabar Cikgu "J" sekarang ye, sekiranya dia masih ada semoga sihat sejahtera dan dipanjangkan umur hendaknya. Klu dia dah tak ada , semoga rohnya ditempatkan di dalam golongan orang yang beriman.

Cikgu yang paling mummy suka Cikgu Ridhuan Yahya. Orang Muar. Dia gi mengajar naik skuter warna hijau. Cikgu Ridhuan memang baik dan banyak bagi nasihat dan motivasi kat mummy dan kawan2. Walaupun Cikgu Ridhuan cuma ajar mummy Bm masa tingkat satu tapi dia tetap bagi nasihat pada kami semua bekas2 pelajar dia. Sampai mummy dapat result SPM, cikgu Ridhuan datang ke rumah utk ucap tahniah. Dah pencen atau dekat2 nak pencen rasanya Cikgu Ridhuan sekarang. Ya lah dah hampir 25tahun. Semoga cikgu sihat selalu.
Cikgu Yahya mummy tak suka sebab dia suka ajuk mummy jalan, dia kata mummy jalan macam robot dan senget. Pas tu dia ni cam 'x' skit...hihiih

Kenangan Di Sekolah Part I

Mummy tak pernah ke sekolah Tadika, Tabika dan yang sewaktu dengannya. So sekolah pertama mummy mengenal ABC dan 123 adalah Sekolah Kebangsaan Seri Chantek.

Kalau nak kira daif memang dalam kategori daif la sekolah mummy ni. Pelajar pun tak ramai sangat dalam seratus lebih jer. Darjah satu ada satu bangunan (boleh ker dipanggil bangunan ke???) sendiri. Kelas lain belajar kat bangunan kayu (lebih sesuai dipanggil bangsal). Bangsal ni dinding separuh jer, so setiap kali hari hujan kami di dalam kelas akan kebasahan terkena tempias hujan. Dari segi kemudahan mummy rasa memang tak ada langsung lah, air paip tak ada bekalan elektrik tak ada.Kami gunakan air kolah dan air perigi yang digali. Air kolah ni actually adalah air hujan yang ditadah dan dimasukkan dalam kolah batu besar. Kolah besar ni dekat dengan bilik guru besar.

Cikgu kat sekolah pun tak sampai sepulu orang, antara nama cikgu yang mummy masih ingat Cikgu Mokli, Cikgu Abdul Hamid, Cikgu Hamdan, Cikgu Lim Swee Ping (datang sekolah kayuh basikal mini merah jer), Cikgu Mohamad Saleh (Mat Saleh), Cikgu Wahid...ada seorang office boy kat sekolah dulu..boleh tahan handsom...lupa apa nama dia....

Tukang kebun kami gelar dia "Dol Meow" tak tau ler apa punyenya tapi yang pasti "Dol Meow" ni suka tido jer, sebab dia suka tido rumput kat padang memang sentiasa panjang...

Mummy pegi sekolah naik basikal jer. Boleh tahan jugak lah nak mengayuh basikal tu. Keadaan jalan pulak bukan elok, berlubang2 maklumlah jalan kampung, keadaan amat teruk bila tiba musim hujan, kasut putih sekejap jer dah tukar coklat penuh dengan selut dan tanah.Dah lah itu satu2nye kasut yang ada.Masa dulu kalau dapat pakai kasut yang diperbuat dari kain dah kira cukup mewah lah. Sebab kebanyakkannye memang pakai kasut sekolah plastik. Kasut plastik ni senang nak basuh dan lap jer dah kering, jadi walaupun kasut sepasang jer boleh hari2 basar, tak risau tak kering.

Ingat masa mummy darjah satu masa tu musim hujan, so bila dah nak masuk sekolah tu mummy nak pegi basuh kaki dan kasut dulu kat parit. Mummy goyang2 jer kaki tu dalam parit, Entah cmana boleh terlucut kasut dari kaki mummy, masa tu air parit memang tengah deras, tak de apa mummy boleh buat, menanggis jer lah. hari tu mummy bali ke rumah pakai kasut sebelah je.

Mummy dulu sekolah tak ada pun bawak pensil warna, water color ke crayon (tak macam anak2 mummy sekarang ni almost every month@week nak mintak color baru), kalau ada subjek lukisan selalunya cikgu akan bagi 'warna tepong' dalam bekas warna. Pas tu baju mesti punya kotor sebab warna tepong tu terbang melekat kat baju.

Duit belanja ke sekolah pun cuma 20 sen jer untuk sehari. So pandai2 mummy lah nak belanja duit tu masa sekolah pagi atau sekolah petang.Cuma masa tu kuih sebiji masih 5 sen. Kalau nak nasi lemak daun pisang 10 sen...alahai nostalgik betul lah. Sekarang ni anak2 tengok duit 20 sen cam tak ada nilai.
Permainan yang popular masa tu konda-kondi (pengawas marah kami main sebab bila nak main mesti nak kena gali lubang dulu, so kat padang sekolah tu banyak ler lubang2 kecik), rounders, cap-tay (camana nak eja hah). Tapi masa tu mana ada duit nak beli bola bulu ayam nak main cap-tay, so mummy dan kawan2 guna kan daun pokok dan ikat daun2 tu dengan getah. Bila daun tu naiklunyai petik lah daun2 yang lain.
Masa sekolah mummy aktif sukan, so memang wakil tetap sekolah tiap tahun lah, tapi setakat peringkat daerah jer lah...kawan2 yang aktif sukan Rozana, Zali, Salmi , dan Jais.

Darjah lima Mummy ambil Peperiksaan Penilaian (sekarang ni dipanggil UPSR) dan mummy dapat 2A 3B. Mummy dapat B untuk English, dan jangan tak percaya daripada seramai 42 pelajar yang ambil Peperiksaan Penilaian hanya mummy yang dapat B untuk english..(perasan ler terror...kekeke)...masa tu pelajar terbaik adalah Rozana (dapat 4A1C).

Masuk darjah enam bangunan batu yang baru siap, so merasa ler mummy bersekolah dengan selesa skit. Walaupun paip air dah ada tapi bekalan air dia takada lagi...

Ni senarai nama classmates yang masih mummy ingat, not bad out of 44 names mummy still boleh ingat more than 70%. Manalah kawan2 mummy semua ni yer. Suhana Selamat (jiran sebelah mummh kat kg), Noraini Ahmad Kadri, Norsiah Ta'at, Mohd Saidi Ayob, Noraida BahirNordin MokhtarNordin PaimanMohd Yunus SubandiAbdul Rahman TarmimiFatimah SeninMohd Toha Sharif, Norintan Ahmad, Anawiah Othman, Suzana Ramlan, Salina Paiman, Siti Misnah, Maznah Misnan, Taufik Maulana, Kamal Hashim, Ariffin Yusof, Rosmila, Normah Suhod, Sabariah Yusuf, Nordiana Adnan, Rozana Rodi, Abdul Rahman Paidi, Ishak Samad, Ahmad Jais Ahmad, Ahmad Zali Salikin, Salmi Salikin, Norazman Hussin, Noryati Rakim, Adzman Saat dan Raja Haidar Raja Abdullah. Harap semuanya berjaya di dalam kehidupan masing2.

Monday, July 20, 2009

Busy Weekend

17/07/09 - Sabtu
Pagi2 Sabtu Mummy dan Daddy dah pergi Pasar Besar Kajang. Mummy suka pergi pasar kat sini sebab banyak pilihan dan ikan2 dia semua fresh. Rasa cam semua nak dibelinye. Cuma lecehnya nak ke pasar ni sebab parking kurang dan kawasan sekitar pasar agak sesak. Iut yang Daddy kena ikut jadi driver dan tunggu kat kereta incase tak dapat parking.
Memang banyak jenis ikan yang mummy beli, parang, kembung, tenggiri, kepala batu, sardin, Daddy pulak beli ikan belanak, selangat, lala (seumur hidup mummy x pernah beli lala), kerang. Udang pun mummy beli sekilo, fresh dan besar2 pun baru RM 18 sekilo. Goreng tepong sedap ni....selain ikan mummy beli gak ayam dan sayur2 la, tapi sayur2 mummy tak beli banyak sangat sebab tak tahan lama, lagi pun sayur2 boleh beli kat kedai runcit.
Hari ni mummy tak masak lunch sebab jiran mummy panggil datang rumah dia ada house warming cum aqiqah anak dia. Lepas pegi makan kenduri mummy dan anak2 ikut daddy ke The Curve Damansara sebab office Daddy organise friendship bowling dengan Celcom.
Tengok besar tak pin bowling tu??
Di Pin Junction Teh Curve


Posing jangan tak posing




18/07/09 Ahad
Daddy ada golf tournment kat Nilai Spring, tinggal mummy ngan anak2 jer. So menu tengahari pun sempoi gila. Lepas makan tengahari mummy siap2 nak pergi ke rumah nilai. Janji dengan Daddy habis golf pukul 2.30pm dia akan terus ke rumah nilai. Semua ikut ke rumah nilai. Siap bawak bekal air dan makanan sikit.
On day way ke Nilai, sebelum sampai ke flyover Bukit Mahkota hujan turun secara tiba2, dicampur dengan jerubu memang pandangan terganggu betul. Arah ke KL ada accident bumber to bumber, mummy rasa ada dekat 20 biji kereta yang terlibat.
Sampai ke rumah nilai, hujan gerimis. Tengok rumah rasa cam syahdu ler pulak. So operasi mencuci bersih dimulakan. Susah gak nak buat kerja sebab Dafiy nak berdokong jer. Kalau tak didokong dia panjat tangga lah pulak. So mummy ngan bibik berganti2 buat kerja.
Bab mop lantai serah kat Danny, Danis dan Dania jer lah, cepat saja dia orang sanggup nak tolong, Tapi yang lebihnya nak main bubble dan buat slide....sabar jer lah...
Hampir pukul 6 gak kami ada kat rumah Nilai, jiran belakang siap buatkan air lagi. Masa nak balik tu cuaca memang suram dan mondom jer, dengan lepas hujan. Memang terasa sebak nak tinggalkan rumah Nilai. Harap2 nanti orang yang menyea rumah ni jaga rumah ni dengan baik.

Thursday, July 16, 2009

Sakit Gigi@Gusi Lagi

Untuk kesekian kalinya mummy diserang sakit gigi@gusi lagi. Itu lah, last time mummy cabut gigi dulu dr dah bagitau yg gigi geraham hujung lagi satu tu disuggest cabut, selain gigi tu tak digunakan, dr kata gigi tu dah berlubang. Tapi tu lah sebab masa tu gigi tu tak sakit mummy ignore jer la. Ni dari semalam dia start sakit la pulak, gusi dah bengkak kat situ. Infection ler tu, pipi mummy pun dah nampak bengkak sebelah. Petang ni ada meeting kat MAMPU ler pulak, harap2 customer tak perasan, sakit memang tengah sakit ni, cuma dia tak mendenyut jer. Nikmat makan memang dah kena tarik sekejap. SO setakat makan sup ngan yag berair2 jer lah...nak makan takut nak mengunyah takut terkena gigi tu.

Ni memang dah nekad ni, minggu depan memang nak cabut gigi ni.

Dafiy & Bibik

15/07/2009 (Rabu) - Hari ini Mummy terpaksa ambil EL sebab bibik dan Dafiy demam. Mummy dah siap pakai baju kerja tapi bila turun tengok bibik baring dalam bilik dan berselimut dengan kipas ditutup. Rupanya bibik demam. Dia kata badan dia merah2 gatal seluruh badan. Ini mesti allegic sebab semalam mumy suruh dia rasa cake skit... yer lah bibik tu allegic kepada telur, ayam dan segala seafoods , so klu makan sikit sure terus naik merah2 satu badan.

Dafiy pulak dah dua malam merenggek2 jer bila tidur malam, dan badan pun panas jer. Bila siang bukan main aktif dia.

Pulul 9am mummy bawak bibik dan Dafiy ke klinik, bibik kena cucuk sebab allegic dia seluruh badan, kalau makan ubat pun lambat sikit nak hilang. Dafiy pulak dr bagi ubat demam dan antibiotik sebab demam dia dah nak masukhari ke-3.

Tuesday, July 14, 2009

Sekolah Baru Dania

14/07/2009 (Selasa) - Hari ni 1st day Dania sambung sekolah selepas kami pindah rumah. Semalam Daddy registerkan dia. Bila Danish start sekolah minggu lepas sibuklah dia nak sekolah gak. So start hari ni dia sekolah kat Excel EduKids. Daddy daftar kat sekolah ni sebab Dania boleh pegi sekali dengan Kak Cik (jiran sebelah rumah). So senang dia dah ada kawan. Dan mengaji pun dah diajar sekali.Monthly fee RM200 dan tambang van RM 25. Plan nak hantar ke Krista, so boleh lah guna semula buku2 dan baju2 masa kat Nilai dulu tpai bila kami check tengok Krista kat sini dah tutup lah pulak.

Pagi tadi tak sempat mummy nak ambik gambar Dania banyak2 sebab makcik van dah datang. So dapat snap 2 gambar jer.

Comelnye Dania pakai tudung...tak der lah skolah pakai gaun dan ahort lagi yer...hihih


Dania duduk sebelah Kak Cik dalam van


Photo taken on July 15 and uploaded on July 16, 2009.

Cupcakes


Petang tadi jiran mummy, Ina called. Dia nak tempah cupcakes untuk majlis aqiqah anak dia hujung minggu ni. Terkejut gak mummy ada orang nak tempah cupcakes ngan mummy. Mummy buat cupcakes ni suka2 untuk makan sendiri jer. Ina kata anak2 dia beria2 suruh order kat mummy sebab cupcakes mummy buat masa birth dafiy sedap sangat. Mummy bagitau Ina yang Mummy tak ambik tempahan pun tapi dia merayu2 gak nak order cupcakes tu. Memandangkan dia masih dalam pantang dan mungkin susah sikit nak aktif berjalan keluar mummy setuju untuk buatkan dia cupcakes. Kalau mummy sempat dia nak order 100pcs kalau tak sempat 50pcs pun cukuplah.

Dafiy's 1st B'day cum House Warming - Part VII (Dafiy in actions)

Tengohlak aksi2 spontan Dafiy. Bersyukur sangat kehadrat Allah kerana Dafiy dikurniakan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat. Kurniaan Allah yang maha besar.