Thursday, June 25, 2009

Dekat tapi jauh...


Nak cerita pasal Danny. Sekolah Danny betul2 tepi kawasan perumahan Mummy. Pagar kawasan perumahan ni memang berkongsi dengan pagar sekolah. Kalau pintu sekolah kat sebelah tepi memang Mummy suruh Danny jalan kaki jer sekolah. Ini pintu pagar sekolah kat belah depan so kalau berjalan kenalah berpusing pulak, kira cam tawaf separuh pusingan lah.

Kalau jalan dari rumah, mummy rasa dalam 10 minit dan kalau naik kereta dalam 2 minit jer. Cuma kesian pulak tengahari2 nak suruh Danny berjalan, sure sampai sekolah nanti dah basah kuyup dengan peluh. Kalau balik ok juga kalau jalan sebab redup.

Sekarang ni memang ada makcik van yang hantar Danny pergi sekolah. Balik sekolah, Mummy atau Daddy akan ambik Danny. Awal2 sekolah dulu makcik van datang pukul 12.30-12.45pm, kira oklah sebab sekolah masuk pukul 1.15pm. Cuma sekarang ni makcik van datang awal betul. Pukul 12.oopm dah sampai. Nasib baik Danny memang bersiap awal,kalau tak sure kena tinggal. Sekarang ni Danny belum start sekolah agama lagi, nanti kalau dah sekolah agama memang dia terkocoh2 nak pergi sekolah. Balik sekolah agama sampai rumah dalam 11.30am, letak beg mandi makan dan terus ke sekolah kebangsaan pulak. Kena buat semua tu dalam masa 30 minit...

Selalu tu Mummy rasa, makcik van ambik semua budak yang jauh2 dan last sekali ambik Danny tapi sekarang ni dia ambik Danny dulu baru ambik budak yang jauh2, mau tertidur dulu si Danny dalam van. Nanti kalau Danny dah besar sikit darjah 2 ke 3 mummy suruh dia jalan kaki je pergi balik.

Wednesday, June 24, 2009

Emak dalam kenangan...Al-Fatehah

Selepas abah@atuk lelaki meninggal, emak@atuk perempuan duduk dengan Mummy. Kalau emak@atuk masih kuat mesti dia lebih rela duduk di kampung sendirian daripada duduk menumpang di rumah anak2. Namun apakan daya dia tidak sihat dan kami adik beradik pun tak sanggup biarkan emak sendirian di kampung. Memang susah untuk emak@atuk untuk membuat pilihan dengan siapa dia nak tinggal. Akhirnya emak@atuk pilih duduk dengan mummy. Terlanjur Mummy nak renovate rumah, Daddy tambah lagi satu bilik kat tingkat bawah untuk emak@atuk. Bilik tu attached sekali dengan bathroom biar emak tak perlu berjalan jauh.



Selama hampir dua tahun duduk bersama memang banyak kenangan dengan emak@atuk.
  • emak@atuk tau setiap hari Ahad Mummy mesti ke pasar awal pagi, so selalunya bila Mummy turun dia mesti duduk tunggu kat meja makan. Dan bila Mummy dah ambik troli dia cepat2 nak bagi duit kat Mummy untuk belanja pasar. Nampak sangat dia tak nak menyusahkan anak menantu. Kadang2 Mummy ambik duit tu takut dia kecik hati pulak. Tapi alasan dia bagi duit kekadang kelakar dan tak masuk akal, dia tahu kalau dia bagi duit cam tu jer mesti Mummy tak ambik, so dia akan cakap nanti belikan tongking ayam kat pasar.... suruh beli tongking ayam tapi dibaginya RM50 ke RM100...emak...emak...
  • setiap kali mummy balik kerja mesti dia tunggu duduk kat sofa atau kerusi goyang, kecuali kalau dia tak sihat baru dia baring kat bilik
  • kalau bawak emak makan kat luar, menu yang emak mintak tetap sama nasi putih, ayam goreng , sayur bayam dan air sirap.
  • drama tv yang emak@atuk tengok cuma Sembilu dan Gerak Khas... lain2 dia tak suka
  • bila kita suruh makan emak@atuk selalu kata dah kenyang atau awal lagi. Walhal kalau kita balik kg baru pukul 11 dia dah suruh hidang makanan takut menantu dan cucu kelaparan.
  • emak@atuk suka minum teh-o tawar atau kurang manis
  • kalau mummy demam atau sakit, mummy terpaksa buat2 sihat, kalau tak emak@atuk susah hati
  • masa yang ditunggu2 emak@atuk adalah hujung bulan, selalunya setiap hujung bulan mummy dan adik beradik yang lain akan bawak emak@atuk balik kampung, selalunya jumaat malam sabtu kami bertolak balik dan emak@atuk pagi2 jumaat lagi dah berkemas kain baju (actually sebahagian kain baju dia memang sentiasa ada dlm beg, di akata senang kalau nak pegi mana2). Lepas Asar dia dah siap2 tukar baju (masu tu we all kat office lagi)...emak@atuk tak suka orang tunggukan dia...
  • masa yang paling dia sedih adalah setiap kali nak tinggalkan rumah kampung. Maklumlah banyak kenangan dia dengan abah@atuk . Dan dia akan pening kepala fikirkan selepas ni dia nak pergi ke rumah siapa. Mummy selalu cakap kat dia tak payah pening2 kan kepala , duduk jer rumah mummy sebab kat rumah mummy sentiasa ada orang, setidak2nya ada bibik buat teman emak@atuk sementara mummy pergi kerja


Emak semasa abah ada

  • emak prihatin dengan anak menantu dan cucu. Kalau balik kg mesti kami adik beradik dikerahnya masak cepat2. Dia takut menantu dan cucu2 dia lapar...
  • abah selalu marah emak sebab emak suka bergayut telefon anak2. Memang emak rajin telefon anak2, kalau 2-3 hari kita tak telefon memang emak akan telefon.
  • emak rajin buat rempeyek dan kerepek keladi atau kerepek pisang, selalunya sebelum kami sampai kampung, semuanya dah siap dibungkus 9 plastik untuk anak2 bawak balik
  • bila tau anak menantu dan cucu nak balik cepat2 disuruhnya abah pergi PS beli lauk pauk dll
  • bila nak tulis kad jemputan selalu emak ngan abah bertekak, emak bagi nama pas tu abah kata emak ni memandai2 kan si polan tu mati dll....pas tu emak cam merajuk...ya dah
  • cucu2 yang sempat emak abah@atuk jaga Lan, Ariff dan Ain. Lan cucu yang paling rapat ngan emak abah@atuk. Walau dah besar boleh lagi si Lan tu tidor ngan emak@atuk
  • emak@atuk selalu marahkan abah@atuk sebab abah@atuk kalau kerja, dah tengahari betul baru balik.
  • emak@atuk selalu marahkan abah@atuk sebab abah@atuk suka bawak motor laju2
  • emak@atuk akan ikut menemankan abah@atuk ke kebun walaupun dia sekadar duduk di pondok.

"DIARI TERAKHIR EMAK"

30/06/2009 nanti genap empat tahun emak meninggalkan kami semua. Mummy tak pasti samada anak2 mummy ingat lagi pada atuk perempuan atau tidak sebab semasa atuk meninggal mereka masih kecil lagi, masa tu Danny baru 3 tahun, Danish 2 tahun dan Dania baru 3 bulan. Tapi yang pasti anak2 mummy tahu pasal kampung atuk. Dan mereka suka balik kampung atuk sebab ramai sepupu2 sebaya dia orang.

Al-fatehah untuk emak@atuk gemok dan abah@atuk kurus.

Setiap kali anniversary pemergian emak@atuk mesti Mummy baca diari kenangan hari2 terakhir emak@atuk. Selalunya baca tak habis sebab sedih sangat. Diari ini catatan Mama Miraki.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
SEDETIK KENANGAN BERSAMA EMAK
Selasa 21 June 2005 - Pukul 6.30 petang aku dapat panggilan telefon dari gee yang mengatakan yang emak tak sihat. Mulanya aku ingat tak sihat demam biasa. Tapi gee bagitau yang emak hampir terjatuh sewaktu nak ke bilik air dan mak seolah-olah hilang ingatan. Waktu ini mak berada di rumah gee, selepas sebulan di rumah kak mah. Macam tulah rutin harian emak semenjak pemergian abah. Mak akan berpindah dari satu rumah anak kerumah anak yang lain mengikut gerak rasa hatinya.

Mengikut cerita dari bibik , lebih kurang pukul 4.00 petang mak hampir terjatuh semasa nak ke bilik air. Nasib baik bibik sempat memaut badan mak dari terjatuh terjelepok. Lalu bibik bawa emak ke biliknya dan dibaringkan di atas katil. Mak seperti orang bingung…dan tak tau apa yang terjadi…..setiap pertanyaan tidak dijawab dan mak banyak mendiam diri aje. Bibik nak telefon gee bagitau tapi mak bagi isyarat tak benarkan bibik telefon gee. Jadi bibik pun membiarkan emak berehat dibiliknya.

Malam itu selepas maghrib aku ke rumah gee bersama suami dan anak-anak disamping mak dan ayah mentua aku. Walaupun gee kata macam tak ada apa-apa tapi aku rasa tak sedap hati juga kalau tak pergi. Dalam perjalanan ke rumah gee, kak nor telefon bagitau yang dia juga akan ke rumah gee ditemanai iwan dan kak lah. Sepanjang perjalanan aku cuba menyedapkan hati dengan berharap yang mak hanya demam biasa dan kurang selera makan seperti selalunya.

Aku sampai ke rumah gee lebih kurang pukul 9.00 malam. Mak ada dialam biliknya. Mak terbaring tapi tak pejamkan mata. Bila aku panggil..dia pandang aje..lepas tu dia cuba bangun. Aku tolong membangunkan badannya. Dia duduk di birai katil, sambil tercengang-cengang melihat aku sekeluarga seolah tidah mengenali kami. Bila berulang kali aku bertanya barulah dia mengangguk. Bila aku tunjukkan Ika..dia seolah tak mengenali..setelah agak lama barulah dia berkata ika…..mak juga seolah tidak ingat di mana dia berada. Dia juga tidak memberi sebarang respon sebarang pertanyaan dari kami, kalau ada pun hanya geleng dan angguk saja. Yang aku ingat bila aku bertanya emak..kenapa jadi macam ni….mak hanya menjawab “ mak macam…macam…macmmmmm (perkataan diulang berkali-kali) macam nak pergi…nak pergi….(tak tau apa maksud emak dengan nak pergi tu…..)

Kami tanyakan pada emak samada dia nak ke hospital, tapi mak menolak dengan menggeleng kepala. Tak lama lepas tu kak nor pun tiba. Keadaan yang sama berulang bila dia seolah tidak mengenali kak nor, kak lah dan iwan. Fikirannya seolah-olah kosong dan melayang-layang.

Setelah berbincang sesama kami , kami berpakat sebulat suara untuk membawa emak ke Hospital Pakar Ampang Puteri. Pada mulanya memanag emak enggan pergi, tapi setelah dipujuk berkali-kali akhirnya emak mengalah. Kami memberi alasan pergi ke hospital hanya untuk emngambil ubat emak sahaja. Sampai di Hospital lebih kurang pukul 12 malam emak terus dimasukkan ke Bahagian Emergency. Seteleh memberi keterangan tentang keadaan emak, Doktor teleh mengarahkan emak ditahan di wad untuk pemeriksaan dan rawatan selanjutnya. Kami menunngu diruangan yang disediakan. Kakitangan Hopsital menolak emak ke bilik pemeriksaan dan X-Ray. Waktu ini mak memang tak berkata apa-apa, hanya mendiamkan diri sahaja. Kesian melihat keadaan emak . Memang dulu mak ada berpesan katanya kalau dia sakit jangan di bawa ke hospital, tapi kami terpaksa mak, takkan kami nak biarkan emak sakit tanpa rawatan. Namun apalah daya emak, pada saat ini emak tidak bolehberkata-kata.

Doktor menasihatkan emak ditahan di hospital untuk rawatan lanjut. Setelah selesai urusan kemasukkan ke wad dan juga urusan Guarentee Letter dari Johor Corporation (majikan som) pada pukul 1 pagi emak dimasukkan ke wad, Bilik 432. Keadaan mak sama aje..hanya mendiamkan diri . Bila sesekali disuruh angkat tangan mak akan angkat tangan tanpa bersuara. Bila aku suruh mak tanggalkan gigi palsu dia, mak menurut dan membukanya sendiri. Kesimpulannya mak faham apa yang kami perkatakan cuma dia tak berkemampuan untuk menjawab. Menurut doktor ada beberapa saluran darah mak ke otak yang telah tersumbat. Mungkin itu yang menyebabkan pertuturan emak terjejas. Kesimpulannya emak diserang stroke (angin ahmar), tapi serangan stroke ini menyerang sistem otak dan bukannya anggota badan.

Malam itu, kami semua pulang ke rumah, Tinggal kak lah menunggu emak ke hospital. Aku harus pulang ke rumah untuk menguruskan anaka-anak yang akan bersekolah keesokkan harinya. Malam itu juga aku memberitahu adik beradik yang lain akan keadaan emak yang dimasukkan ke hospital. Yang ada di hospital malam itu, aku , gee, kak nor, radzuan, kak lah, wan safie dan hafeez juga danny dan adam.


Rabu, 22 June 2005 - Selepas menghantar anak-anak ke sekolah, aku terus menuju ke Hospital. Nasib baik hospital berdekatan dengan rumah aku. Sampai sana emak sedang tidur….tapi keadaannya masih sama. Kak lah masih di hospital. Menurut Doktor mak mengalami serangan Stroke yang menyerang saluran darah ke otaknya. Banyak gumpalan-gumpalan darah beku di otak emak. Dan ada antaranya yang merupakan gumpalan yang agak lama. Itu sebab agaknya kekadang mak seolah-olah hampir ingat-ingat lupa. Bila doktor suruh mak pandang ke kiri menggunakan anak mata, anak mata sebelah kanan tidak berfungsi.Menurut doktor keadaan sedemikian agak sukar untuk dipulihkan , dan mungkin akan mengambil masa yang agak panjang. Agaknya semenjak pemergian abah mak memang rasa tertekan dan kurang ceria. Mak merasakan hidupnya dah tak bererti tanpa abah. Makjuga mengidap darah tinggi dan sakit lutut yang agak serius.

Aku berada di hospital sehingga tengahari. Selepas itu aku harus ke pejabat. Tidak lama Kak mah dan Md Shah tiba dihospital diikuti oleh Kak nor. Walaupun aku berada dipejabat , namun fikiran aku sentiasa terkenang pada keadaan emak. Telefon jangan ceritalah..memang berdering-dering tak henti-henti disamping email dari kami adik beradik. So semua adik beradik dah sedia maklum keadaan emak. Jadi hari ini hingga ke petang mak ditemani, kak lah, kak mah dan kak nor. Petang ni Mak We datang melawat emak. Dialah satu-satunya adik beadik emak yang masih ada lagi.

Lepas balik kerja hari ni aku bergegas balik nak singgah ke hospital. Tapi akhirnya aku tak jadi singgah sebab gee pun dah ada di hospital. So malam ini giliran aku menjaga emak. Jadi aku terus pulang kerumah menguruskan keperluan anak-anak dan suami. Pukul 9.30 malam aku ke hospital bersama suami dan anak-anak. Kak nor, kak lah dan kak mah dah pulang lewat petang tadi. So aku bertukar giliran dengan gee. Pukul 10.30 suami dan anak-anak pulang kerumah. Tinggallah aku dan emak di bilik Hospital yang sepi dan hening ditambah dengan keadaan mak yang tentiasa “Tidur” dan tidak berkata-kata. Sepanjang malam aku tak dapat melelapkan mata sangat..hanya setakat tidur-tidur ayam.Sekejap-sekejap nurse datang ambil tekanan darah emak, bagi ubat. Lebih kurang pukul 2 pagi tekanan darah emak terlampu tinggi. Bacaan sehingga 210. Keadaan ini terlampau tinggi. Nurse cuba memberikan ubat pada emak. Dan aku diberitahu jika keadaannya tidak berubah , doktor akan dipanggil. Aku hanya mampu berdoa….syukur akhirnya menjelang subuh tekanan darahnya menurun, walaupun masih dikategorikan tidak normal bagi orang biasa.


Khamis 23 June 2005 - Pukul 6 .15 pagi aku pulang kerumah kerana aku haraus ke pejabat. Sementara aku pulang kerumah, Hafeez akan mengambil alih tugas menjaga emak sementara menunggu kedatangan kak nor siang nanti. Nasib baik rumah kami kebanyakkan berdekatan dengan hospital, jadi urusan penjagaan emak tidak timbul, lagipun emak dirawat di Hospital Swasta dan layanannya amat memuaskan hati dan juga tiada masalah kami menziarahi emak pada bila-bila masa sahaja.

Aku ke pejabat seperti biasa. Seperti biasa talian telefon tak henti-henti berdering. Adik beradik berhubung antara satu sama lain untuk mengetahui perkembangan terkini mengenai emak. Pukul 10.00 kak Nor sampai di hospital diikuti dengan kak Lah. Doktor cuba membuat latihan fisioterapi kepada emak, tapi kurang mendapat respon. Kaki emak terlampau lemah. Memang sebelum ini pun mak agak kurang berjalan apatah lagi dengan keadannya sekarang.

Hari ni mak telah dipindahkan ke Bilik 429, bilik yang lebih luas dan selesa dilengkapi dengan kerusi fisioterapi. Bilik ini lebih selesa berbanding sebelum ini, lagipun hanya emak seorang didalam bilik ini, jadi memudahkan kami untuk menunggu emak . Kami bersyukur kerana emak mendapat rawatan dan layanan yang memuaskan.

Petang, semasa pulang dari pejabat aku singgah ke hospital. Kak Lah, kak Nor, Iwan dan Hafiz ada di hospital. Mak masih duduk dengan keadaan termenung. Makan minum semua tak mahu, hanya mengharapkan drip air sahaja. Aku datang bawa kuih ubi yang emak suka. Aku cuba suapkan ke mulut emak, emak makanlah sesuap rasanya. Lepas tu terus tak mahu ditelannya sebarang makanan. Mak faham apa yang kita perkatakan tapi tak pandai membalasnya. Aku telefon yin dan bagi telefon pada emak, emak ambil telefon tu dan dilekapkan ketelinganya…..mak mendengar agaknya apa yang yin katakan.Tapi emak masih tidak berkata apa-apa walau sepatah pun. Aku balik ke rumah lebih kurang pukul 7 malam , kerana malam ini aku menjaga emak , Jadi selepas siap segala keperluan dirumah aku ke hospital lagi bersama suami, Ika dan Iki.

Malam ni aku ditemani anak aku, Ika tidur di hospital menemani emak. Keadaan emak langsung tidak berkata-kata walaupun sepatah perkataan.Cuma sesekali tangan emak akan digerakkan ke kiri dan ke kanan, dan sesekali emak akan cuba menggerakkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Sesekali aku suapkan minuman ke mulut emak menggunakan sudu, dan tangan emak masih mampu untuk menyapu lelehan air dari mulutnya menggunakan tangan kirinya (Perbuatan yang ini masih aku teringat dan terkenang sehingga ke saat ini…). Tapi mulut emak tetap tidak boleh nak berkata-kata. Kasihan aku melihatkan keadaan emak, aku terbayanag dulu sebelum emak sakit, emak memang banyak bercakap dan bercerita sampai kekadang sampai malas pulak nak mendengarnya sebab benda yang sama diulang-ulangnya, tetapi dalam keadaan emak sekarang, rasa keinsafan menyelebungi diriku. Alangkah menyesalnya aku ..mak cakaplah emak……kembalikanlah suara emak yang dahulu….


Jumaat, 25 June 2005 - Seperti biasa pukul 6 pagi aku balik ke rumah kerana harus ke pejabat. Sepeninggalan aku Hafeez mengambilalih menjaga emak. Selepas tu kak nor datang menggantikan Hafeez. Kak Lah pun datang sekali. Hari ni som sekelurga tiba dari JB. Hari ni som menjaga emak dihospital. Hari ni doktor memasukkan tiub untuk menyalurkan makanan kehidung emak. Walaupun som cuba menahan doktor dari memasukkan tiub kerana ingin mencuba menyuap makanan secara normal kepada emak, namun menurut doktor tiub perlu dipasangkan kerana emak kekurangan zat makanan kerana mak tak nak makan. Doktor juga telah mengatakan yang keadaan emak agak mengambil masa untuk dipulihkan. Menurut doktor terpulang pada kami untuk membawa emak berubat secara tradisional, kerana di hospital hanyalah rawatan biasa dan juga fisioterapi yang akan dilakukan. Kami masih belum berbincang sesama adik beradik kerana semua belum tiba di Kuala Lumpur lagi.

Hari ni aku balik awal dari Office dan singgah di hospital. Kesian tengok tiub berselirat dihidung emak…tapi apalah daya kami mak…..mak terpaksa juga melalui detik-detik ini. Malam ni som bersama Ain menunggu emak di hospital. Malam aku datang lagi ke hospital , keadaan emak masih tiada perubahan. Malam ini yin tiba dari Kulai .Di rumah aku agak meriah dengan anak-anak saudara kerana kebetulan rumahaku paling hampir dengan hospital. Tapi sayang disaat kemeriahan di rumah aku dengan anak cucu emak berkumpul emak pula tak sihat. Sama seperti 2 tahund ulu sewaktu abah sakit di hospital JB, kami semua berkumpul dirumah som..sementara abah terlantar dikatil hospital. Keadaan seolahberulang kembali…cuma lokasi yang berbeza.


Sabtu, 26 June 2005 - Hari ini, kakak dan mek sekeluarga sampai dari Johor. Kami semua ke hospital. Keadaan emak masih seperti itu. Menurut doktor memang tiada rawatan khusus untuk pesakit stroke. Hanya fisioterapi dan kekuatan fizikal pesakit yang dapat membantu proses penyembuhan. Tapi dalam keadaan emak , mungkin agak rumit sedikit, kerana bentuk fizikal emak yang berisi menyukarkan pergerakkan. Kerana dalam keadaan biasa pun memang emak tak banyak bergerak kerana sakit kaki dan sebagainya. Jadi doktor memberi pilihan samada nak bawa balik emak atau nak terus tinggal dihospital. Doktor menyuruh kami berbincang sesama adik beradik.

Hari ni kenduri cukur kepala anak Gee. Mengikut perancangan awal semua kami akan berkumpul dirumah Gee, namun apakan daya kita hanya mampu merancang. Namun kenduri di rumah Gee tetap diteruskan kerana tetamu telah dijemput, katering telah ditempah. Hanya Kak Nor, Kak Lah dan Kak Mah serta Lan aje yang pergi ke rumah Gee. Malam ni Kakak dan Mek menjaga emak. Som telah pulang ke JB petangnya.


Ahad, 27 June 2005 - Pagi aku ke hospital. Hari ni kami telah membuat keputusan untuk membawa balik emak . Kami ingin mencuba kaedah urutan tradisional untuk emak. Keputusan telah dibuat untuk membawa emak ke rumah Kak Mah, kerana kebetulan kak Mah tidak bekerja. Namun malang sungguh nasib emak disaat kami semua cuba untuk mengangkat emak ke atas kerusi roda untuk dibawa pulang, badan emak tiba-tiba melorot kebawah. In kerana emak langsung tidak memberi respon dan tidak mampu menyokong diri sendiri. Maka terbaringlahlah emak dilantai Hospital…kami panik seketika. Kemudian Jururawat datang membantu mengangkat emak menggunakan kain untuk diletakkan diatas katil. Kesian sungguh melihat keadaan emak. Akhirnya kami membuat keputusan untuk menyewa Ambulans untuk membawa pulang emak. Mak dibawa dengan ambulan ke rumah Kak Mah di Klang diiringi kak Lah, Shasa di dalamnya. Aku sekeluarga menyusul dengan kereta dan juga Kak Nor. Inilah kali terakhir aku lihat emak dalam keadaan masih bernyawa……..Kalaulah ku tahu ini kali terakhir aku akan melihat emak masih bernyawa…..

Tiba dirumah Kak Mah emak dibaringkan dikatil diruang tamu. Baju emak ditanggalkan untuk mengelakkan kepanasan dan memudahkan badan emak dilap dan dibalik-balikkan. Menjelang maghrib aku pulang kerumah. Waktu ini Gee baru sampai. Tak sampai hati rasanya nak tinggalkan emak , tapi aku percaya kak mah boleh menjaga emak dengan baik. Aku tinggalkan pembantu rumah aku dirumah kak mah untuk membantu mana yang patut. Emak langsung tak membuka mata semenjak dari hospital hari tu…mak seolah-olah tidur, tapi sekali sekali kedengaran hembusan nafasnya yang kuat dan turun naik.Bukan kau tak mahu menjaga emak di rumah aku, tapi sepanjang aku bekerja emak hanya akan tinggal dengan pembantu rumah aku, dan aku tak berapa yakin yang pembantu rumah aku ikhlas nak jaga emak, so akhirnya kak mah bersetuju nak menajga emak dan aku tinggalkan pembantu rumah aku di rumah kak mah untuk membantu mana yang perlu. Untuk keperluan aku di rumah, taulah aku menguruskannya.

Isnin, 28 June 2005 - Emak di rumah kak mah. Emak masih tak membuka mata langsung. Hari ni mak diziarahi saudara mara. Aku tak dapat menziarahi emak hari ni. Hanya telefon menjadi penyambung mengatahui keadaan emak. Menurut kak mah keadaan emak tiada perbezaan. Mak seperti dalam keadaan koma, hanya sesekali menggerakkan tangannya.


Selasa, 29 June 2005 - Tiada apa-apa perubahan pada diri emak. Hari ni kami berbincang untuk membawa mak berurut di Jasin keesokkan harinya. Keputusan dibuat untuk membawa emak nberubat secara tradisional di Jasin, Melaka.


Rabu, 30 June 2005 - Hari ni selepas solat subuh emak diibawa ke Jasin untuk berurut. Yang turut serta pergi ialah Gee, pembantu rumah aku (Nana), kak mah, kak nor, Tumirin, Iwan dan Kak Lah. Sementara Yin menunggu di Jasin, kerana dia yang tahu tempat urut ni. Keadaan mak masih tiada perubahan, malahan keadaan emak semakin lemah, langsung tak membuka mata. Mak diletakkan di dalam kereta Gee di kerusi hadapan. Sewaktu emak diangkat ke dalam kereta langsung emak tidak sedar. Mak seolah-olah tidur sepanjang perjalanan. Tiba Di Jasin mak diberi keutamaan kerana melihatkan keadaannya. Lebih kurang pukul 11.00 pagi selesai mengurut.

Oleh kerana hari masih pagi lagi, kami membuat keputusan untuk singgah ke kampung, kerana kebetulan dah dekat benar dengan kampung. Mungkin terkena udara kampung boleh membuatkan emak lebih bersemangat dan boleh membuka mata. Tiba dirumah pukul 12 tgh. Jiran-jiran diberitahu mengenai kepulangan emak. Mereka menziarahi emak termasuklah Pak cik Kuan. Lebih kurang pukul 4.00 petang semasa berkemas-kemas untuk balik semula ke Kuala Lumpur, kami bercadang untuk memandikan emak tapi dihalang oleh Pak cik , kerana katanya badan emak dah sakit janganlah diangkat-angkat kesana-sini. Akhirnya mak cuma dilap badannya sahaja. Seelsai berkemas-kemas untuk balik Pak cik berkata…”Tak payahlah emak dibawak balik ke KL”namun apalah daya kami semua, kerana di kampung tiada siapa yang akan menjaga emak. Akhirnya emak dibawa pulang juga ke Kuala Lumpur . Emak diangkat kedalam kereta dan meninggalkan kampung. Jika mak sedar mesti mak gembira dapat pulang ke kampung.

Mak tiba dirumah kak mah semula pada pukul 7.30 malam….emak langsung tak buka mata. Sewaktu nak angkat mak masuk ke dalam rumah, badan mak terasa berat sangat tak seperti semasa nak pergi. Tangan emak juga terkulai , tiada respon, tak buka mata, yang sedihnya semasa nak angkat masuk ke rumah seperti dihospital dulu, badan mak terlorot ke bawah..dan mak terbaring di porch kereta . Setelah mencuba beberapa kali akhirnya mak berjaya diangkat masuk ke ruamh dan dibaringkan di atas katil. Pukul 8.00 malam gee, kak nor dan kaklah pulang ke rumah masing-masing. Mak terbujur diatas katil tanpa sebarang respon, cuma badanmak agak sejuk…dan nafas emak turun naik.

Pukul 9.00 malam kak mah telefon bagitau badan emak sejuk sangat. Kak lah suruh kak Mah selimutkan emak dan perlahankan kipas. Semasa ni aku berada dirumah, hanya kak mah sekeluarga ada bersama emak. Beberapa kali aku telefon kak mah. Pukul 9.30 nafas emak kuat kedengaran dan kelihatan dadanya turun naik. Abang Shah mengesyaki nafas mak tak seperti selalu dan seolah-olah saat mak pergi sudah tiba. Kak mah sekeluarga dalam keadaan cemas dan kelam kabut. Mak seolah-olah sedang nazak. Mereka mengelilingi mak dan setelah beberapa kali menarik nafas kuat akhirnya Emak telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 9.40 malam disaksikan Kak Mah, Md Shah, Nana, Fareez dan Farhan. INALILLAH HI WA INALILLAH HI RO JIUNNNNN….. Mak telah kembali kerahmatullah…….Aku sedikit terkilan kerana tiada disisi emak disaat-saat kematiannya. Jika semasa pemergian abah, kepala abah terkulai dihadapan aku, namun saat-saat kematian emak aku tiada disisinya……..Kami semua sudah kelihangan Abah dan Emak…

9.50 malam…… Telefon rumah aku berdering…melihatkan nombor yang tertera di telefon adalah nombor rumah kak mah…aku seperti dapat mengagak sesuatu……Tepat sekali tekaan ku…sebaik telefon kuangkat terdengar dicorong sana esak tangis kak mah…tanpa perlu kak mah berkata-kata aku tahu yang mak telah pergi menyahut panggilan Ilahi. “MAK DAH TAK ADA”…hanya itulah ayat dari kak mah dan terus telefon diletakkan.Aku terkedu seketika..kebetulan suami tiada dirumah, outstation. Aku terus menghubungi kak Nor dan kak lah dan kakak-kakak aku yang lain…….seolah tidak percaya mak akan pergi dalam masa terdekat ini. Serasa mak baru lagi bersama-sama kami…..namun apakan daya sudah tersurat ..ajal emak telah sampai..tidak terlambat atau tercepat walau sesaat. Aku redha dengan pemergian emak. Semoga…terhapus segala kesengsaraan , kesunyian jiwa emak dan kesedihan emak seteleh kehilangan abah….mak seolah tidak bersemangat langsung untuk meneruskan kehidupan semenjak pemergian abah..maklumlah lebih setenggah abad mengharungi suka duka hidup bersama abah.

Seterusnya aku terus menghubungi Van Jenazah kerana jenzah emak akan dibawa pulang malam ini juga. Setelah dapat van jenazah aku bertolak kerumah kak mah. Kebetulan suami tiba tidak lama aku terima berita kematian emak. Emak mentua aku ikut sekali ke Klang.Sepanjang jalan menuju ke rumah kak mah hati aku teramat sayu..mengenangkan emak. Aku tiba dirumah kak mah pukul 10.45 malam. Berdebar nak melihat jenazah emak. Diluar rumah telah ramai tetamu datang, antaranya Mak Wa, Long Bani, Zai , Makcik Sipah dan ramai lagi…..Aku terus menuju keruang tengah rumah…Ya Allah ..jasad emak terbujur kaku diatas katil. Aku lihat mak masih memakai kain batik aku.

Seterusnya aku ke Balai Polis untuk mendaftarkan kematian emak dan mendapatkan permit pengebumian. Kami merancang membawa jenazah emak pulang malam ini juga. Urusan pendaftaran mengambil masa yang agak lama kerana pada mulanya Pagawai Polis tidak mahu mengeluarkan permit pengebumian kerana waktu itu dah pukul 12 tengahmalam. Mengikut peraturan permit hanya dikeluarkan selepas jam 7 pagi. Namun setelah puas merayu akhirnya aku berjaya juga mendapatkan permit itu pada pukul 12.30 tengah malam. Alhamdulillah dipermudahkan urusan emak.


Khamis , 1 Julai 2005 - Pukul 1.00 pagi Jenazah emak dibawa pulang ke kampung halaman. Sedihnya hati tak terkira kala melihat emak dibalut dengan kain dan dimasukkan ke dalam tong jenazah. Ketika ini Gee pengsan mungkin kerana teringatkan pesanan Pakcik yang melarang membawa emak balik ke Kl siang radinya. Namun apa yang boleh dibuat kerana seandainya kami semua tahu pasti emak tidak akan dibawak semula ke KL, tapi telah telah tersurat yang mak akan menghembuskan nafas terakhir dirumah ini. Jenazah mak dibawa pulang manaiki Van Jenazah dalam hujan renyai-renyai ditemani Hafeez disebelah jenazah emak. Aku mengiringinya dibelakang van. Aku terpaksa balik ke rumah dahulu kerana menghantar mak mentua kau. Selepas itu suami terus memecut kereta menuju ke kampung. Sepanjang perjalanan airmata aku mengalir…anak-anakpula terlena di kerusi belakang..menambahkan kesunyian sepanjang perjalanan ini...terbayang kenangan bersama emak. Aku bertemu dengan van yang membawa jenazah emak di Bakri Muar, Batu 2. Semasa itu hujai renyai-renyai masih belum berhenti. Disubuh hening ini aku mengiringi jenazah emak pulang ke rumah pusaka emak dan abah…. Ini adalah persinggahan terakhir emak sebelum bersemadi.dipusara. Tak terkira sendu dihati ini mengiringi jenazah emak …serasa mak masih ada bersama kami, terbayang segala kenangan bersama emak. Terbayang emak yang terpaksa meninggalkan kampung halaman setelah kematian abah mengikut anak-anak kerana tiada sesiapa dikampung. Terbayang emak yang seolah tertekan duduk dirumah anak kerana perasaan malu…walaupun kami semua suka mak tinggal bersama kami, namun kami tahu jauh disudut hati emak, emak tidak bergembira duduk dibandar. Emak selalu terkenang kampung halaman, abah, jiran-jiran sekampung dan juga rutin harian dikampung. Bar terasa semalam menguruskan jenaza abah dari Johor Bahru bawak ke Kg, kali ni enguruskan jenazam emak pula dai KL. Kalau abah menghembuskan nafas terakhir di Johro bahru, manakala emakpula di Kuala Lumpur. Macam dibagi pula rasanya.

Pukul 4.00 pagi jenazah emak tiba di kampung . Suasana sunyi , hening dan syahdu menyelungi perkarangan rumah. Adik beradik dari Johor Bahru telah berkumpul dirumah dan mengemas mana yang perlu. Jenazah emak diangkat dan dibaringkan di ruang tamu rumah. Terbayang seandainya emak masih hidup tentu mak gembira dapat pulang ke kampung. Kini emak pulang juga ke kampung, ke rumahnya sendiri , tetapi dengan keadaan berbalut kain putih…macam juga seperti abah.....mak telah menjadi arwah….. Kami adik beradik membaca tahlil dan yasin untuk emak.

Selepas subuh tetamu ramai datang menziarahi emak. Kami merasakan saat untuk bersama-sama emak semakin singkat. Pukul 8.30 pagi jenazah emak dimandikan. Mak dipangku oleh anak-anaknya, kak Nor dibahagian kepala diikuti aku, kakak, gee dan kak mah. Kami berlima meriba jenazah emak, yang lainnya menjirus air ke tubuh emak. Ini adalah kali terakhir aku memandikan emak. Badan emak terasa lembut sekali. Mak kelihatan cukup segar selepas dimandikan….Ini kali kedua aku memandikann jenazah..kali pertama sewaktu kematian anak aku Anis Sabrina…dan aku tak sangka pengalaman itu akan berulang kembali dalam masa yang terdekat. Selesai dimandikan mak dikafankan…..dan akhirnya desembahyangkan di ruang tengah rumah…….

Perjalanan terakhir mak dengan menaiki van..diiringi Gee dan Mek..Aku menyusul dibelakang…..Tepat pukul 11.30 tengahari Jenazah Emak selamat disemadikan bersebelahan pusara Abah. Sayu melihat dua pusara, emak dan abah bersebelahan, Pusara Abah seolah-olah megalu-alukan kedatangan emak. Terbayang2 abah seolah olah tersenyum menanti kedatangan emak. Seolah tidak percaya kedua orang tua kamu telah tiada , telah pergi untuk selamanya….Kami telah kehilangan Emak dan Abah……Tiada lagi emak dan abah kami didunia ini…yang ada hanyalah jasa dan kenangan bersamaya…Semoga Roh emak dan abah dicucuri rahmat dan ditempatkan ke dalam golongan orang-orang ang beriman……

Selepas 3 hari kami semua meninggalkan rumah pusaka emak untuk kembali ke kota…rumah ini teramat sepi dan sayunya hati tak terkira untuk meninggalkannya….semoga kami adik beradik akan tetap kembali lagi kerumah ini walaupun mak dan abah telah tiada……

Hari Raya 1426H ini adalah pertama kali beraya tanpa emak…setelah pemergian abah, kami masih punya emak, tapi setelah emak juga menurut jejak abah…..hanya kenangan abadi yang tinggal……Kenangan bersama emak dan abah akan terus subur diingatan kami buat selamanya. Jasanya membesarkan kami sehingga menjadi seperti hari ini terlalu besar untuk dibalas. Tiada lagi wang ringgit dan harta yang diperlukan untuk emak dan abah…yang tinggal hanyalah doa dari kami anak-anaknya dan juga sedekah jariah …..semoga emak dan abah aman bahagia bersemadi di alam barzah…….AMIN….



Catatan….
Aku
Zainab Omar
zainab.omar@mtdgrp.com

Father's Day

21/06/2009 (Sunday) - Happy Father's untuk Daddy dan arwah abah dan lain2 ayah di dunia ini. Untuk Daddy terima kasih kerana menjadi ayah yang baik dan penyayang kepada Danny, Danish, Dania & Dafiy. Semoga Daddy success selalu.
Mummy setakat beli card dan small gift untuk Daddy. Card tu mummy mintak anak2 tulis sendiri since masing2 dah pandai menulis.

Mummy ingat malam tu nak ajak Daddy keluar dengan anak2 tapi Daddy nak makan kat rumah jer. So mummy masak salmon utk Daddy. Lupa lak nak amik gambar.

Wednesday, June 17, 2009

PT 5297

PT 5297 Jalan BBN 9/1E,
Desa Anggerik,
71800 Bandar Baru Nilai,
Nilai, NS.


Setelah duduk di Nilai selama hampir 10 tahun, rasa sedih juga nak tinggalkan rumah Nilai. Itulah rumah pertama kami beli dengan duit titik peluh kami dan dah dapat pun geran penuh selepas buat full settlement dengan bank tahun lepas. Rumah yang asalnya ada 4 bilik + 3 bilik air , setelah Mummy dan Daddy renovate sekarang ni ada 5 bilik tidor, 3 bilir air, study area dan 3 living area.

Master bedroom boleh memuatkan 3 x katil king size dan extra large bathroom with bath tub. Banyak kenangan ditinggalkan di rumah ini. Rumah ini kami renovate dan tambah bilik kat tingkat bawah untuk emak (atuk pompuan). Selepas abah meninggal, emak tinggal dengan kami dan seminggu sebelum emak meninggal emak masih tinggal di rumah ini.

Mummy dan Daddy cadang nak sewakan rumah ini, Mummy dah gantung poster pun kat pagar depan. Daripada rumah ni rosak terbiar tak ada orang duduk biarlah disewakan.

Moving Out Moving In - Part 3 (Finally)

!Dah dekat dua minggu Mummy create post ni tapi tak sempat nak publish.!

Balik daripada trip ke Penang, kami terus tinggal di Bangi. So kira officially mummy pindah ke Bangi, hari Isnin 1st June 2009 lah. Mummy kalau boleh nak tunggu rumah bangi siap kemas semua baru pindah, tapi daddy decide pindah jer dulu. Sambil tu terus ler angkat barang dan kemas2 rumah. Penat memang memenatkan. tapi mummy rasa daddy lagi penat, banyak kerja angkat barang yang daddy buat sendiri, mummy suruh jer daddy sewa lori terus sekali angkat tapi daddy kata dia sanggup angkat sikit2 guna naza, tak pe la, lso mummy tolong mana yang termampu. Sebab penat agaknya mummy demam, batuk dan selsema. Sampai sekarang batuk dan selsema tak hilang2 lagi. Kepala rasa senoneng jer. Dafiy pun demam tiga hari masa balik dari Penang. Mungkin penat diperjalanan dan tak serasi kagi duduk rumah baru. Memang merenggek memanjang, kalau siang tak ada lah panas sangat badan tapi bila malam jer memang panas betul, sampai mummy nak tidur pun takut. Alhamdulillah sekarang ni Dafiy dah sihat.

As of today hampir 90% kelengkapan rumah yang basic dah selesai. Selepas kitchen cabinet, pasang pulak wardrobe dalam bilik. Bilik boys dah siap awal tapi bilik Dania lewat sikit siap sebab mummy lambat confirmkan warna pink yang mummy pilih.
Alhamdulillah, finally everything in place. Keperluan asas bagi sebuah rumah semua dah ada di rumah Bangi. Thank to Daddy yang bekerja kuat bagi memastikan kami anak beranak dapat duduk dengan selesa di rumah ini. Mummy sekadar membantu dan pot-pet2 jer bila ada yang tak kena atau orang lambat buat kerja...hihi...tiada renovation work yang kami buat.

Living Area - Bawah

Sofa ni pilihan Mummy, simple je. Warna gelap mummy pilih biar tak nampak kotor sangat. Tau lah macamana anak2 Mummy, yang suka menconteng. Niat dihati memang nak beli leather sofa tapi tunggu ler dulu, kut2 nak raya ada bonus...hihihi

Coffe table dan rack/cabinet tv pun tak beli lagi. TV tu hang on the wall jer, tu yang tangguh2 nak beli tv cabinet. Coffee table tu bawak dari Nilai. Simple curtain tempah kat Tewah je. Kalau ikut Daddy dia nak pasang blind jer satu rumah. Masa mummy nak tempah curtain tu pun puas dia remind, pilih fabric dan design yang simple jer, maknaya tu jangan ler curtain bunga2 dan yang banyak scalop.


Dry Kitchen - Ruangan dry kitchen ni besar skit dari wet kitchen. Dari ruang tamu boleh nampak sebahagian dari dry kitchen, kalau tak ada dinding yang asingkan dry kitchen dengan dining area memang nampak seluruhnya dari living area. Combination hitam dan putih pada cabinet suggestion Sharifah dari SariCipta. Asalnya cam tak berkenan dengan warna yang dicadangkan tapi bila dah siap nampak ok lah pulak.

Ingatkan warna hitam tak nampak kotor, rupanya lagi cepat nampak kotor bila habuk melekat.


Wet Kitchen - Kedudukannya agak tersorok, berdekatan dengan bilik bibik. Dari ruang tamu memang tak nampak langsung. Kicthen cabinet combination white dan beige. Sempoi jer, buat I shape cabinet sebab ruangan agak terhad.






Dining Area - Meja makan 8 seaters ni Daddy yang pilih, actually mummy 'kureng' suka skit. Sebab Mummy tengok cam dah lari dari konsep modern jer. Dah jadi cam retro ler pulak, teringat meja makan dulu2. Kalau nak kira selesa memang ler selesa, sebab kerusi dia besar. Tapi kerusi dia tinggi sikit so kalau orang tua susah skit nak duduk.

Mummy lagi suka yang tempered glass top, nampak moden. Banyak gak survey sebelum beli meja makan ni, tapi untuk 8 seaters tak banyak pilihan cam 6 seaters.


Study Area - Since masing2 dah ada meja study dalam bilik, buat masa ini kawasan ni jadi tempat menonton dan anak2 main games. Gambar akan diupload later.


Family Hall (atas) - Lokasinya antara bilik mummy daddy dan bilik boys. In future boleh convert jadi bilik Dafiy, just letak pintu je. Sekarang ni mummy just letak 2-seaters sofa je. Rasanya ini kawasan yang paling jarang orang duduk. Gambar akan diupload later.



Bilik Mummy & Daddy - Bilik dan bathroom tak ada lah sebesar kat rumah nilai, tapi balkoni memang besar, hampir separuh saiz bilik. Kalau ada duit lebih boleh jadikan balkoni ni bilik. Image akan diupload later.

Bilik Dania - Memang dari dulu Mummy teringin nak decorate bilik untuk budak perempuan ikut citarasa mummy. Akhirnya tercapai juga. Mummy sanggup cat sendiri bilik Dania nak bagi hati puas. Sanggup sampai panjat2
tangga lagi. Cuma kat bahagian yang tinggi sanggat Daddy tolong cat.
Mummy yang beria2 nak letak katil queen dalam bilik Dania.

Daddy suruh letak single bed jer, so more space for Dania to play. Tapi mummy berkeras gak nak queen size bed, nasib baik bila nampak katil queen yang mummy pilih nak beli tu Daddy kata, kalau katil queen cam tu ok ler ... hihih... akhirnya... boleh ler mummy guna cadar Princess yang mummy order online tu...jenuh tau order online lagi...nak beli kat Sogo mahal gilos.

Actually curtain untuk tingkap dan pintu tu mummy dah tempah tapi bila pegi Ikea nampak curtain tingkap yang sempoi tu berkenan ler pulak. Dania marah betul bila abang2 dia masuk dalam bilik. Dia kata ini bilik girl jer.... lepas tu cam biasa ler terus bergaduh.







Bilik Danny & Danish - Combination biru dan putih pada dinding, wardrobe dan langsir. Katil tingkat tu bawak dari rumah Nilai. Dia orang jarang pun tidur kat katil tu masa kat nilai sebab semua anak2 berkumpul dalam bilik mummy. Nak beli katil baru sayang pulak katil tingkat tu.
So Danny tidur belah bawak dan Danish tidor belah atas. Kalau nak tidur selalu bergadur sebab Danish tak nak tido atas, dia kata belah atas panas. Hairan betul mummy kipas dan aircond terpasang pun nak komplen panas lagi. Hai anak2 sekarnag tak bersyukur langsung. Dulu mummy dan daddy masa kat kampung tak ada kipas dan aircond pun.

Walaupun dah ada meja study kat dalam bilik Danny lebih prefer buat homework kat dining table. Standard la alasan dia..TAKUT... Sementara nak biasakan dia orang tidur bilik sendiri kenalah Daddy atau Mummy temankan dia orang.





Bilik Tamu@Surau - Mummy letak dua single bed kat bilik ni, katil lama dari Nilai gak. Mummy susun L shape so adalah ruang extra besar sikit. Selain dari jadi bilik tamu , mummy jadikan bilik ni bilik solat untuk mummy, daddy dan anak2 berjemaah dan untuk anak2 belajar mengaji.

Mummy yang cat color purple kat bilik ni...jangan tak caya... dark purple as featuring wall dan light purple kat the rest of the wall. Dah wall plain color kena lah mummy guna besdheet yang bercorak sikit, tak lah nampak kosong sangat bilik ni.



Landskap - So far untuk landskap kami sekadar tanam rumput carpet dan letak mini mini fish pond cum fountain. Beli yang pasang siap jer, nasib baik boleh fit dengan kawasan yang ada. So dalam tu kami letak ikan koi, asalnya ada 5 ekor tapi mati seekor.

Mummy rasa ikan ni mummy bukan sebab kurang makan tapi sebab terlebih makan...hihih...manalah tak terlebih makan, masing2 berebut2 nak bagi ikan makan... nasib baik tak dibaginya susu, nasi goreng dll macam dia orang buat kat ikan dlm akuarium masa kat Nilai.


Ini favourite place daddy lepak2 waktu malam sambil hisap rokok (tak mesra alam betul...hihihi). Mummy tak boleh naik buai2 ni lama2, tak tau kenapa tapi kalau mummy naik mesti cepat pening punya.

Tak banyak lagi pokok2 yang kami tanam. Kalau ada pun semua jenis pokok yang berdaun je, senang sikit nak jaga kalau pokok tu tak berbunga pun tak kisah.... rumput carpet ni highly maintenance. Tiap minggu kena trim sebab dia cepat panjang. Mummy lagi prefer rumput mutiara sebab tak perlu nak trim tiap minggu. Dia tak akan naik tinggi pun.

Garden Plot - Kawasan yg daddy sediakan utm mummy bercucuk tanam. So far yg nampak subur pokok pandan dan kunyit je. Pokok2 lain cili, terung dan serai cam nak mati jer. Pokok liau nipis dan kasturi habis daun dia kena makan ulat. Mummy busy so tak sempat sangat nak tengok pokok2 tu, nnt bila dah reda skit, mmy akan concentrate kat pokok2 tu pulak.
Keliling plot tu nak kena letak batu bata tinggi sikit, sekang ni kalua hujan lebat tanah2 melimpah ke kawasan rumput carpet, so makin lama makin sikit tanah yang ada.

Tuesday, June 16, 2009

Danny - 1st Day@Sekolah Baru



15/06/2008 (Isnin) - Hari ini first day Danny ke sekolah baru. Mummy cuti. Walaupun tau dia sekolah di sebelah petang tapi Danny bangun awal macam biasa dan terus mandi. Dia terus nak pakai baju sekolah, bila mummy ingatkan dia yang dia sekolah belah petang, dia kata tak apa dia pakai jer baju sekolah dulu, nanti senang nak pergi. Masyallah, punya la lama lagi nak g sekolah dah nak pakai baju sekolah, lastnya dia tak jadi pakai baju sekolah.


Rasanya setiap setengah jam dia tanya mummy sekarang ni dah tengahari ke belum sebab dia nak mandi gi sekolah, malas nak layan pulul 11.30am mummy bagi dia mandi dan bersiap untuk ke sekolah. Walaupun dah makan kat rumah Danny nak bawak bekal ke sekolah. Excited betul dia nak pergi ke sekolah.


Mummy sms daddy, nak tau samada Daddy dapat hantar Danny ke sekolah atau tak, kalau tak boleh Mummy pergi hantar sendiri jer, tapi Daddy kata dia akan balik tengahari. So pukul 12.30pm Mummy dan Daddy hantar Danny ke sekolah. Alah dekat sangat kalua naik kereta, rasanya tak sampai 5 minit. Tak tau lah ada ke tidak van untuk ambik dan hantar Danny balik sekolah.


Kami pergi ke pejabat sekolah dulu, Guru Penyelia Petang masih bercuti, so kena tunggu guru gelas Danny. Danny dimasukkan ke kelas 1 Budiman, guru kelas Cikgu Syukri. Selain Danny ada juga pelajar yang baru berpindah dan kebetulan ditempatkan di kelas yang sama dengan Danny. Mummy dan Daddy hantar Danny sampai ke dalam kelas.


Petang Daddy jemput Danny sebab Mummy balik ke rumah Nilai. Kesian Danny hari ni lama dia tunggu Daddy kat sekolah sebab Daddy datang pukul 6.30pm. Rupanya pukul 6pm Danny dah balik. Confius juga sebab tadi Daddy tanya kat cikgu, cikgu kata tiap2 hari balik pukul 6.30pm kecuali hari Khamis balik pukul 6.00. Nasib baik hari tak hujan.

Friday, June 12, 2009

Abah Lagi

Sempena Hari Bapa ni selain daripada sedekahkan doa dan ayat2 suci kat Abah, Mummy nak ingat semula zaman2 Mummy dan adik-beradik yang lain bersama abah.
  • Masa kecik2 abah panggil Mummy "FUZI", tapi bila Mummy dah besar abah pun terikut2 orang lain panggil "GEE" juga....
  • Dalam family Mummy yang ikut fizikal abah, abah kurus tingi, cam Mummy gak le (hihi....itu dulu2 ler sekarang...sendiri mau ingat)
  • Bila nak mintak duit belanja sekolah, abah selalu cakap "pegi ambik kat kocek", tapi yang boringnye dalam kocek seluar dia tak ada duit pun...
  • Kalau kami adik beradik tak baca buku Abah selalu cakap "besar esok nak jadi macam abah noreh getah ker?", pertanyaan sinins yang membuatkan kami bukak buku (bukak jer buku...baca belum tentu..hiii...maaf yer bah)
  • Abah selalu suruh pijak belakang badan dia, malas betul nak buat, saja jer pijak kuat2 biar abah tak suruh lagi lain kali
  • Kalau orang datang rumah, kita jamu 'teh-o' jer abah kata macam layan budak2 jer, koman2 kena bancuh kopi
  • Emak selalu bising dan potpet2 sebab Abah suka bawak motor laju-laju....kalau sekarang sure dah dipanggil "Atuk Rempit"
  • Kalau dengar anak menantu dan cucu nak balik, stok makanan tersedia mengalahkan orang nak kenduri dan menu pelbagai dah terhidang sedia untuk dimakan.
  • Pagi2 anak cucu belum bangun tidur, abah dah siap rebus ubi dan buat air kopi.
  • Hari kedua Raya Aidil Fitri mesti abah dah start puasa enam, kami adik beradik puas ler suruh dia jangan puasa dulu sebab nak makan ramai2. Time kami breakfast dia dah sapu sampah keliling rumah.
  • Abah rajin dan pandai masak (maklum ler bekas ketua masak kat kampung untuk kenduri kendara)
  • Abah banyak tanam pokok buah2an di usia lanjutnya, dan kami adik beradik selalu cakap "abah ni dah 'asar' baru nak tanam pokok buah", dan abah akan jawab " ya tak apa, kalau Abah tak sempat makan, buat tinggalan anak cucu. Dan perkara tu benar2 terjadi cempedak, manggis kuini dan rambutan tak putus berbuah tiap tahun. Pokok cempedak berbuah sulong masa abah dimasukkan ke HSA. Sempat digoreng dan bagi abah rasa.
  • Suka beli 'tanah merah' untuk tambak laman rumah, so kawasan rumah jadi tinggi, rumah orang lain banjir rumah kami ok jer.
  • Terlalu ringan tangan, masa buat surau depan rumah tiap2 hari abah tak tinggal datang tolong gotong royong
  • Abah tak suka pegi jumpa doktor, kalau sakit setakat makan ubat dan tidor sekejap. Lepas tu dia dah boleh pergi kebun.
  • Abah tak suka orang yang slow@lembab buat kerja, bagi abah semua kerja kena cepat
  • Kami gelar Abah amalkan undang2 tentera sebab kalau waktu makan, memang kena makan waktu juga, tak boleh nak tangguh, walaupun kami tak lapar tapi kalau abah dah panggil makan kena makan juga
  • Abah penyayang ngan anak cucu, kalau cucu2 balik memang silih berganti abah bawak naik motor pergi kedai beli aiskrim
  • Abah sangat displin bab berkaitan dengan bil2, telefon, air, cukai tanah dan lain2. Rasanya kalau pagi dapat bil, petang tu dia dah pergi bayar, tak der tangguh2 (bukan cam Mummy, dalam setahun ntah berapa kali dapat notis nak potong air, tepon dan letrik...hihihih)
  • Abah tak berapa percaya dengan bomoh2 dan dukun. Pada abah daripada suruh orang lain baca doa dan mintak air ker apa, baik sendiri yang berdoa mintak dengan Allah, lebih afdal.

“DIARY TERAKHIR ABAH”

Ini adalah catatan yang dibuat oleh Mama Miraki. Tak sanggup nak baca sampai habis, sedih rasanya. Terasa macam baru jer abah pergi. Al-Fatehah untuk Abah dan Emak.

“DIARY TERAKHIR ABAH”
(18 August 1933 – 2 August 2003)

24 June 2003(Selasa)

Hari ni harijadi Ika. Aku cuti halfday sebab nak masak untuk bawak ke sekolah. Mak telefon bagitau abah sakit perut. Abah punya 9 orang anak, 8 pompuan dan sorang lelaki, semua dah kahwin. Mak mintak sesiapa antara kami adik beradik tolong balik kg dan hantar abah ke klinik. Walaupun anak abah ramai tapi tak sorang pun tinggal di kampong, 6 kerja kat KL dan 3 kerja kat JB/Kulai/Kota Tinggi.Tinggal emak ngan abah jea kat kampong.Tapi ntah camana, masing-masing anak abah masa tu dah gi kerja kecuali si mek, anak ke lima abah, so, si mek ngan si brahim, laki si mek yang balik kampong dan hantar abah ke Klinik Tawakal kat Pt Sulong. Klinik bagi surat suruh abah terus ke spital. Kakak kat Kota Tinggi balik kg bawak abah ke JB. Abah sibuk suruh keluarkan duit, untung tampong belanja kat spital, katanya tapi kakak berkeras tak mau keluarkan duit simpanan abah. Aku sambung terus cuti sebab terlampau penat hari ni. Petang Som kat JB telefon bagitau abah admitted kat JSH. Bilik 495 katil 4. Serba salah samaada aku nak pergi JB ke tak

25 June 2003 (Rabu)

Abah di JSH. Tak sampai hati som nak tinggalkan abah tinggal sorang kat JSH waktu malam..so, enal laki som jaga abah malam pertama kat JSH. Doktor masukkan segala macam tiub kat abah. Masuk kamera dan macam-macam lagi. Rasa macam nak pegi ke tak pergi JB ni. Waktu nie hanya kakak, yin dan som jea yang bersilih ganti jaga abah di spital.

26 June 2003 (Khamis)

Kak nor dengan kak lah kat KL turun JB tengok abah kat JSH. Aku tak sedap hati rasa nak gi gak nie..

27 June 2003 (Jumaat)

Gee cuti hari nie, pepagi buta dah bertolak ke JB untuk tengok abah di JSH. Gee bawak sekali mentua dia datang. Som pun cuti hari nie. Tengahari gee dah sampai di JB dan terus ke JSH.

Aku pun ambik cuti halfday petang ni. Nak gi JB tengok abah , sebab kak nor bagitau abah dah mula pakai topeng oksigen untuk bantuan pernafasan. Sampai rumah kemas-kemas baju. Mentua aku pun nak ikut gi JB tengok besan. So bawak mak dan ayah mentua sekalilah. Sampai JB pukul 9.00 malam terus pergi JSH.

Ya Allah kesiannya abah. Tiub di pasang kat hidung untuk salurkan muntah dia. Drip air kat kiri dan kanan. Kurus sangat abah. Dah lebih seminggu abah tak makan. Abah mintak air Lychee..dalam tin yang ada buahnya, aku belikan satu tin.Masa tu dah dekat kul 10 malam so tak banyak kedai yang masih bukak , so setelah pusing-pusing kat Larkin jumpa satu kedai , itupun nasib baik tinggal satu tin betul-betul air lychee. Tapi abah minum sikit jea….setakat cam nak rasa jea ….pas tu keluar balik. Doktor Pakar kat JSH kata hempedu abah bengkak. Tak dea sakit yang lain yang dihidapi oleh abah, doktor kata lagi abah tak perlu di bedah, memadai dengan memakan ubat-ubatan.

Lepas tu balik ke rumah som kat Tebrau …selepas makan malam kat Kg Md Amin ngan mentua aku sekali.

Ramai berkumpul kat rumah som masa nie….semua anak-anak abah ada kat JB kecuali kak mah dan si mek. Silih berganti gi melawat abah kat JSH. Doktor masih menjalankan rawatan sebagaimana biasa pada abah…..memberi ubat-ubatan dan hanya mengatakan abah mengalami jangkitan bengkak hempedu. Tapi keadaan abah aku lihat terlalu lemah

Som bagi tahu aku, abah sekali lagi mintak som keluarkan duit dari simpanan abah…untuk kos di JSH. Meleleh air mata som dengar abah mintak supaya duit simpanan dia dikeluarkan untuk belanja spital. Tapi cam kakak, som pun berkeras tak nak keluarkan duit simpanan abah…biarlah anak-anak yang akan menanggong kos hospital abah…..berapa sangat jika nak dibandingkan dengan jasa abah membesarkan anak-anak….Abah pesan lagi kat som, dia suruh kirim salam ngan orang kampong, mintak doakan abah banyak-banyak supaya cepat sembuh dan bacakan yassin. Som tak berani nak cakap ngan orang kampong dan akhirnya som suruh si yin cakap ngan orang kampong akan hajat abah,

28 June 2003 (Sabtu)

Masuk 5 hari dah abah di JSH. Tahun lepas abah masuk JSH jugak, luka kat usus. Tapi hari ke 4 abah dah discharge. Abah sihat betul masa tu…Kali nie kenapa dah masuk hari ke-5 abah masih tak banyak perubahan. Tapi doktor kata abah tak dea penyakit serius….cuma bengkak hempedu jea dan penyakit tu hanya perlu makan antibiotik jea…

Pagi, aku tengok abah lagi kat JSH. Abah mintak belikan ais krim dan air batu. Aku belikan ais krim oren. Dia makan dan letak kat perut dia. Lega dia kata kalau dapat aiskrim. Tengahari bawak bebudak gi mandi kat kolam renang, berhampiran dengan rumah som.. Petang sebelum balik KL aku singgah tengok abah dulu kat JSH. Kesiannya abah..tapi macam dah ok sikit. Mudah-mudahan abah cepat baik dan boleh balik kg. Aku balik KL. Yang tinggal di JB hanya gi gee yang juga turun dari KL, kak nor , kak lah dan family.

29 June 2003 (Ahad)

Di KL. Pagi pergi Pusara Anis. Teringat aje kat abah. Kesiannya dia. Doktor kata tak apa-apa pulak. Tapi abah masih sakit dan kelihatan terlalu lemah. Teringat pulak abah ada kata kat spital hari tu..”Patutlah cucu aku (anak aku Anis Sabrina yang meninggal kerana denggi berdarah kat HKL.) meninggal bila dimasukkan tiub dalam mulut dan hidung…aku yang dah tua pun sakit betul , apa lagi Anis” . Sayu pulak teringat anak aku Anis Sabrina.

Petang semua balik ke KL dan tinggal anak abah yang kat JB jea jaga abah. Ahad malam Isnin, kakak jaga abah….som ambil emak balik kat rumah. Tinggal kakak sorang-sorang jaga abah kat JSH. Lepas maghrib, kakak tepon som bagi tahu, doktor kata abah boleh discharge esok pagi. Suka som mendengarnya. Walaupun gitu…terpikir jugak dalam kepala…kenapa doktor bagi abah discharge yeak…sedangkan abah kelihatan lemah sekali. Tapi doktor pakar tentu lebih arif tentang keadaan sakit abah kan…so, bersyukur abah dah sihat nampaknya…(ikut cakap doktor lea…). Som bagi tahu semua anak abah, cakap abah boleh discharge…lega anak-anak abah dengar berita nie…

30 June 2003 (Isnin)

Pukul 3.30 pagi telefon rumah aku berdering, suspen giler. Apa cerita pulak nie. Tak berani aku nak agkat. Husband aku, si Saidon yang angkat. Rupanya som call dari JB. Bagitau yang makcik aku, Saemah dah meninggal dunia, kul 2 pagi. Inalillah hiwainalillahiro jiun…..makcik aku pulak meninggal sedangkan petang sebelum dia meninggal, dia datang menziarah abah kat JSH….tapi disebabkan keadaan makcik aku masa tu pun tak sihat sangat…so, hajat nak jumpa abah di JSH gagal. Makcik aku hanya setakat larat berjalan sampai kat lobi JSH…tak larat nak naik atas….tak terpikir pulak masa tu anak-anak makcik aku nak bawak makcik aku naik wheel chair…so, akhirnya makcik aku tak dapat jumpa ngan abah…

Aku serba salah nak balik kampong kea tidak. Sebab mengenangkan baru lepas balik dari JB. Tapi tak balik tak patut pulak. Akhirnya balik gak aku, kak nor, kak lah dan gee bertolak dari KL pukul 9 pagi. Tapi sampai rumah makcik aku yang kebetulan tidak jauh dari rumah aku dikampong, jenazah makcik aku dah dikebumikan. Semua tak sempat tengok kecuali si mek aje..

Abah yang kebetulan baru discharge dari JSH pun turut sama menziarah adik iparnya.. Tapi abah terlalu lemah. Abah duduk dalam kereta aje. Abah keluar kejap dari kereta dan cuma duduk di sofa. Abah tak banyak cakap, hanya duduk bersandar jea…abah jalan masih terbongkok-bongkok, menahan sakit perut.

Lepas menziarahi Pak Cik Kuan balik rumah kat kg kejap. Beli lauk kat PS dan makan. Abah macam ceria kat kg. Jiran-jiran datang melawat abah. Aku tengok abah suka kat kg. Petang nak balik semua. Yin, abang aku nak bawak abah ngan mak ke Kulai. Abah macam berat hati nak pegi. Dia nak duduk kg aje……tapi we all berkeras nak bawak diakan. Akhirnya dia ikut gak dalam keadaan muka yang sayu nak meniggalkan kg . sedih pulak tengok keadaan rumah kg..terbiar kosong….kesian rumah abah. Balik ke KL aku singgah kubur makcik tapi tak turun..tengok dari dalam kereta aje..sedihnya teringat makcik nie, isteri kepada adik abah, satu-satunya makcik yang tersangat rapat ngan keluarga aku ni..

1 July 2003 (Selasa)

Kerja macam biasa. Masih membicarakan kesihatan abah dalam emel dengan som dan gee. Som bercadang nak bawak abah balik kg hari sabtu ni..dan balik semula ke JB hari Ahad , sebab check-up kat JSH 8/7/03. Ingat nak bagi abah ceria sikit kat kg.

2 July 2003 (Rabu)

Abah sibuk nak balik kg. Teringat Pak Cik Kuan, adik abah katanya. Yelah dia kan adik bongso abah. Tentu disaat macam ni dia memerlukan sokongan abah kot. Tu yang abah asyik sebut nama dia aje.Kekadang abah masih sakit perut.


3 July 2003 (Khamis)

Abah dan mak dirumah yin. Call mak dia kata abah tak nak makan. Sakit perut katanya. Kekadang muntah lagi. Macam tulah keadaan abah.
Yin kata malam tadi bawak abah gi Klinik kat Kulai sebab sakit perut dan tak boleh tidur. Doktor bagi ubat tidur. Waktu aku call mak malam tu abah tengah tidur lena


4 July 2003 (Jumaat)

Abah sesak nafas. Yin bawak gi Kota Tinggi kat rumah Kak Long. Sampai sana kakak bawak gi Hospital Kota Tinggi. Tapi doktor transfer gi HSA Johor Bahru. Abah dibawak naik Ambulance dengan kakak. Mak menyusul dengan yin dan tanty. Mak kata abah menangis waktu nak dibawak naik ambulance. Abah di HSA. Doktor kata nak opearate abah malam ni. Tapi tekanan darah abah rendah. So ditangguhkan. Tapi dah kena mula berpuasa. Aku nak ke JB semula. Tapi teringat iki ngan ika , anak aku nak gi sukan kak nab..so aku ambik keputusan pergi esok.

Abah sibuk bertanya adiknya…mungkin abah terlalu sedih ngan nasib yang menimpa adiknya yang kematian isteri.

5 July 2003 (Sabtu)

Pukul 9.30 bertolak ke JB. Berdebar sepanjang perjalanan. Sampi HSAJB pukul 1.00.terus tengok abah kat Ward Barat 1 katil 27. Ya allah kesiannya abah. Dalam dia takut nak buat rawatan susulan di JSH, takut masuk kamera untuk scooping, takut pasang wayar dalam badan kena jugak masukkan tiub dari hidung dia. Pukul 2. Waktu melawat habis…som tunggu abah..aku pegi Masjid Abu Bakar sembahyang zuhur dan berehat kejap sementara nak tunggu pukul 4.30 petang, waktu melawat. Petang tengok abah lagi. Kakak sign surat kebenaran abah nak buat operation. Gee sampai petang ni. Semua ada di JB sekarang. Malam tak balik sebab tunggu abah . ingatkan nak operate malam ni. Abah macam tak sabar nak tunggu dioperate. Sebab sakit sangat agaknya. Abah asyik mintak air , ABC , Air tebu, teh tarik dll. Tapi doktor tak bagi. Tapi aku bagi juga sikit untuk hilangkan kering tekak. Sampai pukul 3.00 pagi abah masih belum dioperate. Sampai abah seakan merajuk dan mintak balik kg. Pukul 4 pagi baru balik ke rumah som. Tinggal mek dan kak mah kat hospital. Abah asyik mintak air jer. Abah berak dalam pampers.

Abah tidak putus-putus mengucap kalimah allah dan mengucap.


6 July 2003 (Ahad)

Tengok abah waktu petang. Abah nak berak. Kesiannya dia . dia kata kalau geli tengok dia berak..dia suruh pergi. Aku tak sampai hati. Aku basuhkan berak dia dengan kakak dan kak lah. Buat pertama kalinya aku basuhkan berak abah , tak apalah dulu masa aku kecik abah dah berkorabn untuk aku dan adik beradik lain kan. Dr Bambang datang bagitau malam ni nak operate abah pukul 8. Setakat dengar aje…tak nak menaruh harapan. Nanti abah frust.

Pukul 8.30 siap-siap nak bawak abah gi OT. Pukul 9.00 malam , abah masuk OT di iringi aku, gee, kakak , kak lah, wan safie , mak dan abang long. Anak-anak abah tak sudah-sudah mengajar abah mengucap. Doktor dah inform, risiko pembedahan ini terlalu tinggi. Begitupun abah kelihatan ceria sekali untuk dibedah…..agaknya abah pikir selepas dibedah, abah tidak akan merasa sakit lagi….abah yang beriya-iya mintak cepat dibedah….Aku tunggu abah dibedah tapi sehingga pukul 12 tengahmalam, abah masih belum keluar dari OT…anak-anak abah sentiasa mendoakan abah sepanjang abah dibedah…moga-moga abah selamat….

Tapi sampai dinihari, abah masih belu keluar OT…so, we all balik rumah som dulu.

Bersiap nak balik KL, tapi tak sedap hati sebab tak tau condition abah camana. Akhirnya tidur dulu rumah som..esok subuh nak balik KL.

Pukul 3.30 pagi gi Hospital ngan saidon , som dan kak lah. Masuk ward lama abah kat Barat 1, nurse kata abah kat ICU Utara 1.

So, mengigil-gigil nak naik wad ICU….berserabut fikiran….camana agaknya keadaan abah….akhirnya disubuh dinihari sampai kat wad ICU Utara I. Tengok abah. Bersyukur, alhamdulilah, abah selamat menjalani pembedahan. Segala tiub kat abah dipasang. Abah di pasang life support. Macam arwah anak aku Anis Sabrina. Nurse kata abah selesai di bedah hampir pukul 2 pagi…10 minit di ICU…we all balik semula rumah som… Nak balik KL tertangguh lagi…..


7 July 2003 (Isnin)

Gi tengok abah kat ICU. Gee patah balik ke JB. Mek pun datang balik ke JB. Som half day pagi.. Lepas tengok abah di ICU semua balik ke KL, tengahari semua dah balik. Tinggal aku ngan kak lah. We all tunggu sampai pukul 4.30. kakak sampai dan ambik mak. Kul 5 petang,balik ke KL semula.


8 July 2003 (Selasa)

Abah masih di ICU. Alhamdulilah abah cepat sedar walaupun doktor kata peluang abah abah tipis untuk terus hidup.Tengahari keluar ICU. Masuk ward lama dia. Tapi abah lasak betul..Som cuti ½ day petang tunggu abah. Abah lasak sangat. Asyik nak bangun aje dan nak balik kampong aje…mintak air. Sampai dia kata kalau kakak tak bagi air dia bayar nanti kalau dia dah baik. Dia marak kakak. Benci kakak sebab kakak tak bagi dia air. Kesian abah. Dia suka kak lah jaga dia sebab kak lah selalu bagi dia air sirap dengan air tebu dan ABC lagi. Malam, kakak jaga abah…


9 July 2003 (Rabu)

Aku apply cuti 2 hari untuk jaga abah. Kakak bagitau abah nak dioperate semula sebab air , najis dan darah membuak dari tempat jahitan dia. Abah msuk OT balik. Kali nie hanyak kakak, som dan enal yang menemani abah masuk OT. Ini pembedahan kali kedua untuk abah dalam masa tak sampai 3 hari.

Alhamdulilah, abah selamat dan dipanjangkan umur oleh Allah s.w.t untuk pembedahan kali kedua…abah dimasukkan ICU sekali lagi..kali ini abah diletakkan di katil tepi sekali di ICU….keadaan abah stabil….

Kalau sebelum ini anak-anak abah hanya membacakan yassin di rumah…tapi kali ini anak-anak abah membacakan yassin disisi abah…biar abah dengar bacaan ayat-ayat suci…silih berganti anak-anak abah membacakan yassin….pendek kata waktu melawat abah di ICU digunakan sepenuhnya untuk melawat dan membacakan ayat-ayat suci kat telinga abah…. Abah seolah-olah merapat-rapatkan telinganya dekat dengan anak abah biler dibacakan yassin…

Malam ni aku bertolak ke JB semula. Sampai JB pukul 3.00 pagi.

10 July 2003 (Khamis)

Sampai rumah som kat JB pukul 3 pagi. Pukul 9 pagi pergi hospital sign concern letter untuk abah. Perut abah dicuci lagi. Bawak mak gi hospital. Malam pun pergi lagi.


11 July 2003 (Jumaat)

Keadaan abah masih macam tu. Perut abah terbuka tak dijahit. Nampak usus abah dan isi perut abah, cuma dibalut dengan plastic aje, macam plastik sandwhich. Menurut doktor….perut abah tak boleh dijahit lagi sebab doktor perlu mencuci usus abah. Tadi doktor kata harapan untuk abah hanya 50-50….may be abah akan koma…ya allah selamatkan abah.


12 July 2003 (Sabtu)

Abah masih begitu. Malahan semakin teruk usus abah. Doktor kata semua usus abah dah rosak. Doktor hanya suspect kanser , tapi keputusan sebenar masih belum diketahui….. Keseluruhan usus abah rosak dan tak berfungsi , kata doktor.

Malam aku balik KL. Bertukar ngan gee dan kak lah pulak.


13 July 2003 (Ahad)

Abah masih macam tu. Kadang stabil kadang kritikal. Doktor dah kata sesiapa sedara mara yang nak datang melawat, silakan. Nampaknya peluang abah memang agak suram . kesian mak menagis aje. Macam-macam dah abah pesan kat mak sebelum dia masuk ICU. Aku ni badan aje di KL…hati melayang di JB. Seni dan kak sal , jiran abah kat kampong datang nak tengok abah. Ada satu van lagi kawan-kawan abah dari kampong nak datang, tapi sebab van rosak tak jadi nak datang. Sepanjang abah di ICU, kami adik beradik tidak henti-henti berdoa dan membacakan surah yassin untuk abah. Wad ICU yang dulunya aku rasa cam susah nak benarkan orang baca yassin atau tunggu lama di ward…cam mengizinkan plak kami adik beradik bacakan yassin.


14 July 2003 (Isnin)

Kak nor pulak gi JB ngan mak we. ICU HSAJB call handphone aku. Mintak datang segera ke ICU doktor pakar nak jumpa. Memandangkan aku di KL so suruh kak nor jumpa dia dengan mak sekali. Rupanya doktor nak bagi tau yang diaorang dah habis ikhtiar ngan abah. Dengan kata lain harapan abah untuk selamat memang hampir tak ada. So dia nak pindahkan abah ke wad biasa untuk memudahkan sedara mara , anak cucu datang melawat , bacakan yassin dan sebagainya. Sampai doktor pun hairan semakin ditampal semakin banyak tempat lain yang bocor. Aku apply EL unpaid untuk 4 hari. Aku nak ke JB esok


15 July 2003 (Selasa)

Aku ke JB sekeluarga dengan gee sekali. Singgah rumah yin sekejap. Bersiap mandi dan tukar baju sebab malam ni nak jaga abah. Sampai hospital pukul 5.30. kak mah tengah tunggu abah. Kakak pun ada , dan abang abah sorang lagi dari Muar.. Abah masih di OT sebab cuci usus. Tadi masuk OT pukul 1.30 sampai pukul 6 belum keluar lagi. Tunggu kat depan OT. Pukul 7.00 baru abah ditolak keluar dari OT. Lemah sangat keadaan dia. Malam ni aku tunggu abah ngan gee. Abah tak banyak ragam cuma mulut terkumat-kamit tak keluar suara. Aku bacakan Yasiin dan ajar mengucap aje. Tak tidur langsung pun malam ni. Bergilir dengan gee.


16 July 2003 (Rabu)

Pukul 10.00 pagi balik rumah som. Ganti dengan kak mah pulak. Sampai rumah ngantuk giler. Tengahari tak pergi pun tengok abah. Petang baru pergi bawak mak sekali. Doktor mintak kebearan untuk operate potong usus abah 30 %. Tapi dia kata risikonya teramat tinggi. Doktor hanya bagi peluang 5 % untuk berjaya dan selamat dengan pembedahan ni .Doktor kata kemungkinan abah akan meninggal dunia semasa operation. Mak siap dah bawak kain batik lepas lagi pergi hospital, aku tak tahu kenapa emak begitu sensitif…agaknya emak terlalu kasihan tengok abah menderita sakit…. Kami hanya mampu berdoa , kalau dah itu yang tersurat buat abah , kami redha.

Aku tiba-tiba sakit kepala yang teramat sangat. Sampai termuntah-muntah sangat.sakit kepala berdenyut-denyut. So aku cuma duduk kat sofa aje. Balik rumah som , rasa nak pitam, agaknya tak cukup tidur dan memikirkan masalah abah kot.Malam ni kakak tunggu abah. Lepas tu tengah malam kak mah datang hospital temankan kakak.


17 July 2003 (Khamis)

Pagi ni kakak ngan kak mah ada kat hospital lagi.. Tengahari bersiap nak gi Hospital. Tapi kakak bagitau abah baru masuk OT. So cuma gi hospital ambik kakak ngan kak mah aje. Petang baru pergi tengok abah. Sampai abah dah keluar dari OT. Alhamdulillah masih panjang umur abah. Doktor hanya meramalkan aje..yang menentukan Allah s.w.t. Walaupun abah sedar tapi abah tak bersuara pun. Malam ni gee tunggu abah ngan som. Aku terpaksa balik KL awal sebab saidon ada kerja dan kebetulan rumah aku kat Rasa kena kopak orang. Bertolak balik KL pukul 12.30 malam. Sampai KL pukul pukul 4.30 pagi.


18 July 2003 (Jumaat)

Ingat nak pegi kerja hari tapi tak terlarat langsung. Buat kerja-kerja rumah yang dah seminggu terbengkalai. Keadaan abah masih macam tu. Doktor memang dah tak ada cara lain dah. Abah bergantung pada Morfin ubat tahan sakit aje selama 24 jam. Tak boleh berhenti bagi ubat ni sebab kalau tak bagi nanti dia sakit yang teramat sangat , selain dari drip air dan juga makanan (nutricien) malaui intravenus.


19 July 2003 (Sabtu)

Keadaan abah masih tiada perubahan. Seperti mana kata doktor abah hanya menunggu masa . mengikut kata doktor sepatutnya abah dah pergi 2 hari yang lalu. Alhamdulilah, maih panjang umur abah…..doktor pun pelik…abah begitu kuat semangatnya…walaupun perut abah dibedah tanpa dijahit…abah masih cuba untuk bangun…genggaman tangan abah terlalu kuat. Kak Lah datang ke JB. Malam ni kak mah balik KL. Kak lah tunggu dengan bibik, maid si gee.


20 July 2003 (Ahad)

Abah masih macam tu. Dia nampak kak lah makan kuih dia tadah tangan mintak sikit. Lapar katanya. Kak lah tersekat kerongkong tak jadik nak makan. Aku yang mendengar pun rasa tersekat kerongkong nak makan. Kesian abah , agaknya dia terlalu lapar dah hampir sebulan tak makan dan minum secara normal.


21 July 2003 (Isnin)

Hari ni som cuti jaga abah. Kesian kau som..dah semua orang balik KL ..tinggal kau lah. Malam tadi si lan (anak sedara aku ) yang jaga. Mak ada kat rumah yin. Abah masih macam tu..macam bercakap-cakap dan kekadang baca ayat quran dengan jelas. Alhamdulillah sampai ke saat ni abah masih lancar mengucap dan baca doa-doa disamping ayat suci al-quran. Mungkin kat situ kekuatan dan kelebihan abah, yea lea abah kan imam kat kampong. Abah juga suka menderma dan abah suka sangat menolong orang susah.


22 July 2003 (Selasa)

Setelah penyakit abah nampak tiada tanda-tanda untuk sembuh, atas nasihat saudara mara, si mek disuruh carikan air penawar untuk ubat abah. Mek jumpa dengan pengamal ubatan tradisional di kampong. Menurut kata pengamal nie abah terkena buatan orang. Waullahualam….setakat berusaha ajelah. Menurutnya lagi orang yang buat ni memang dah lama sakit hati dengan abah dan kami sekeluarga. Entah lea wallahualam…kami setakat berusaha, Allah s.w.t yang berkuasa.. Gee pulak pegi Darul Syifa tempat Haron Din. Mintak air penawar.. Aku mula terbayang yang bukan-bukan. Teringat badan abah yang sekejap panas sekejap sejuk.


23 July 2003 (Rabu)

Mek bawak pengamal perubatan taradisional tu gi tengok abah kat Hospital. Dia kata abah kuat iman dan cuba melawan benda tu. Mudah-mudahan abah selamat. Dah tu dia nak singgah rumah kg.. Baca doa dan jampi serapah depan pintu rumah…. Tak taulah kebenarannya. Kalau betul pun, kami bukan nak tau sapa yang buat pun…janji abah boleh sembuh atau kalau dah memang takdir umur abah tak panjang mintak die pergi dengan tenang. Ye lea sama ada doktor ataiu pengamal perubatan tradisional, masing-masing ada kaedah tersendiri….kita berusaha mana yang terbaik. Som cuti lagi jaga abah. Malam tadi enal yang jaga. Malam ni kakak jaga


24 July 2003 (Khamis)

Kak nor pergi JB hari ni. Mek bagi tau pengamal perubatan tu panggil Brahim datang rumah dia. Menurut katanya ada “benda” yang tertanam di rumah kg. Tetapi yang tak sedapnya tu dia mintak pengeras lagi yang berjumlah RM499.77 (77 sen tu mesti dalam bentuk 1 sen) , Tak taulah boleh percaya ke tak. Nak kata tak percaya macam ada yang logik juga..Nak percaya kenapa asyik mintak pengeras duit.

Keadaan abah hari ni pulak masih macam u. Banyak tidur.Malam ni enal jaga abah. Hari ni abah dah mula tak kenal orang. Dipanggil-panggil pun abah diam aje tak memberi respond. Mata abah asyik memandang ke atas dan tangannya sesekali menunjuk-nunjuk atas seperti menunjuk sesuatu. Abah juga suka meletakkan tangannya seperti orang kiam waktu bersembahyang iaitu meletakkan tangan kedadanya. Aku jadi semakin tak sabar pulak nak jumpa abah ni.


25 July 2003 (Jumaat)

Pagi ni Kak nor jaga abah. Kak nor bagitau yang abah demam . Suhunya teramat tinggi 46 degree. Tak pernah ada orang demam panas sampai macam tu. Mata abah pun dah tak berapa function. Dipanggil pun dah tak ada respond. Air pun dah tak mintak. Hanya terbaring terbujur layu. Cuma dada abah yang nampak turun naik bernafas. Kesiannya abah. Menderita betul dia. Kalaulah betul seperti mana kata pengamal perubatan tu yang abah dizalimi…kalaulah orang yang menzalimi abah tu..nampak keadaan abah tentu dia bersorak kegembiraan. Tapi, dalam keadaan apa pun, aku sekeluarga percaya bahawa semuanya atas ketentuan dan kuasa allah s.w.t. Kak nor bagitau aku tadi…..yang doktor kata keadaan abah bertambah tenat sekarang. Masuk kali nie dekat ntah kali ke 3 atau kali ke 4 doktor kata keadaan abah tenat….

Mudah-mudahan abah tabah dan ditetapkan iman menghadapi semua ini. Genggaman tangan abah pun dah tak sekuat dahulu……

Tapi kami anak beranak masih menaruh harapan tinggi pada abah…yang abah akan sihat…memandangkan keadaan abah kadang kala masih kuat…dan kadang kala terlalu lemah…


26 July 2003 ( Sabtu)

Hari nie sepatutnya aku adik beradik ke Pulau Langkawi, saja nak bercuti sekeluarga dan bawak emak ngan abah sekali… …kami dah booking air ticket dari KLIA ke Langkawi hampir 30 tiket….….bawak abah dan emak sekali…hanya som, kakak dan yin jea yang tak joint ke Langkawi….yang lain semua dah booking ticket….saja nak hiburkan hati emak ngan abah…..tapi memandangkan abah masih di hospital….tak logik sama sekali kalau kami semua pergi dengan mebiarkan abah di hospital…memang betul kakak, yin atau som boleh jaga abah untuk sementara…tapi memang tak sampai hati nak tinggalkan abah kat HSAJB….so, semua percutian cancel, hotel, transport dan sebagainya…biarlea anak abah rugi sedikit, habis duit tiket…janji dapat bersama abah…Kebetulan pulak hari nie birthday som dan birthday one laki si gee…birthday dia orang nie kebetulan sama tarikh…

Mulanaya aku bercadang nak gi JB tengok abah. Tapi last minute tak jadi sebab mek nak datang pulak. Sekarang ni kena menjimatkan cuti dan masa untuk tengok abah. Kalau boleh tak nak semua datang serentak…sebab nanti ada masa tak ada sesiapa pulak yang datang. Hari ni abah dah tak demam pulak. Tapi sejuk menggigil pulak. Som balik kg hari ni dengan enal dan yin sebab nak tengok rumah dan bayar duit motor. Seronok hari ni dapat telefon kampung. Dah sebulan tak pernah telefon kampung kan. Rasa macam abah dan mak ada kat kampung pulak.

Mek pun ada dikampong…so, som, mek dan yin lea balik kampong kejap…som mengemas rumah kat kampong beriya-iya…mek boleh pulak terkeluar cakap…kenapa kita mengemas rumah kat kampong beriya-iya yea….tapi som baut tak tahu jea sebab memang hobi dia mengemas rumah kalau nak dibandingkan ngan memasak atau basuh kain…

27 July 2003 (Ahad)

Abah masih macam tu. Abah dah tak kenal orang lagi dah. Cuma tangannya nya aje yang sekali sekala bergerak seolah-olah mencari sesuatu sambil mulutnya terkumat kamit macam hendak berkata sesuatu. Tapi sayang tiada yang memahami kata-kata abah. Hari ni pagi pukul 11.00 pagi abah masuk OT nak buat dressing kat usus dia. Malam tadi Ibrahaim yang jaga abah. Kak nor bertolak balik ke KL tengahari ni dan diganti pulak dengan mek dan Ibrahim yang jaga abah. Nasib baik anak abah ramai , boleh bergilir-gilir jaga abah. Malam ni Ibrahim lagilah jaga abah. Tak sampai hati nak tinggalkan abah sendirian.


28 July 2003 (Isnin)

Pagi ni mek jaga abah. Tukar shift dengan suami dia lah. Tapi kesiannya menurut kata mek..air dari perut abah meleleh keluar dan membasahi cadar dan pampers abah. Abah tak boleh bercakap tapi hanya tangannya menunjuk-nunjuk seolah-olah suruh menukar cadar dia. Kesian sangat keadaan abah masa ni. Petang ni mek balik ke Muar. So malam ni kakak ambil giliran menjaga abah.


29 July 2003 (Selasa)

Pagi ni kakak lagi jaga abah. Keadaan abah memang semakin teruklah. Air tak berhenti meleleh dari perut yang terbelah tu. Doktor pun macam dah malas nak buat apa-apa treatment kat abah. Agaknya diaorang memikirkan abah dah takada peluang nak sembuh , tu yang dibiarkan aje tu.

Aku rasa kan kalau betul abah ditakdirkan pergi pun , agaknya bukan kerana sakit usus dia kut… , tapi adalah ditambah dengan jangkitan kuman pada bekas operation tu yang terdedah tu, masih tak dijahit…agaknya lea... Yelah dah lah perut tak berjahit, diletakkan di wad biasa , pelawat ramai, kuman pun agaknya senang nak membiak. Dah tu OT pulak selalu penuh, proses mencuci usus abah kerap ditangguhkan….aduh, kasihannya abah….

Hari ni aku ber e-mail dengan gee dan som..buat cadangan mungkin hari sabtu ni nak balik kg. Dah lama aku tak balik kampong. Nak beli kopi Pt Sulong dan durian. Teringat hari sabtu lepas som balik kg best dia kata. So cadangnya pagi sabtu bila kak mah dah sampai JB dari KL, aku nak balik kg bawak mak , som sekali.

Dah tu gee on the way nak gi JB pun sibuk nak singgah kampung jugak. Kak nor pun sama nak singgah kg jugak. Tapi tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak..kalau dah semua pakat nak balik..macam ada sesuatu pulak nak berlaku hari sabtu ni. Yelah macam beria-ia semua nak balik kg ramai-ramai. Aku cerita dekat gee kegusaran hati aku.

Som pulak bagi cadangan yang kita bertolak balik kampung seawal pagi yang mungkin. Mungkin lepas subuh. Tak sabar rasa nak balik kampung. Yelah sejak abah sakit tak ada balik kampung. Kakak jaga abah sampai petang hari ni , sebelum diganti dengan Lan malam ni. Malam ni Lan jaga abah.


30 July 2003 (Rabu)

Pagi ni tak ada seiapa tunggu abah. Sebab lan dah balik kerja dah. Petang ni som ambik cutilah jaga abah. Aku dengan gee dan som..siap dah buat jadual menjaga abah…alah, jadual suka-suka jea…. So hari khamis sampai hari sabtu aku akan jaga abah, kak mah pulak sambung dari hari sabtu dan ahad. Gee ambik cuti dari hari Isnin sampai hari rabu. Jadi kiranya seminggu ni penuhlah orang menjaga abah. Dulu masa kita semua kecik , abah tak berkira pun nak jaga kita.Tapi untung anak-anak abah mendengar apa yang abah bagi nasihat….so, anak-anak abah tahu membalas jasa abah.

Tengahari som datang jaga abah kat Hospital, som abil cuti separuh hari, jaga abah. Kesiannya, som kata..abah menggigil kesejukkan. Dah tu sesekali macam menahan kesakitan yang amat sangat. Air pun dia dah tak mintak..cuma sesekali titiskan air kat mulut abah. Badan abah dan tinggal tulang dan kulit aje. Siksa sangat rasanya abah ni. Kalaulah abah oleh berkata-kata kan.

Kadang-kadang macam tak percaya abah yang terlantar sakit di katil, sebab sebelum ni abah sihat walafiat. Abah memang kerja kuat. Abah tak reti nak duduk diam. Kalau aku balik kg tu walaupun sampai kampung pukul 3.00 pagi abah mesti bangun dan masak air panas untuk buatkan Don air kopi. Dia tau Don memang suka air kopi. Kesiannya abah.

Malam ni pukul 10.30 aku bertolak ke Johor Bahru. Walaupun Ika demam tapi aku nekad aje nak bertolak. Rasa tak sabar nak jumpa abah. Nak cium ubun-ubun abah. Aku sampai rumah som pukul 3.00 pagi. Malam ni yin yang tunggu abah. Mak ada kat rumah som.


31 July 2003 (Khamis)

Pagi ni pukul 7.30 pagi aku dah gi Hospital nak jaga abah. Aku pergi saing som pergi kerja. Aku sampai waktu jururawat tengah nak menukar cadar abah. Nurse kata kenapa tak ada orang tunggu malam tadi. Bukan tak ada orang tunggu, tapi yin mengajar pagi ni..so yin pukul 5.00 pagi dah balik. So dalam masa 2 jam memang tak ada orang tungggulah. Kesiannya abah…air dari perut abah sentiasa meleleh..warna kekuningan dan bercampur darah. Ini kerana air yang disalurkan ke dalam perut untuk mencuci usus abah..tak dapat disedut keluar dengan betul. Tu yang jadi air bertakung dalam perut dan penutup plastik tu tak dapat menampung air yang banyak dalam perut tu ..jadi dia melimpah kelaur.

Tak sampai setengah jam lepas tukar cadar , dah basah lagi…kesian abah macam kesejukkan dia sebab badan sentiasa basah. Doktor pakar datang melawat abah , Dr Rosaini , dia suruh jururawat tutup lubang salur kat perut abah menggunakan pelekat. Tapi bila jururawat nak buat pelekat tu tak boleh melekat sebab badan abah dibasahi air , so akhirnya abah dibiarkan macam tu aje…nak masuk OT, OT plak sentiasa penuh….

Ya allah nak menangis aku rasa tengok keadaan abah. Bila aku nak tukar cadar abah , aku tak kuat nak angkat sorang-sorang , terpaksa minta bantuan dengan attendan hospital. Belakang abah ada yang melepuh sedikit, aku sapu dengan minyak gamat. Sister Saniah proposed sejenis minyak untuk sapu kat luka pun aku beli…asalkan badan abah tak luka.

Aku beli kuih nak makan kat atas , tapi tak lalu nak makan depan abah…kesian tengok abah yang dah sebulan lebih tak makan apa-apa.

Tengahari mak datang dengan Don dan anak-anak aku melawat abah. Som tepon aku dari opis…dia kata dia tak datang waktu melawat tengahari nie. Aku diam jea lea…sebab aku tahu, hampir setiap hari som akan datang hospital melawat abah dihospital waktu lunch hour dan selepas habis kerja waktu petang….yea lea cuma rumah som yang paling hampir ngan HSAJB nie…so, mungkin som terlalu penat hari nie…so, aku pun tak kisah som tak datang sebab kebetulan aku ada di JB….kalau som tahu, hari nie lea hari-hari terakhir abah di dunia…mungkin som akan mintak cuti hari nie…

AKu tengok keadaan abah semakin lemah. Abah lebih banyak tidur. Aku tak henti-henti bisikkan kalimah suci ke telinga abah , mulut abah terkumat kamit seakan –akan mengikut. Walaupun sedang menanggung kesakitan yang amat sangat tapi muka abah tenang aje…mungkin abah redha dengan apa yang telah ditakdirkan keatasnya.

Waktu melawat habis , mak tak nak balik. Aku suruh mak balik dulu , tapi dia tak nak, dia nak tunggu abah juga. Aku kesiankan mak, tentu dia tak selesa duduk atas wheel chair , tapi tak apalah biarlah dia bersama-sama abah pada hari-hari terakhir abah. Lebih 50 tahun mak hidup bersama abah. Susah senang diharungi bersama.Dari dulu memang mak dan abah hidup dalam kesusahan . Nak membesarkan anak-anak seramai 9 orang. Pendapatan sebagai petani yang tak seberapa. Hidup pun menumpang ditanah orang.

Walaupun anak abah 9 orang, tapi semua anak abah bersekolah….orang kampong bising kat abah….buat apa nak sekolahkan anak-anak yang kebetulan 8 dari sembilan anak abah semuanya pompuan….akhirnya akan duduk di dapor juga anak pompuan nie…tapi itu lea aku kata, abah nie kuat semangat…abah sekolahkan semua anak-anak abah walaupun sanggup bergolok bergadai….Itu lea kekuatan abah….menjalankan tanggungjawab untuk mengajar anak-anaknya, bukan sahaja ke sekolah tapi dipaksa untuk belajar mengaji, sembahyang, sekolah agama….walaupun semuanya memerlukan duit…

Tapi kini bila segala-galanya dah berubah. Anak-anak dah habis belajar dan bekerja , dah berumahtangga ,kebun abah dan menjadi , hidup kami sekeluarga agak mewah, abah dan emak dah mengerjakan haji, dah mengerjakan umrah dan dah mula merasai hidup senang, abah pula ditimpa sakit. Seperti kata abah pada mak sebelum dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah , abah baru nak merasa senang dan merasa hasil penat lelah dia selama ini. Tapi kesakitan pula yang mendatang.

Abah siap berpesan dengan mak seandainya apa-apa berlaku pada abah , harapan abah semoga anak-anak dapat menjaga mak dengan baik , tak bergaduh berebutkan harta abah yang tak seberapa. Abah menangis semasa bercakap dengan mak lebih kurang pukul 4.00 pagi kat rumah yin, abah dah terasa yang dia akan meninggalkan mak dan kami semua , dia kata dia tak sampai hati nak tinggalkan mak dalam keadaan mak yang tak berapa sikat. Dia kata lagi terbayang-bayang mak berjalan terhencot-hencot sebab kaki mak sakit. Abah memang teramat sedih nak tinggalkan mak. Abah siap kata kalau abah dah tak ada nanti siapa yang nak jaga mak , siapa nak masakkan untuk mak ,siapa nak ambilkan ubat mak kat Klinik. Selama ini abah yang buat semua itu. Abah pesan pada emak duit simpanan abah , suruh mak ambik untuk buat perbelanjan mak . Emak pulak cakap ngan abah, kalau boleh biar lea emak yang pergi dulu, emak tak sihat, tak nak nyusahkan anak-anak, tapi abah sihat, abah boleh berjalan….Sedihnya tak terkira. Emak ceritakan semua nie pada aku dan anak-anak yang lain…

Abah tak nak mak menyusahkan anak-anak. Terkenang balik selama ni kalau mak sakit atau nak ambil ubat gi Klinik , abah bawak mak naik motorsikal, abah tak mahu menyusahkan anak-anak, padahal anak abah ada 9 orang , semuanya berkereta. Tapi mak dengan kaki terketar-ketar melangkah naik motor abah, biler abah dah bawak emak baru abah bagi tahu kat kita anaknya….abah memang tak mahu menyusahkan orang lain walaupun anaknya Sampai pernah mak jatuh motor dan patah tangan sewaktu abah bawak ke kebun tengok abah bekerja. Maafkan kami abah. Bukan sengaja kami buat macam tu, kebetulan kami duduk jauh dari kampong. Abah siap berpesan lagi dengan emak, kalau abah pergi, mintak dikebumikan di kubur di kampong dan mintak disembahyangkan di surau di depan rumah abah. Abah cakap lagi dengan emak, jumlah duit upah gali kubur, persiapan jenazah dan sebagainya…..mak sedih tapi emak dengar juga apa abah cakap….abah seolah-olah tahu yang dia akan pergi untuk selama-lamanya….

Biler emak bagi tahu kat aku dan adik beradik yang lain akan pesanan abah….kami dengar baik-baik tapi terpikir jugak kekadang orang kata….kalau orang tu sentiasa ingatkan mati mungkin umurnya panjang……itu yang kekadang menguatkan semangat kami adik beradik….

Mak sentiasa di tepi katil abah disebelah kanan, dan aku disebelah kiri, Aku bacakan surah Yassin dan bisikkan kalimah syahada ditelinga abah berulang kali. Abah memang kuat semangat. Walaupun sedang sakit tapi genggaman tangan abah masih kuat lagi.

Lelehan air dari tiub diperut abah semakin deras , sehingga tak tertampung lagi. Lebih kurang pukul 4.30 petang , doktor pakar datang , dan dia arahkan buat dressing disitu sekarang juga. Oleh kerana OT sentiasa penuh , jadi doktor akan mencuci perut abah disitu juga. Tak dapat ku bayangkan betapa banyak kuman dan virus yang melekat di luka abah. Dengan tempat terbuka , orang ramai , entahlah…malang sunggh nasib abah. Mungkin kalau perut abah tak dibelah , abah tak seteruk itu agaknya kot.

Doktor buka plastic cover diperut abah , aku nampak dengan mata kepala aku macamana perut abah dijahit tanpa nampak ubat bius dicucuk ke badan abah atau mungkin aku tak perasaan.. Muka abah berkerut menahan sakit , cuma abah tak berdaya nak mengeluarkan suara. Kalaulah abah boleh bersuara , tentu abah menjerit kesakitan. Tiba-tiba tangan abah menepuk pada bahagian perut yang ternganga tu , terkena usus besar abah. Doktor terus pegang tangan abah. Bayangkan lea tangan kita nie mencecah organ dalaman kita…camana lea perasaan abah masa tu yea… . Kasihannya abah, bayangkan dijahit di atas katil wad sahaja…..tapi kalau itu yang terbaik dilakukan oleh pihak doktor, aku redha…tapi kalau dengan sengaja abah tak dibius untuk dijahit…memang sungguh malang nasib abah….Selepas selesai semuanya aku tukarkan pampers dan cadar abah. Nampak kering sikit. Harap-harap dapat bertahan lama. Saluran air pun berjalan lancar.

Pukul 6.30 petang som datang nak ambik aku dan mak balik rumah dia. Mulanya aku ingat nak balik rumah dulu mandi dan malam lepas isyak datang lagi. Tapi bila pandang muka abah , aku tak sampai hati nak tinggalkan abah sendirian. Renungan mata abah seolah memohon simpati supaya dia tak ditinggalkan keseorangan. Aku berat hati nak meninggalkan abah. Akhirnya hanya mak yang balik . Aku nak habiskan masa aku dengan abah. Som suruh turun bawah hantarkan mak , tapi aku berat hati betul nak tinggalkan abah , akhirnya som naik atas ambik mak untuk di bawah balik. Tak sampai berapa minit sangat som tengok abah…tak sampai 2 minit rasanya…setakat naik tengok abah kejap dan ambil emak turun….kalau lea som tahu, esok abah akan pergi….mesti som tunggu….

Tingallah aku dengan abah. Hari ni tak ada sesiapa melawat abah. Macam biasa aku isi masa terluang dengan membaca surah yassin disisi abah. Abah banyak tidur hari ni , sesekali tangannya menunjuk-nunjuk atas seperti menunjuk sesuatu.Kesian abah apa yang dia cuba cakapkan tak ada siapa yang faham. Mungkin abah nak berpesan sesuatu , tetapi apakan daya tiada yang memahaminya.

Pukul 7.30 mlm , aku tunggalkan abah untuk solat maghrib dan makan di kantin. Lepas tu aku naik semula disisi abah. Aku nekad malam ni aku nak jaga abah. Kebetulan pulak anak aku Ika demam panas dirumah som.

Tengah malam dalam pukul 12.30 Don datang dengan som nak ganti aku jaga abah. Malam ni Don yang jaga abah. Tinggal dulu bah , esok aku datang lagi, kasihan tinggalkan abah dan hospital dalam keadaan dingin tengahmalam…. So, ditengah malam buta, aku drive kereta dengan som balik ke rumah som. Sampai rumah som pukul 2 pagi…tak boleh pulak mata nak tidur, asyik-asyik laki aku tepon bagi tahu keadaan abah…

1 August 2003 (Jumaat)

Pukul 8.00 aku dah gi Hospital nak tukar jaga abah dengan Don. Som pulak hari ni tak sihat, pening kepala, muntah-muntah dan sakit kepala yang teruk jugak. Dia tak datang opis….aku nak hantar klinik tak nak pulak dia…sebab dia tak boleh nak bukak mata…bukak mata jea pening dan terus muntah…

Sampai hospital Don kata doktor suruh semua keluar sebab pakar nak check. Jadi aku balik kerumah som balik….. Singgah ke Pasar Larkin. Balik rumah som masak tengahari dulu. Lepas makan tengahari pergi Hospital semula dengan Mak. Don pergi Solat Jumaat dengan Iky. Sampai atas aje..lah kesiannya abah. Sepeninggalan aku beberapa jam.kain abah terlondeh dan abah menggigil dan mata terkatup. Aku sedih betul tengok abah. Aku tukarkan pampers, dan cadar abah dengan bantuan attendan. Hati aku berdetik takut sebab tengok keadaan abah lain sangat. Abah tidur aje.

Tangan pun dah tak menguit. Aku lap badan abah , sapukan losyen kat badan dan kaki abah. Waktu aku sapukan losyen kat kaki abah , bulu roma abah gugur. Banyak jugalah berterabur kat katil. Hati aku lagi berdegup kencang. Aku memang tak sedap hati tengok keadaan abah. Air untuk mencuci perut abah pun dah tak dipasang lagi. Aku basahkan muka abah , kepala abah . Badan abah panas sangat. Nurse suruh lap dengan tuala basah. Tapi kaki abah sejuk betul. Mak pun macam dah tau keadaan abah . Aku rasa sakit abah dah sampai ke “final stage” ni. Camana aku nak menghadapi semua nie…hanya aku yang ada kat JB sekarang nie….som MC, kakak kerja, adik beradik lain masih di KL….yin pulak balik rumah mentua kat kampong…aku bertekad, aku akan tunggu jea abah walau apa pun terjadi…alhamdulilah aku boleh hadapi ini semua…..

Lebih kurang pukul 4.00 petang, nurse ambik bacaan tekanan darah abah. Tekanan darah abah dah menurun 85/46. Ini memang tak normal lah. Disaat ni pesakit didepan katil abah meninggal dunia. Pak Cik Suhaimi yang menghidap barah Pankerias.

Tak lama kemudian Doktor Pakar datang , setelah memeriksa keadaan abah , dia memanggil aku dan menerangkan yang keadaan abah amat tidak baik atau tenat. BP abah drop banyak. So dia memberitahu aku yang dia tak buat lagi apa-apa rawatan pada abah , hanya pemerhatian. Dia kata paling lama pesakit boleh bertahan dengan tekanan darah macam ni 2 hari..tapi melihat keadaan abah , dia menjangkakan mungkin malam ni abah akan menghembuskan nafas terakhir.

Ya Allah pucat lesi muka aku. Walaupun aku dan mengagak , tapi penjelasan doktor seolah merentap tangkai hati aku. Aku pulak yang menghadapi saat-saat macam nie… Aku beritahu mak yang ketika itu sedang duduk di sofa hadapan. Aku harap mak bertenang dan tabah menerima kenyataan ini. Mak menangis sedih , aku tolak mak semula ke katil abah. Biarlah mak disisi abah diakhir usianya. Hanya aku dengan emak yang sentiasa disisi abah…Tak lama selepas tu mesin tekanan darah dipasangkan ke badan abah dan juga oksigen. Mata aku sentiasa merenung angka di mesin tersebut.

Ingatan aku melayang terkenangkan anak aku Anis Sabrina. Ya Allah aku terpaksa melalui semula saat-saat genting seperti aku menantikan saat pemergian Anis Sabrina dulu….. Hari ini Ana anak Long datang melawat dari KL. Dia kata 2 hari berturut dia mimpikan Abah , jadi hari ni dia datang juga melawat abah. Aku telefon adik beradik lain untuk meberitahu keadaan abah. Aku tahu masing-masing dah berulang alik KL-JB dan masing-masing pun dah ambil cuti panjang, mungkin nak mintak cuti lagi pun segan ngan boss masing-masing, terserah lea samaada nak datang atau tidak, yang penting aku bagi tahu keadaan sebenar abah. Sebelum ni pun doktor pernah kata abah dah tenat, so aku malas nak menyuruh dia orang datang beriya-iya…..sekali lagi aku terpikir, mungkin ini hanya jangkaan doktor…sebab dulu pun doktor menjangkakan abah akan pergi dalam masa 2 hari jea…so, aku ngan emak tabah jea disisi abah ….

Setiap perubahan pada tekanan darah abah aku sms kepada semua adik beradik. Pada masa ini jenazah didepan katil abah , baru nak ditolak keluar. Hati aku berdetik , bilakah saat untuk abah akan tiba. Aku tak berenggang dari sisi abah. Kalimah syahadah sentiasa ditelinga abah.

Petang waktu melawat, Don dan abang long datang, Kakak kerja petang, so habis kerja nanti pukul 9. Mlm baru kakak datang… Waktu ni baru aku pergi solat , kerana aku takut nak tinggalkan abah sorang. Aku turun ke bawah . Bila aku naik ke atas, aku lihat skrin telah dipasang dikeliling katil abah. Lemah longlai kaki aku. Emak, don, enal dan abang long tunggu kat luar. Tak lama doktor keluar , beritahu yang tekanan darah semakin drop dan dia cuba masukkan “Dopermine” untuk menaikkan Tekanan darah abah. Ubat dengan kuantiti yang paling maksimum dimasukkan. Bunyi mesin semakin membuatkan perut aku kecut. Menjelang maghrib , enal dan don balik dulu. Aku nak suruh mak balik , tapi mak tak nak. Mak kata dia nak tunggu sampai abah tak ada. So, tinggal lea aku kat sisi katil abah dengan emak dan abang long…

Aku nak pergi solat maghrib , tapi BP abah dah 58/30 , so aku tunggu dulu. Abang Long pergi sembahyang maghrib dulu, …Saat ini semakin menrurun BP abah. Aku sentias sms kat semua kakak dan abang aku. Bukan aku nak dia orang datang . Tapi sekadar memberitahu. Sesiapa yang terasa nak datang tu datanglah , siapa yang tak nak tak apalah. Masa ni keadaan terlalu kritikal. Aku dan abang Long silih berganti membisikkan kalimah suci ke telinga abah. Aku disebelah kiri dan abang long disebelah kanan , sementara mak di kanan abah. Selepas dimasukkan ubat nampak naik sikit BP abah. Tapi tak bertahan lama , akhirnya turun semula.

Dan anak-anak abah nampaknya tak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan abah pada saat-saat terakhir nie….balik jea dari kerja, kak nor terus bertolak dari KL ke JB…si gee pun bertolak juga dari KL…semuanya berluma-lumba nak jumpa abah…kak mah pun bertolak jugak dari KL ke JB…sanggup naik bas, biar cepat sikit sampai…lagipun anak-anak tak ikut cepat sikit kak mah kata dia naik bas…

Cuma sorang jea anak abah di KL, Kak Lah tak sempat nak ke JB, si Mek dengan Yin terus tunggu dikampong…som pulak demam….kasihan som selama nie dia yang berulang alik setiap hari ke HSAJB….tapi time saat-saat terakhir abah, si som pulak demam….nak pergi langsung ke HSAJB hari jumaat tu…

Kakak pulak kerja petang dan dalam perjalanan ke HSAJB. Kak lah masih di KL. Pukul 10 malam kakak sampai dengan Lan dan Faiz. Masa ni BP abah 58/29. Don dan enal pun datang semula ke Hospital. Pukul 11.00 enal dan don balik dulu ke rumah som. Tinggal aku , kakak dan emak, abang long pun balik semula ke rumah memandangkan keadaan abah macam stabil. Kaki mak dah mula bengkak. Suruh mak balik tapi mak tak nak.


2 August 2003 (Sabtu)

Pukul 12.30 mlm gee sampai HSAJB dari KL. Sempat gee sama-sama menunggu abah. . Semakin lama BP abah semakin menurun. Kakak terlampau mengantuk, yea lea kakak baru habis kerja petang kat Hospital Kota Tinggi, aku suruh kakak tidur , mulanya kakak tidur sekejap , lepas tu kakak bangun semula , kakak kata dulu masa kecil abah jaga dia tak ada pun tidur , ni nak jaga abah pun nak tidur. Kakak duduk semula di sisia abah. Aku duduk di kepala abah , gee ditengah , kakak di kaki dan mak di hujung kaki. Mata kami semua tak lekang dari monitor . Sentiasa memerhatikan angka-angka di monitor.

Semakin menghampiri jam 2 pagi , tekanan nadi abah semakin lemah. Kaki abah sejuk. Nadi dipergelangan tangan abah juga dah tak boleh dirasa. Cuma dada abah yang berombak-ombak bernafas. Bacaan BP abah 58/26. Aku tau masanya semakin hampir. Semakin deras aku menucapkan kalimah suci ketelinga abah. Saat ini kakak telefon yin , bagi tau keadaan abah dah nazak sangat.

Aku call som , enal dan don suruh datang. Nadi di lengan abah semakin lemah. Aku buka mata abah , anak mata abah dah mengembang. Disaat ini aku lihat air mata abah bergenang dan mengalir keluar. Aku ambik tisu dan lap air mata abah.Aku ada terbaca orang yang beriman akan mengalirkan air mata sewaktu dijemput sakaratulmaut. Bacaan semakin menurun 51/20…aku sedih tak terkata. Dada abah semakin perlahan berombak. Nadi dah tak dapat nak rasa. Dengan pantas, aku ampu kepala abah ke lengan aku. Biarlah abah menghabiskan nafasnya di lengan aku anak bongsunya , BP abah semakin menurun kepada 51/18 dada abah terhenti berombak , tapi nafas ada dikerongkong abah , air mata abah mengalir , aku , kakak, gee dan mak mengucapkan sentiasa mengucapkan kalimah suci kepada abah.. Aku terpikir sempat kea si som dan yang lainnya sampai dan tengok abah buat kali terakhir… Dan akhirnya setelah 3 kali tarik nafas ..akhirnya abah telah menghembuskan nafasnya yang agak panjang buat kali yang terakhir pada jam 2.36 pagi. INALILLAH HIWAINALILLAH HIR RAJI UNNNNN…..Abah telah kembali ke Rahmatullah dengan tenangnya.Seperti tak percaya abah dah pergi meninggalkan kami semua. Som telefon. Aku katakan abah dah tak ada. Dia dalam perjalanan nak ke hospital. Aku lihat muka abah seperti orang tidur.

Aku dapat rasakan sakaratul maut telah menjemput abah dengan lemah lembut. Tiada renjatan seperti yang aku baca sebelum ini. Cuma air mata abah mengalir mengiringi pemergiannya. Tak lama som ,enal , don dan radzuan sampai dihospital. Som kucup dahi abah….panas lagi dahi abah, yea lea baru habis nyawa… mintak maaf banyak bah, tak sempat nak jumpa abah hari nie…som kata…

Sedihnya tak terkira waktu nie…..sibuk sikit katil abah disubuh hari nie…skrin sipasang keliling katil abah…ramai gak orang yang mengelilingi abah waktu nie termasuk jiran-jiran katil abah di hospital…..

Akhirnya abah pergi juga….meninggalkan emak dan kami anak-anak abah seramai 9 orang, menantu 9 orang dan cucu abah yang hampir 30 orang….kami redha bah dengan pemergian abah, emak juga redha…pergi lea bah, abah terlalu menderita dengan sakit abah sebelum nie…pergi bah….jasa abah terlalu besar untuk kami….

Sedikit demi sedikit doktir dan jururawat menanggalkan tiub-tiub di badan abah. Mulanya doktor tak nak menjahit perut abah , namun setelah diberitahu oleh jururawat dan disarankan oleh radzuan dan don akhirnya pertu abah akan dijahit.

Sekujur jasad abah di kerjakan oleh doktor. Perut abah dijahit semula , air disedut. Kuasa Allah s.w.t, walaupun sebelumnya doktor kata perut abah tak boleh bercantum , namun akhirnya perut abah dapat dicantumkan semula dengan kemas, seolah-olah tiada pembedahan dijalankan. Pukul 3.00 pagi kak nor , abang rin sampai ke hospital dari KL.

Som balik dulu sebab nak ambil kak mah di bus stand Larkin, kul 3.30 pagi mungkin dah sampai dari KL. Lepas ambil kak Mah di Larkin, som terus hantar kak mah ke HSAJB.. Yang tinggal di HSJB waktu nie hanya kakak , kak nor , abang long , abang rin dan kak mah. Kak Lah terus balik kampong dari KL dan mek jugak terus kekampong. Maknanya 3 anak abah sekarang berada di kampong dan 6 orang berada di JB tunggu jenazah abah. Aku balik dulu kerumah som sebab nak bersiap balik kg dan gee pun balik jugak ke rumah som…semuanya bersiap nak balik kampong.

Betul seperti rasa gerak hati aku yang mungkin akan ada sesuatu berlaku hari sabtu, kita seolah-olah berpakat nak balik kampong. Memang betul semua anak abah akan balik kampung hari sabtu. Betul seperti kata kau som..kau ajak aku bertolak balik kampung selepas subuh kan. Ni waktu subuh lah kita balik ke kampung mengiringi jenazah abah. Syahdunya…kalau selama nie kita mengharapkan abah akan balik kampong dalam keadaan sihat tapi kali nie abah balik dengan menaiki kenderaan jenazah……kakak, kak mah dan Lan (cucu sulong abah) menaiki kenderaan jenazah mengiringi jenazah abah. Semuanya menuju ke kampong, rumah abah. Tinggallah JB yea bah…

Jenazah abah sampai di rumah kampung pukul 8.30 pagi dengan menaiki van jenazah bersama kakak ,kak mah dan Azlan. Ramai orang-orang kampong yagn setia menunggu ketibaan jenazah abah….sejak lepas soalt subuh lagi, dia orang tidak berganjak dari rumah abah…Jenazah Abah di baringkan ditengah rumah. Aku tak dapat menahan air mata , melihat sekujur tubuh abah dipembaringan. Sebelum ini abah beria-ia nak balik kampung , tapi bila abah dapat balik, dalam keadaan abah dibungkus dengan kain putih.

Sampai jea jenazah abah di rumah , tahlil untuk abah terus dibuat. Oleh kerana hari yang sama, kebetulan ada kenduri perkahwinan di kampong, jenazah abah akan disempurnakan terlebih dalulu. Tak sampai setengah jam abah berbaring dirumah , jenazah dimandikan. Anak , cucu dan menantu abah yang memandikan dibantu dengan tok imam.. Azlan , Ibrahim dan Yin meriba abah. Menantu lain mengangkat abah.

Aku rasa belum puas menatap wajah abah. Setelah siap dipakan kan semua kaum keluarga mencium abah buat kali terakhir. Selesai dikapankan jenazah abah dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Itulah permintaan abah sejak dari dulu , seandainya abah meninggal abah mintak jenazahnya disembahyangkan disurau depan rumah kami. Abah sayang sangat surau tu. Abah wakafkan sebahagian tanahnya untuk dibuat surau. Nama surau tu pun “Surau Hj Omar” abah telah mewakafkan tanahnya untuk didirikan surau. Itulah lah sedekah jariah yang akan kekal sampai bila-bila selain dari doa anak yang soleh dan amalan abah semasa didunia.Ramai saudara mara datang melawat abah.

Saat ntuk berpisah dengan abah semakin hampir. Pukul 10 pagi jenazah abah siap di sembahyangkan dan hendak dibawa ke tanah perkuburan.Ini bermakna hanya lebihkurang 1 jam abah berada di rumah. Setakat untuk menumpang mandi dan sembahyang sahaja... Semakin ramai saudara mara yang datang tak sempat menatap wajah abah buat kali terakhir. Aku rasa terlalu cepat abah nak dikebumikan.

Walaupun sukar untuk menerima hakikat untuk berpisah dengan abah, tapi kami bersyukur urusan jenazah abah begitu cepat dan pantas diuruskan ….seolah-olah abah tak sabar-sabar nak menghadap penciptanya.. Akhirnya jenazah abah dibawa ke tanah perkuburan, Pt Sulong.. Aku turut mengiringi jenazah abah ke tempat persiggahan sementaranya di alam barzah. Setelah selesai urusan pengkebumian, semasa bacaan talkin , hujan panas telah turun seolah-olah mengiringi pemergian abah. Berat rasa hati nak meinggalkan abah disitu keseorangan. Semadilah abah dengan tenang disana. Semoga roh abah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Kami redha dengan pemergian abah jika itulah lah ynag terbaik untuk abah. Insyallah abah kami akan tunaikan amanat abah supaya menjaga mak dengan baik. Itulah pesan abah yang selalu diucapkan kepada kami semua agar menjaga mak dengan baik.

Berlalu sudah semua kenangan indah bersama abah. Tiada lagi Abah kami didunia ini. Kalau masa boleh berputar alangkan indahnya. Teringat jasa-jasa abah selama ini kepada kami semua . membesarkan kami , membanting tulang empat kerat menyara persekolahan kami. Teringat Hari Raya Haji yang lalu sewaktu mak patah tangan duduk dirumah kakak , abah sorang-sorang kat kg , dia siap masak ketupat , dodol , ayam , sambal satay. Abah telefon aku balik ke tak , abah telefon semua orang. Tapi sayang semua tak boleh balik sebab cuti raya terlalu pendek. Hanya kak nor balik dengan kakak. Itulah pengorbanan abah. Teringat kalau kita semua balik kampung , abah sibuk pergi Pt Sulong , beli lauk , beli kopi, tangkap ayam kampung (siap masak lagi ) dah tu cucu nak beli asikrim abah belikan….abah sibuk masakkan untuk kita semua , lepas tu waktu kita makan abah tak ada , abah pergi surau. Abah bukan nak makan sangat pun. Dia seronok tengok anak cucu berkumpul.. Kami berbangga dengan Abah. Insyaallah kami semua akan menjaga mak dengan baik sepertimana amanat abah kepada kami.

Terngiang-ngiang lagi kata-kata abah semasa mula-mula dimasukkan ke HSAJB dari Hospital Kota Tinggi, abah tanya kakak samaada kain putih dia di bawak atau tidak ? Kakak tanya 2 kali dengan abah dan akhirnya kakak kata, kain putih tu nanti orang bawakkan. Pelik abah boleh ingat kain putih pulak di saat-saat tengah sakit tu. Mungkin abah terasa bahawa dia akan keluar dari HSAB nie dengan dibaluti dengan kain putih.

Semasa som dan kak lah jaga jugak, abah beriya-iya nak balik kampong sesangat. Dia kata nak pergi “rumah baru” dan mintak dimandikan. Abah kata abah tak sabar nak pergi “rumah baru”. Som ngan kak lah terdiam jea…setakat membacakan yassin dan tidak henti-henti mengajar mengucap. Alahmdulilah, walaupun abah kesakitan, abah masih boleh menyebut nama allah dan sesekali mengucap.

Hari Raya tahun ini paling menyedihkan bagi kami semua. Sepatutnya tahun ini semua anak , menantu , cucu abah akan berkumpul , ambil gambar ramai-ramai untuk jadi potret kenangan. Tapi segalanya dah berubah. Kami akan mengunjungi pusara abah.


Coretan
Aku . anak abah