Wednesday, May 27, 2009

Dafiy 1st Birthday

Happy Birthday To You...Happy Birthday To You...
Happy Birthday
To
EmMiL DaFiY
Happy Birthday To You



26/05/2009 (Selasa) - Untuk entah yang keberapa kali Mummay nak wish Happy 1st Birthday Dafiy. Disebabkan projek untk buat kek harijadi untuk Dafiy semalam terbantut, hari ini mummy balik kerja awal sikit. Mummy singgah kedai kek beli kek untuk Dafiy.
Kat sebelah kiri inilah kek yang mummy beli. American choc. Kena beli choc flavour sebab anak2 semua memang hantu choc cake (macam Mummy gak). Mummy dah hantar SMS kat Daddy supaya balik awal sikit sebab malam ni lepas maghrib nak celebrate birthday Dafiy. Tak ada jamuan apa pun sekadar potong ke jer. Insyallah jamuan harijadi untuk Dafiy Mummy dan Dafiy akan buat bila dah pindah ke Bangi.
Bukan senang nak amil gambar Dafiy depan kek tu. Excited Dafiy nak cakar kek tu. Tengok lah Daddy kena pegang tangan Dafiy dua-dua. Tengok mulut Dafiy tu, nampak sangat dia geram nak ngap kek tu.
Bukan setakat Dafiy yang geram kat kek tu, Danny, Danish dan Dania pun geram sama. Masa nak tiup lilin tu, si Dafiy tak sempat pun nak tiup, abang2 dan kakak dah tiub dulu. Tak banyak gambar2 yang Mummy ambil sebab masing2 dah sibuk nak makan kek. Tak apa Dafiy nanti masa jamuan harijadi Dafiy mummy ambil gambar banyak2 ok.


















Tuesday, May 26, 2009

Dafiy Turns To ONE (26/05/2009)


26/05/2009 (Selasa) - Our little prince, Emmil Dafiy turns to 1 today. Happy 1st Birthday Dafiy. We love u very much. Semoga Dafiy dipanjangkan umur dan diberikan kesihatan yang baik. Mummy dan Daddy selalu berdoa agar Dafiy membesar menjadi anak yang soleh, berjaya di dalam hidup dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat.

Sekarang Dafiy dah pandai jalan jatuh. Gigi pun dah ada empat batang dan dua batang dah nampak nak naik. Kalau menyusu pun dia suka gigit putting…aduh sakitnya. Petang ni balik kerja mummy akan beli kek untuk Dafiy. Dan malam ni boleh celebrate dengan abang2 dan kakak. Semalam mummy buat kek choc kukus untuk bawak ke tempat ngaji. Goodies pun mummy dah siapkan. Bolehlah petang ni bibik tolong bagi pada anak2 yang mengaji. Semua orang kenal Dafiy di tempat mengaji tu sebab sejak umur dia 2 bulan bibik dah bawak Dafiy.

Dah setahun usia Dafiy, cepat benar masa berlalu, terasa baru semalam jer mummy lahirkan Dafiy. Dan bagaimana berdebarnya mummy sepanjang mengandungkan Dafiy sejak bulan ketujuh apabila doctor mencadangkan mummy buat 3D scan kerana doctor kata air ketuban macam kurang. Selepas buat 3D scan doctor kata tiada masalah dengan air ketuban tetapi baby Dafiy mungkin ada masalah Pericardial effusion ("fluid around the heart"). Disebabkan masalah ini saiz jantung dafiy besar besar di bahagian bawah.

Dengar jer masalah berkaitan dengan jantung mummy memang tak sedap hati, setiap hari tak henti2 mummy berdoa semoga Allah memberikan mummy peluang membesarkan baby yang mummy kandung ni. Internet memang menjadi teman setia diwaktu2 lapang, mummy cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin berkenaan dengan masalah ini.


Apabila kandungan masuk ke usia 8 bulan mummy dan daddy decide yang mummy akan bersalin di hospital kerajaan. Mummy pilih untuk bersalin di Hospita Putrajaya. Dulu Adam Danih pun mummy lahirkan di sini. Semasa check-up di Hospita Putrajaya doctor juga mengesahkan perkara yang sama. Air mata memang menjadi peneman. Mummy takut sesuatu yang buruk terjadi.

Mummy diarahkan untuk masuk ke ward pada 25/5/2008. Sehari sebelum itu Jumaat 24/5/2009 doktor dari Hospital Putrajaya telefon meminta mummy datang ke hospital petang ni juga . Jantung mummy berdegup sepanjang perjalanan ke hospital, macam-macam yang mummy pikirkan, mummy ingat doctor nak operate mummy awal. Sampai di hospital mummy jumpa dengan doctor pakar O&G. Tujuan doctor panggil sebenarnya doctor nak maklumkan kepada mummy dan daddy berkenaan dengan situasi mummy dan baby.

According to Doktor, the best place untuk mummy bersalin adalah di Hospital Besar KL (HKL). Ini disebabkan HKL dekat dengan Institut Jantung Negara (IJN) tapi disebabkan short notice ward di HKL telah penuh.
Doktor pakar jantung daripada IJN juga tidak dapat stand by semasa mummy bersalin kerana pada masa ini hanya ada 6 orang doctor pakar jantung kanak2 dan mereka terpaksa bertugas di IJN. Jadi mummy akan bersalin di Hosp Putrajaya, walau bagaimanapun segala langkah telah diambil sekiranya ada apa2 berlaku. Ward NICU yang lengkap dengan alat bantuan pernafasan juga telah di’booked’. Sekiranya masalah serius baby Dafiy akan dibawa ke IJN. Sepanjang penerangan doctor mummy tak kata apa. Air mata mengalir tak berhenti.
Hari Ahad, 25/5/2008 - Selepas zuhur mummy check-in di Hospital Putrajaya. Pada masa yang sama adik beradik mummy yang lain check-in sama di Apartment Tanjung Biru, Port Dickson. Keluarga mummy buat family gathering/family day. Perkara dah dirancang dari awal kena diteruskan.

Mummy kena tunggu lama sebelum dapat masuk ward sebab ward semua penuh. Boleh staff yang jaga kaunter tu suruh mummy balik dulu dan bila dah sakit dah nak bersalin datang semula. Nak marah pun ada gak sebab mummy dah bagi semua surat dan bagitau yg mummy akan bersalin secara operation esok hari. Hampir pukul 4 baru mummy dapat masuk ward.

Malam selepas solat maghrib mummy tak berhenti berdoa dan baca Yassin. Semoga segala urusan bersalin Mummy esok dipermudahkan Allah. Sampai pukul 3am baru Mummy berhenti baca Yassin dan tidor. 21x Mummy baca Yassin. Nurse yang datang nak check BP pun tanya kenapa mummy tak tido lagi. Dia orang pun serba salah nak datang check BP takut ganggu mummy baca Yassin.
Mummy dah start puasa dari pukul 12 tgh malam. Esok ada tiga orang yang akan bersalin secara operation. Mummy tak tau mummy giliran ke berapa. Harapnya mummy dapat giliran yang terawal.

26/5/2008 (Isnin) - Nurse bagitau mummy orang pertama yang akan operate hari ini. Mummy fikir paling cepat dalam pukul 8 baru kena bersiap untuk masauk ke bilik OT. Jadi Mummy htr sms kat Daddy kata pukul 8 nnt mmy dah nak masuk OT so Mummy suruh Daddy datang awal sebelum Mummy masuk ke bilik OT.
Dalam pukul 7 selepas Mummy solat dan mandi, nurse datang dan suruh mummy bersiap untuk masuk OT. Kelam kabut le Mummy, tak sempat nak call Daddy. Mummy just hantar sms kat Daddy dan adik beradik yang lain. Mintak dia orang doakan mummy selamat.
Untuk pembedahan bersalin kali ini doctor tak bagi bius habispun, dia bagi epidural injection. Ini bermakna mummy akan sedar sepanjang pembedahan dilakukan. Mummy siap mintak kapas kat nurse suruh sumbat kat telinga Mummy sebab Mummy tak nak dengan bunyi gunting dan alat2 pembedahan lain berlaga. Gelak jer nurse tu. Mummy tengok jam kat dinding jer. Pukul 8 pembedahan start, memang tak rsa sakit apa, tpai terasa lak juga bila perut dikuak nak keluarkan baby dan masa jahit pun terasa ler jarum keluar masuk kulit tapi tak sakit. Bila dengan baby menanggis lega rasanya. Lepas baby dikeluarkan doctor tak tunjuk pun kat Mummy, terus dibawanya pergi. Setidak2nya tunjuklah babu sekejap bagitau jantina apa (walau mumy dah tau). Sedar2 mummy dah ada kat bilik pemerhatian menunggu nak dibawah ke ward. Kul 10.30 mummy dah masuk ke ward. Tapi mamai2 lagi. Perkara pertama mummy Tanya kat daddy baby macamana. Daddy kata baby ok. Daddy kata baby ditempatkan di NICU untuk observation doctor. Daddy dah tengok baby di NICU dan azankan dia.

Selagai mummy tak tengok baby mummy tak puas hati. Hari kedua barulah mummy berpeluang untuk pergi melihat baby. Tak sampai hati tengok babies yang ada di dalam NICU, bila nampak baby mummy tidur lena terasa macam nak angkat dan peluk jer. Tapi wayar dan jarum penuh berselirat di badan, mana mungkin mummy nak dokong dia. Mummy cium dan gosok2 badan baby, tak sabar rasanya nak bawak baby keluar dari NICU.

Sebelah tengahari adik beradik mummy yang bercuti di PD singgah melawat. Tapi semua tak dapat tengok baby sebab hanya parents sahaj yang boleh masuk ke NICU. Tak lama selepas adik beradik mummy balik nurse datang bawak baby. Alhamdulillah. Leganya mummy dapat pegang baby. Hilang sakit kesan pembedahan.

Tiga hari di wad bersalin, mummy dipindahkan ke ward kanak2 pulak. Nurse kata baby ada G6PD (intermediate level), jadi selalu senang kena kuning. Nurse kata doktor nak buat observation lagi 2-3 hari.

Tiga hari di wad kanak2 kami dibenarkan keluar. Alhamdulillah, dapat keluar hospital dan boleh jumpa anak2 yang lain. Rindu kat dia orang.

Itu semua kisah setahun yang lalu, semoga baby mummy Emmil Dafiy akan sentiasa di dalam peliharaan Allah dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan di akhirat kelak. Kami sayang Dafiy.






Moving Out Moving In - Part 2

23-24/05/09 - Weekend ni mummy operasi baju2 Daddy pulak. Tengoklah penuh dalam wardrobe tu semua baju Daddy. Itu tak campur lagi yang gantung kat bilik sembahyang kat bawah. Siapa kata lelaki tak banyak baju...hiiii...

Lepas kemas baju Daddy mummy pergi ke rumah Bangi pulak nak tengok apa progress. Di dapor barang2 masih dalam kotak lagi belum diunpacked.


Hampir senja baru kerja2 memasang oven dan lain2 selesai. Kerja akan disambung minggu hadapan kerana solid surface untuk table top tak siap lagi. Hopefully by middle of next week siap.



Tengok keadaan kat dining dan living area. Bersepah2 dengan barang2 yang dibawa dari Nilai dan sampah2.



Danny tak lepas peluang beraksi di depan built-in wardrobe dan study table dalam biliknya. Danny nanti akan sharing bilik dengan Danish.

Mummy dan Daddy bagi peluang pada 3D untuk mengecat bilik. Of course blue for the boys. Tapi jenuhlah juga mummy terjerit2 bila dia orang suka2 main cat tu. Dia orang buat tak lama, kejap jer dah jemu dan penat. Yang lama tolong si Danny.



Lepas penat mengecat 3D main kotak dan gabus kat bawah. Lepas tu masing2 sibuk nak bawak kotak dan gabus tu balik ke rumah Nilai.

Daddy dan Dania sempat main buaian depan rumah.

Tuesday, May 19, 2009

Moving Out Moving In - Part 1

Mummy dah start mengemas barang2 dan kain baju yang nak dibawa. Bibik pun mummy suruh kemaskan barang2 personal dia. Mummy start dengan kemas baju budak2 kat bilik bawah. Hampir 2-3 hari juga berkemas tapi tak siap lagi. Tapi mummy dah sort mana yang nak bawak dan mana yang nak bagi kat orang dan mana yang nak buang atau buat kain lap.


Mana baju2 yang boleh recycle mummy simpan. Yang anak2 mummy tak muat pakai mummy bungkus elok2 dan asing2kan. Banyak baju2 budak2 mummy bagi kat jiran2. Baju2 mummy pulak banyak mummy bagi pada bibik belakang rumah. Lega bila tengok baju yang mummy bagi kat dia oragn tu dipakai.


Pinggan mangkuk pun mummy dah start kemas dan bawak sikit2 ke rumah bangi. Tinggalkan pinggan2 yang selalu mummy gunakan jer.


Baju daddy langsung mummy belum kemas. Banyak sangat baju daddy, tak tau mummy mana yang dia nak pakai mana yang dia tak nak lagi.


Lepas ni mummy kena kemas fail2 dan dokumen2 yang agak berterabur.

Ini sebahagian daripada kain baju yang dah dibawa ke bangi, mummy humban semua dalam guest room.


Transformasi D'7

19/05/2005 (Selasa) - Cepat betul masa berlalu, dalam sedar tak sedar lagi dua minggu sekolah bercuti. Ini bermakna mummy dan daddy ada masa yang terhad untuk buat preparation pindah rumah. Banyak lagi yang belum siap.
Urusan pindah sekolah Danny dah 50% siap, kelulusan dari Jabatan Pendidikan dah dapat, sekarang ni tinggal nak dapatkan personal fail dari Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, once dapat personal file terus daftar ke Sekolah Kebangsaan Seksyen 7 bangi. Bolehlah teruskan daftar kemasukkan darjah satu untuk Danish dan Dania sekali.

Untuk rumah ni, Mummy dan Daddy tak ada buat apa2 major renovation. Setakat perkara2 yang basic sahaja. Buat transformasi kecil2 jer...

Ini kawasan lapan di kiri dan hadapan kawasan rumah. Limited budget, so buat masa ini Daddy upah orang tanam rumput carpet dan tabur batu sungai jer. Tunggu ler dulu kut2 nanti ada rezeki lebih, boleh le buat landskap yang proper dan elok sikit.

Dari pintu tambahan guest room tu boleh keluar ke kawasan tanah lapang tu. So Daddy letak step stones.




Ini garden plot untuk mummy bercucuk tanam. Terletak kat bahagian belakang rumah. Boleh ler setakat nak tanam cili ke serai. Sekarang ni yang dah ada kat 'kebun' cili api, cili masak, serai, pandan, kunyit, limau nipis dan limau kasturi.


Harap-harap hiduplah pokok2 tu. Masalah sikit sebab air dari bumbung bila jatuh kena kat kawasan garden tu. Daddy dah letakkan batu bata keliling batas tu untuk elakkan pasir dan tanah terkeluar ke kawasan rumput.





Ini kawasan dining hall. Ada dinding sikit untuk asingkan antara ruang dapor dan ruang makan. Aal memang interior paint warna putih, so untuk ceriakan sikit ruang makan tu Daddy pilih hijau cerah sebagai featuring hall.

Ini bilik Dania. Warna asal dia putih plain. So mummy plan nak cat warna hot pink untuk feature wall dan light pink untuk dinding2 yang lain. Wardrobe mummy pilih hot pink dan putih biar match dengan dinding. Projek mengecat ni baru 60% siap.
Hujung minggu ni mummy cuba habiskan mengecat la. Yang lecehnya nak mengecat bahagian atas yang dekat dengan siling tu. Selain kena panjat tangga nak kena mendongak le pulak. tak apa lah yang itu mummy mintak daddy tolong siapkan.

Untuk bilik Danny dan Danish tak cat lagi pun. Tapi plan nak cat warna biru. Standard ler pink for the girl and blue for the boys.

Semalam baru start pasang kitchen cabinet. Tak siap pun lagi, hari ni sambung lagi. Sempoi je kitchen kabinet kami pilih. Bila dah letak cabinet ni, ruang dapor terasa semakin kecil la pulak.

Tuesday, May 12, 2009

11th Anniversary

11/05/2009 (Isnis) - Hari ini ulang tahun perkahwinan Mummy dan Daddy. Happy Anniversary Daddy, I luv you. Dah sebelas tahun rupanya Mummy dan Daddy hidup bersama, cepat sungguh masa berlalu. Harapan Mummy semoga jodoh Mummy dan Daddy berkekalan hingga ke akhir hayat.

Tahun ini kami tak bercuti ke mana2, banyak duit nak guna untuk masuk ke rumah baru. Balik dari kerja mummy pergi ke rumah bangi. Mummy dan Daddy ambik tender mengecat rumat. Nak suruh ornag buat mahal . Hanya bahagian2 tertentuk yang kami cat semula. Girl's & boy's room dan ruang tamu sikit.

Inilah proses transformasi bilik Dania. Warna asal bilik putih. Mummy pilih pink pekat untuk feature wall dan yg lain2 light pink. Mummy tengok yang pink pekat tu lain pulak color dia, masa kat kedai nampak macam pink tapi bila dah sapu kat dinding macam purple lah pulak. Penat juga kerja mengecat ni. Setakat ni baru dalam 50% jer siap. Lagi sehari dua insyallah siap lah kerja mengecat di bilik Dania dan boleh proceed bilik Danny & Danish pulak.

Monday, May 4, 2009

Balik Kampung

1-3/05/2009 - Alhamdulillah, setelah sekian lama tak balik Parit Sulong, kami balik ke kampung.

Tengokler anak2 masa dalam kereta. Tak reti duduk diam. Pakai seatbelt pun sekejap jer, lepas tu masing2 main macam kat rumah je. Dalam perjalanan balik kurang bernasib baik sebab tayar kereta pancit. Masa tu dah dekat nak exit Tangkak. nasib baik kebetulan ada PlusRonda lalu, dia orang lah yang tolong gantikan tayar.
Mummy bawak dia orang ke pekan Parit Sulong sebab bibik nak potong rambut. Biasa lah bibik setiap kali balik Ps mesti potong rambut punye. Bukan apa, jimat la. Kat kampung potong rambut RM3 jer tapi kalau kat nilai mau RM25. Sementara tunggu bibik siap2 anak2 semua main kereta2.
Lain2 cerita balik kampung boleh tengok kat blog Mama Miraki.