Wednesday, April 22, 2009

Akhirnya....

21/04/2009 (Selasa) - Akhirnya selepas menunggu hampir dua bulan, kunci rumah baru berada di tangan. Lepas ni mulalah bayar hutang bank...hihihi. Daddy pergi ambik kunci sendiri. Selepas tu Mummy janji jumpa Daddy kat rumah baru untuk buat inspection kut2 ada defect.

Tak ada banyak defect yang Mummy dan Daddy jumpa, minor things saja setakat cat tak rata, simen kasar, crack sikit. Selain dari tu semuanya ok. Api air semua dah function.

Sebelah petang Mummy dan Daddy panggil interior designer untuk bagi design dan quotation untuk hiasan dalaman rumah. Kami akan panggil 2-3 designer dan nanti pilih mana yang berkenan dan harga berpatutan. Mungkin akan dibuat secara berperingkat. Yang paling penting adalah kitchen cabinet, wardrob dan langsir. Landskap mungkin untuk fasa seterusnya.

Sebelum balik dapat jumpa dengan jiran sebelah kanan Syed dan Sharifah. Hujung minggu ini dia orang dah nak masuk. Barang2 semua dia orang dah angkat. Cantik juga landskap yang kontraktor tengah buat.

Krista Idol 2009

18hb April 2009 (Sabtu) - Dania terpilih untuk mewakili Krista BBN ke Krista Idol 2009 peringkat Negeri Sembilan bagi kategori PlayHouse(PH). Tahun lepas Daniel yang ambik bahagian. Tahun ini acara diadakan di tempat yang sama, Allson Klana Seremban.

Pukul 11am dah sampai ke Allson Klana. Mummy tak bawak Dafiy sebab dia tak berapa sihat dan takut nanti dia tak selesa sebab orang ramai dan sesak. Sampai Allson Klana terus masuk cari tempat duduk. Kami duduk baris ketiga dari hadapan. Para peserta masing2 bergaya dengan pakaian dan solekan (terutamanya anak2 perempuan...termasuk lah Princess Dania...)

Acara bermula pukul 12, keadaan bilik di mana pertandingan dijalankan memang tidak selesa. Bilik terlalu kecil tidak dapat menampung kehadiran ibu bapa, guru2 dan para peserta sendiri. Bayangkan seorang peserta yang masuk bertanding sudah tentu ditemani ibu bapa dan adik beradik yang lain. Sepatutnya pihak penganjur lebih peka tentang perkara ini. Kesian ada ibu bapa terpaksa berdiri dalam keadaan bilik yang mula hangat. Aircond yang pada awalnya mummy rasa terlalu sejuk dipertengahan acara dah terasa hangat.

Nasib baik acara dimulakan dengan kaegori PlayHouse, jadi tak perlu kami menunggu lama untuk sampai ke giliran Dania. Dania peserta kedua membuat persembahan. Yang hairannya di rumah Dania berlatih menyanyi lagu lain bila dah atas pentas lag lain yang keluar pulak. Tak apa lah Dania, yang penting Dania berani diri di pentas di depan orang ramai. Tahun depan nanti Dania masuk lagi yer.

Kami tak tunggu acara selesai, sebab masing2 dah lapar. Pukul 2.30 kami balik.

Monday, April 13, 2009

Krista : Sport Day 2009

11/04/2009 (Saturday) - Hari ini sportday untuk Danish dan Dania. Macam tahun lepas tahun ini sportday diadakan di Nilai Kolej. Selepas hantar Danny ke sekolah barulah Mummy dan Daddy hantar Dania & Danish ke Nilai Kolej. Biasalah sukan untuk anak2 kecil, setakat giant walk, bawa bola pingpong guna sudu, susun blok dan lain. Yang penting bukan hadiah cuma nak bagi pendedahan kepada anak2 pentingnya bersukan.

Gambar akan diupload kemudian. Gambar ada dalam hphone daddy.

Thursday, April 9, 2009

ESQ Training

3-5/04/2009 (Jumaat - Ahad) - Mummy attend ESQ Training di Flamingo Hotel. Sepatutnya bulan lepas mummy pergi attend training ini tapi disebabkan ada trip ke Bandung mummy tunda. Bila dah attend training itu mummy rasa menyesal, kenapa lah dari dulu mummy tak attend. Dari tahun lepas lagi mummy cadang nak attend, tapi itulah semua benda kalau kita cuma niat tapi tak ada tindakan tak jadi juga. Alhamdulillah banyak yang mummy dapat dari training itu. Terasa bertapa kerdilnye dan lalainya mummy selama di bumi Allah ini. Kandungan modul training yang padat, cara penyampaian yang menarik serta panduan multimedia yang canggih membuatkan setiap hari berlalu dengan pantas dan tanpa disedari training 3 hari berlalu. Inilah satu2nya training yang mummy hadiri dan mummy tak tengok jam memanjang. Insyallah mummy akan hadir trainin untuk intermediate level dalammasa terdekat.

Demi Matahari

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari

Demi bulan apabila dia mengiringi
Demi siang hari apabila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah Subhanallah Allah Subhanallah
Allah Subhanallah Allah Subhanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Subhanallah.....


I'ktirof

Ilaahi Lastu Lil Firdausi Ahlaa
Walaa Aqwaa 'Alan Naaril Jahiimi
Fahablii Taubataw Waghfir Dzunuubii
Fainnaka Ghoofirudz Dzambil 'Adhiimi

Dzunuubii Mitslu A'daadir Rimaali
Fahabli Taubatay Yaadzal Jalaali
Wa 'Umrii Naaqishun Fii Kulli Yaumi
Wa Dzambii Zaidun Kaifach Timaali

Ilaahii 'Abdukal 'Aashii Ataaka
Muqirrom Bidz Dzunuubi Waqod Da'aaka
Wain Taghfir Fa-Anta Lidzaaka Ahlun
Fain Tathrud Faman Arju Siwaaka

.......

Wahai Tuhan aku tak layak ke firdausMu,
namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu,
ampunkan dosaku, terimalah taubatku,
sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pasir-pasir di pantai,
dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
wahai Tuhan, selamatkan kami ini dari segala kejahatan dan celaka
kami takut, kami harap kepadaMu
suburkanlah cinta kami kepadaMu
kamilah hamba yang mengharap belas dariMu