Tuesday, March 31, 2009

Dafiy - 10 Months (Langkah Pertama)

26/03/2009 (Khamis) - Hari ini genap umur Dafiy 10 bulan. Dan berita gembira hari ini, bibik kata Dafiy dah pandai bejalan selangkah dua. Balik dari office tak sabar mummy nak tengok Dafiy berjalan. Puas jugalah mummy ajak dia jalan bertatih, sebab nak tengok dia jalan sendiri. Camera sentiasa di tangan mummy sebab nak ambil gambar Dafiy jalan. Lama juga mummy tunggu, ini hasil yang mummy dapat.

Thursday, March 26, 2009

Dania's 4th Birthday


H a P p Y 4th B i R t H d A Y
D.A.N.I.A

25/03/2009 (Rabu) - Hari ni birthday Dania yang ke-4. Happy 4th Birthday Princess Dania. Semoga Dania membesar menjadi anak yang solehah, berjaya di dalam kehidupan dan mendapat keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Tiada apa yang mengembirakan mummy dan daddy selain melihat anak-anak mummy dan daddy membesar sihat di depan mata dan menjadi anak2 yang berguna dimasa hadapan.

Hari ini mummy ambil cuti sebab tak berapa sihat. Rasa seram2 sejuk macam nak demam. Selepas hantar Dania dan Danish ke sekolah mummy packed goodies untuk Dania bawa ke tadika masa birthday celebration di sekolah dan juga untuk bagi pada kawan2 mengaji.

Tengahari mummy ambil Danny di sekolah. Macam biasa setiap hari Rabu sekolah agama petang tak ada. Mummy singgah di kedai kek beli kek untuk Dania. Ini lah kek mummy beli untuk Dania, mummy cari PowerPuff Girl tapi dah habis lah pulak. So dapat barbie girl jer. Nanti mummy belikan kek Powerpuff Girl untuk Dania bawak ke sekolah okey.


Ini birthday card daripada Mummy dan Daddy. Pink birthday card for our lovely little princess.

Aksi Dania sebelum acara potong kek. Danny dan Danish dah tak sabar nak menyanyi dan makan kek.


Lagi aksi Dania....


Make a wish Dania....


Dania diapit Danish & Danny.


All in except Daddy


Comotnye mulut Dania....lap sikit!


27/03/2009 (Jumaat) - Hari ini untuk kali ketiga dalam tahun ini Dania menyambut harijadinye yang ke-4. Kali ini sambutan di Tadika Krista.

Tengoklah bertapa ceria dan bergayanya Dania nak ke sekolah pagi ini.

Ini kek Mummy beli untuk Dania potong di tadika. Powerpuff girl tak ada so, Mummy beli Barbie cake jer.


Dania, get ready untuk acara potong kek...



Tuesday, March 24, 2009

Pool Day

23/03/2009 (Ahad) - Pagi ini mummy bawak 3D pergi swimming di Nilai Spring. Sebelum sekolah dibuka esok baiklah mummy bawak 3D pergi swimimng. Dia orang pun dah komplen sebab lama tak pergi swimming.
Bila sampai ke kolam, alamak kolam untuk kanak2 ditutup sebab ada renovation dikawasan berdekatan. So terpaksalah dia orang mandi di kolam dewasa.



Kolam kanak2 under renovation!


3D very excited untuk berenang, so dia orang merayu untuk mandi di kolam dewasa. Tak larat nak dengar 3D merenggek, mummy bagi juga dia orang mandi dalam kolam dewasa. Mummy tak bawak swimming suit so susah sikit nak control 3D dari luar. Nasib baik orang tak ramai, kalau tak mesti dia orang boring asyik terdengar suara mummy jerit2 panggil nama 3D. Mummy takut 3D berenang di tempat yang dalam.


3Ds mandi di tepi kolam dewasa..



Nasib baik si Danish ni penakut sikit nak pergi tempat yang dalam, jadi senang sikit nak control dia.

Si Dania ni berani2 takut...



Dania, dalam acara 'senaman berirama'



Danny, nak swimming ke snokeling...






Dania dalam aksi ala2 model dengan swimming suit baru.....

Friday, March 13, 2009

Trip To Bandung

5-10/03/1009 (Khamis - Selasa) - Mummy, Daddy & Dafiy pergi ke Bandung.

5/03/2009 (Khamis) - Mummy bangun awal sebab nak kemas baju yang nak dibawa ke Bandung, malam tadi mummy dah kemas baju Dafiy tapi baju-baju Mummy belum kemas lagi. Pukul 6 macam biasa Mummy kejutkan Danny untuk ke sekolah. Sedih juga nak tinggalkan 3D. Walaupun cuma 5 hari tapi rasa kasihan pulak. Nak bawak 3D, masing2 dah sekolah pulak. Tak apa nanti lain kali Mummy bawak semua ikut. Pukul 7.00am bertolak ke LCCT, on the way hantar Danny ke sekolah dulu.

Lepas check-in Mummy dan Daddy breakfast dulu, Mummy makan meehoon goreng dan Daddy makan nasi lemak. Rasa nak pulang je meehoon tu, keras dan liat yang amat. Rasanya dia rendam sekejap sangat. Daddy kata nasi lemak pun keras, tapi da lapar Daddy makan habis gak...hihihi.

Lepas makan baru kawan-kawan Daddy dan family masing2 sampai. Ada 4 family pergi sekali termasuk Mummy dan Daddy. Nassim + Emy (Yaya & Nazim), Arman + Yana (Yasmin), Mad Shah + Lin (Adam) dan K'rol.

Flight kami 9.50am. Nasib baik si Dafiy tak meragam dalam flight. Mummy takut jer Dafiy tak selesa sebab keadaan seat dalam AirAsia kan sempit. Sepanjang penerbangan semua ok cuma ada dua kali terasa flight bergegar dan macam free falls for few seconds. Rasa nak tercabut gak ler jantung kejap.

Selepas dua jam penerbangan kami sampai di Husein Sastranegara International Airport Bandung. Mak ai..kecik dan ciputnya airport dia. Rasanya lagi besar bus stand Larkin. Nak menunggu beg pun punye ler lama. Siap dipanggil nama sorang2 untuk collect beg. Kereta dan driver semua dah menunggu so lepas ambil beg terus ke hote untuk check-in. Kami menginap di Hotel Santika. Sampai di hotel kawan Daddy Asrul & Monic beserta 4 orang suster sedia menunggu. So satu family ambil satu suster untuk jaga anak2. Nama suster untuk jaga Dafiy si Iim (pronounce as E-IM).

Mummy terus masuk ke bilik dan bagi Dafiy makan dan tukar diapers dia. Selepas tu kami pergi makan nasi padang. Masa tengah makan hujan lebat sangat dan bumbung restoran seperti kena baling batu. Rupa-rupanya hujan airbatu turun. Mummy tak sempat nak ambil gambar sebab masa tu Dafiy sedang menyusu.
Daddy sementara tunggu nasi dihidangkan.

Tengoklah beraneka lauk-pauk nasi padang yang dihidangkan. Mummy nampak ayam kampung goreng rasa nak ngap jer terus.

Dan ini gambar selepas acara makan...(bukan makan actually 'melantak' hihihi)


Selepas hujan reda, on the way balik ke hotel kami singgah di factory outlet Rumah Mode, The Secret, The Natural dan lain2 lagi. Mummy tak dapat memilih sangat sebab sambil memilih baju sambil dokong Dafiy. Si dafiy masih tak mahu lagi dengan suster, bila suster dokong jer dia menangis, bukan setakat menangis perlahan tapi satu mall orang boleh dengan rasanya.

Tengoklah muka tension Dafiy bila si Sustem Iim pegang dia.

Lepas maghrib mummy telefon 3D kat rumah. Danny jer yang menanggis bila cakap dengan mummy. Dia suruh mummy balik malam ni juga sebab rindu sangat dia kata. Macam2 lah Danny ni. Danish dan Dania ok jer.

6/03/2009 (Jumaat) - Daddy dan kawan2nya pagi2 dah pergi main golf di Bogor. So tinggal para isteri kat hotel. Selepas breakfast Mummy dan kawan2 yang lain pergi shopping kat Pasar Baru.

7/03/2009 (Sabtu) - Daddy dan kawan2nya golf lagi. Mummy dan kawan2 pergi ke Rumah Mode lagi. Hari ni rasanya Rumah Mode penuh dengan orang dari Malaysia. Siap ada dua kaunter khas untuk orang2 dari Malaysia buat bayaran.

Malam ni kami dinner di Golf Club.

8/03/2009 (Ahad) - Hari ini kami pindah duduk di Hotel Grand Sarela. Nasib baik dapat hotel. Kebanyakkan hotel di Bandung penuh sebab long weekend. Hotel Santika yang kami duduk hanya kosong untuk 3 malam sahaja. Aktiviti shopping lagi. Malam turn daddy jaga Dafiy, mummy pergi spa rehatkan badan.

9/03/2009 (Isnin) - Lepas breakfast Mummy, Daddy dan Dafiy serta family Nasim pergi ke Pasar Baru lagi. On the way Daddy dan Nassim plan nak golf lagi tengahari ni. So kesian nanti kami susah nak shopping dan jaga anak, kami ambil semula suster dari rumah Monic. Suster Iim dah balik kampung so mummy ambil suster yang lain pulak. Selepas hantar kami ke Pasar Baru supir hantar Daddy dan Nasim main golf. Janji dengan supir jumpa dalam masa tiga jam di parking lot.

Selepas shopping mummy terpusing2 nak cari parking lot dijanjikan dengan supir. Dah betul kat floor roof tapi sebab banyak sangat exit ter'confius' da dalam 15 minit juga mummy terpusing2.

Dari Pasar Baru kami cadang nak pegi ke Kartika Sari yang terkenal dengan pisang bollen (molen) dan Amanda Bakery yang terkenal dengan brownies. Sebenarnya jarak dari Pasar Baru ke kedai Kartika Sari tak lah jauh sangat tapi disebabkan hujan dan jalan jam sana-sana, hampir sejam setengah kami baru sampai. Dan malangnya semua parking penuh termasuk di tepi2 jalan berhampiran. Kalau tak hujan boleh parking jauh sikit dan jalan ke kedai tapi disebabkan hujan tak dapat lah nak beli pisang bollen di situ. Selepas itu kami ke kedai Amanda. Dalam hujan gerimis Mummy dan Emy redah hujan masuk ke kedai. Anak2 dan suster semua tinggal di dalam kereta. Masuk2 kedai terbau haruman yang sedap sangat, dah ler hujan2 bau makan sedap, terus lapar. Amanda brownies ada dua jenis, bakar dan kukus. Mummy lebih suka yang kukus, nyum...nyum..sedapnya. Banyak mummy borong brownies, cuma sayang perasa chocolate dah habis lah pulak. Mummy mintak orang kedai tu packed terus masuk dalam kotak biar senang nak bawak naik flight.

Brownies Kukus

Brownies Bakar

Balik ke hotel kepenatan. Habis golf Daddy sempat pergi shopping di Heritage dan Terminal Tas.

Malam kami makan tiga family di Restoran Sunda. Kami sampai lewat. Family Asrul dah menunggu hampir setengah jam. Balik ke hotel selepas makan mummy start packed barang-barang.

10/03/2009 (Selasa) - Daddy pergi sambung main golf dengan Nasim. Petang semalam sempat main 9 lubang jer sebab hujan. So sebab dah bayar pagi ni dia orang sambung main 9 lubang lagi. Mummy kat bilik sambung berkemas dengan Dafiy. Pening kepala camana nak adjust beg, itulah datang bawak dua beg je, ini nak balik dah jadi 5 beg. Itu pun susu dan makanan Dafiy tinggal sebab dah tak cukup beg.

On the way ke airport singgah sekejap di Terminal Tas untuk tukarkan kasut Dania yang sempit. Masa timbang beg dah lebih muatan. Masa datang berat beg cuma 18kg bila balik berlebih2 berat. Daddy kena bayar untuk luggage Rp1.1 juta...kalau campur dengan hand luggage yang mummy dan daddy bawak rasanya dekat Rp1.5juta kut kena bayar...

Alhamdulillah Mummy, Daddy & Dafiy selamat sampai ke rumah pukul 3.45pm. Rindunya dekat anak2 mummy. Tak sabar nak tunggu Danny balik sekolah naik van, mummy pergi sekolah jemput Danny. Melompat suka dia bila nampak mummy ambik dia.

Wednesday, March 11, 2009

Passport Dafiy

04/03/2009 (Rabu) - Pagi ni Mummy bawak Dafiy pergi ke Imigresen. Bibik ikut sekali untuk pegang Dafiy dalam kereta. Macam semalam, Mummy park kereta di office dan Daddy hantar kami ke Pejabat Imigresen. Sampai sana terus ambik gambar Dafiy, susah juga nak ambik gambar Dafiy sebab dia terpusing-pusing jer. Nasib baik borang semua Mummy dah isi. Walaupun ada kaounter khas untuk baby di bawah 2 tahun tapi still kena tunggu giliran. Mummy rasa tak ada beza pun antara kaunter khas dengan kaunter biasa. Mummy tunggu lagi lama untuk buat passport Dafiy dibandingkan dengan buat passport mummy semalam.

Sementara nak tungggu masa 2 jam untuk ambil passport, mummy pergi breakfast dulu dan window shopping sekejap.

Untuk ambil passport selepas dapat angka giliran Mummy kena tunggu lagi lebih kurang 30 minit. Selesai urusan passport Dafiy, mummy ambil cab balik ke office. Dari office mummy hantar Dafiy dan Bibik balik ke rumah. Selepas itu mummy balik semula ke office.

Petang pukul 5.00pm mummy pergi ICU Hospital KL visit Ain (anak saudara mummy).

Renew Passport

03/03/2009 (Selasa) - Pagi ni Mummy ke Pejabat Imigresen di Pusat Bandar Damansara utk renw passport mummy yang dah lama expired. Actually dah lama Mummy nak renew tapi tertangguh jer. Bila petang semalam Daddy ajak Mummy ke Bandung hari Khamis ni, tu yang baru kalut nak pergi renew. Nasib baik sekarang buat passport atau renew siap dalam masa 2-3 jam jer. Mummy akan bawak Dafiy sekali sebab Dafiy brestfeed lagi. Mummy parking kereta kat office dan Daddy hantar ke Imigresen, Mummy malas nak drive sebab parking di Pusat Bandar Damansara tu kecik dan narrow pulak. Kalau drive viva tak per lah , ini kena bawak Naza.

Gambar belum ada lagi so Mummy terus ambik gambar instant. RM14 untuk 4 keping. Rugi betul sebab depan kedai yang Mummy ambik gambar tu cuma charge RM8 utk 4 keping. Mummy ingat nak buat passport untuk Dafiy sekali tai gambar yang Mummy nak cuci tak boleh guna pulak, gambar mesti background biru. So Mummy beli jer dulu borang untuk Dafiy.

Lepas ambik nombor, kena tunggu untuk semakan dokumen dulu. Selepas tu kena tunggu lagi untuk buat bayaran. Passport akan siap paling cepat 2 jam selepas buat bayaran. So lepas buat bayaran Mummy terus balik office, malas nak tunggu lama, kebetulan esok pun nak datang lagi untuk buat passport Dafiy.

Monday, March 2, 2009

Geng : Pengembaraan Bermula ... (Upin & Ipin)



1/03/2009 (Sabtu) - Hari ni mummy bawak 3D pergi tengok wayang cerita Upin & Ipin. Mummy tak tau pun cerita ni tentang apa tapi 3D beria nak tengok. Hari Jumaat mummy cuba book ticket online tapi dah habis pulak. So petang Jumaat tu mummy mintak Ariff (anak saudara mummy) belikan tiket kat GSC Alamanda. Show untuk hari sabtu almost sold out. Ada untuk seat depan jer. So Ariff beli tiket untuk hari Ahad 3.30pm. Mummy sampai Alamanda pukul 3.00pm. 3D dah tak sabar2 terus ajak ke GSC sebab takut tak dapat tiket. Dia orang tak tau yang mummy dah ada tiket.

Sebelum movie start masing-masing sibuk nak bergambar kat poster2 yang ada kat situ.





Selepas tengok Upin & Ipin, 3D merenggek nak main games kat arcade pulak. So masuk la kejap kat arcade. Tengok lah masing2 nak jadi mat & minah rempit.

Selepas main games 3D merenggek nak main bowling le pulak. Malas nak layan mummy terus ajak dia orang pusing2 kejap dan terus balik rumah.